Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
AEON MALL Active Beat 3.0 bersama Edwin van der Sar - Poster rasmi acara Julai Ogos 2025

AEON MALL Active Beat 3.0 Bersama Edwin van der Sar

Posted on 07/26/202507/25/2025 by 123mamanet

Adakah anda peminat bola sepak? Atau sekadar ingin alami pengalaman membeli-belah yang penuh aktiviti sihat dan ganjaran menarik? AEON MALL membawakan kembali acara ikonik mereka – “Active Beat 3.0”, berlangsung dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2025.

Isi Kandungan hide
1 Jumpa Edwin van der Sar di AEON MALL – Peluang Sekali Seumur Hidup!
1.1 Jadual Rasmi “Meet & Greet” Edwin van der Sar di AEON MALL
2 Menang Hadiah Eksklusif dalam Peraduan “Spend & Win!” Bernilai RM10,000
2.1 Cara Penyertaan:
3 Rakan Kerjasama Hebat “Active Beat 3.0”
4 Ayuh sertai “Active Beat 3.0”

Ianya  khas buat pengunjung setia AEON dan peminat sukan di seluruh Malaysia. Tahun ini lebih istimewa kerana AEON MALL menampilkan lagenda penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar dalam sesi eksklusif Meet & Greet!

Jumpa Edwin van der Sar di AEON MALL – Peluang Sekali Seumur Hidup!

Bayangkan dapat bertentang mata dan bergambar dengan salah seorang penjaga gol terbaik dunia yang bukan sekadar mimpi!

Untuk melayakkan diri menyertai sesi “Meet & Greet” bersama Edwin van der Sar, anda hanya perlu:
✅ Berbelanja minimum RM200 (untuk pemegang kad Maybank)
✅ Atau RM280 (untuk bukan pemegang kad Maybank)
Gunakan tiga (3) resit pada hari yang sama daripada mana-mana penyewa di AEON MALL.

Tempat adalah terhad dan diberikan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tertakluk pada terma & syarat.

Jadual Rasmi “Meet & Greet” Edwin van der Sar di AEON MALL

1 Ogos 2025 (Jumaat):
• 2:00 PM – AEON MALL Bukit Mertajam
• 6:30 PM – AEON MALL Ipoh Station 18

2 Ogos 2025 (Sabtu):
• 2:00 PM – AEON MALL Bukit Tinggi
• 5:30 PM – AEON Taman Maluri Shopping Centre

3 Ogos 2025 (Ahad):
• 12:00 PM – AEON MALL Tebrau City
• 6:00 PM – AEON MALL Nilai

Okay, jangan lupa sediakan kamera dan jersi Manchester United anda!

Menang Hadiah Eksklusif dalam Peraduan “Spend & Win!” Bernilai RM10,000

Tak cukup dengan Meet & Greet, AEON MALL juga bekerjasama dengan Al-Ikhsan Sports untuk menghadiahkan barangan eksklusif bernilai RM10,000, termasuk 41 merchandise istimewa ditandatangani Edwin van der Sarsendiri!

Cara Penyertaan:

  1. BELANJA – Minimum RM100 di mana-mana cawangan Al-Ikhsan Sports dalam satu resit.

  2. HANTAR PENYERTAAN – Imbas kod QR, isi borang dan muat naik resit anda.

  3. MENANG – Tunggu pengumuman dan semoga anda salah seorang yang bertuah!

Rakan Kerjasama Hebat “Active Beat 3.0”

AEON MALL berbesar hati untuk bekerjasama dengan jenama-jenama ternama bagi menjayakan acara ini antaranya  Maybank, Al-Ikhsan Sports, OPPO, Focus Point, Nando’s, Tim Hortons, Toy World, LokalTeez, Inner Casual (IC)

Ayuh sertai “Active Beat 3.0”

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada acara penuh semangat ini. Dari aktiviti sihat, ganjaran istimewa hingga ke pengalaman bertemu lagenda bola sepak dunia! Sama ada anda penggemar bola sepak tegar atau hanya ingin luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan, AEON MALL “Active Beat 3.0” adalah destinasi wajib anda sepanjang Julai dan Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman rasmi AEON MALL atau ikuti media sosial mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme