Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Agoda

Agoda Senaraikan Lima Destinasi Merdeka Paling Popular!

Posted on 07/31/202309/11/2023 by 123mamanet

Agoda kini memulakan misinya untuk terus memberikan inspirasi kepada anda yang suka bercuti untuk memulakan perjalanan yang cukup menarik dan penuh pengalaman baru. Untuk meraikan Hari Kemerdekaan yang kian menjelang, platform pelancongan digital Agoda memberikan tumpuan istimewa kepada dunia kulinari tanahair.

Isi Kandungan hide
1 Pengembaraan Agoda Memburu Makanan
2 Mulakan Perjalanan Meleleh
3 5 Lokasi Domestik Pilihan Agoda
3.1 #Kuala Lumpur
3.2 #Pulau Pinang
3.3 #Melaka
3.4 #Kota Kinabalu
3.5 #Kuantan

Agoda

Pengembaraan Agoda Memburu Makanan

Bersedialah untuk memulakan pengembaraan memburu makanan ke lima destinasi utama Merdeka yang menjadi pilihan ramai.

Makanan, sebuah bahasa universal yang menyemarakkan perpaduan dan menyatukan orang ramai. Ia memainkan peranan yang utama dalam masyarakat majmuk Malaysia.

Agoda memahami kepentingan makanan dalam menjadikan sebuah perjalanan satu pengalaman yang sukar untuk dilupakan.

Baca Juga: Jom Bercuti Ke Hatyai Penuh Keseronokan

Mulakan Perjalanan Meleleh

Dan Merdeka ini, marilah kita sertai “kegilaan meleleh” untuk meneroka kepelbagaian makanan yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Idamkan destinasi makanan yang terbaik?

Agoda telah mengkaji data tempahannya untuk menyenaraikan 5 lokasi domestik yang teratas untuk percutian hujung minggu Merdeka. Ia lengkap dengan cadangan hidangan untuk dicuba dan tempat penginapan yang menarik.

“Kami sedari bahawa cara menawan hati seseorang adalah melalui makanan, dan warga Malaysia juga tidak terkecuali dalam hal ini,” kata Cleland Robertson, Pengarah Negara, Malaysia dan Brunei, Agoda.

5 Lokasi Domestik Pilihan Agoda

“Di Agoda, misi kami adalah untuk memberi inspirasi kepada pelancong untuk memulakan perjalanan yang menarik dan menemui pengalaman baharu.Dan dalam kes ini, cita rasa baharu.

Melalui senarai destinasi terbaik yang disusun rapi ini. Kami mengalu-alukan semua untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-66, aktiviti kegemaran kita semua iaitu melalui makan!

Kami ingin menggalakkan semua untuk meraikan warisan budaya Malaysia yang kaya dengan menikmati hidangan-hidangan ikonik. Di samping meneroka permata kulinari yang tersembunyi.”

Baca Juga: Zoo Negara

 

Agoda

#Kuala Lumpur

Hentian pertama, Kuala Lumpur – destinasi domestik paling popular di Agoda pada hujung minggu Merdeka yang panjang. Ibu kota yang meriah ini memang sukar ditandingi dalam bab tempat-tempat makanan jalanan.

Bersedialah untuk menjamu selera dengan makanan yang enak seperti sate panas dan nasi lemak yang harum yang akan membuatkan selera anda menari gembira.

Bercakap tentang kebahagiaan, marilah kita “burgembira” di WhiteBurger – sebuah tempat makan yang unik dengan pemandangan yang hebat.

Kedai burger ini menyajikan burger yang enak, berlatarbelakangkan pemandangan Menara Berkembar Petronas yang ikonik. Ia menjadikannya satu tempat untuk meraikan Hari Merdeka dengan penuh bergaya.

MENGINAP: Bermalam di hab warisan Kuala Lumpur di Four Points by Sheraton Kuala Lumpur, Jalan Petaling

 

Agoda

#Pulau Pinang

Pulau Pinang menduduki tempat kedua dalam senarai destinasi Merdeka yang utama. Sinonim dengan destinasi makanan yang hebat, Pulau Pinang tidak dapat disangkal lagi sebagai sebuah syurga makanan Malaysia.

“Pulau Mutiara” ini menawan hati semua penggemar makanan dengan pelbagai pilihan gerai penjaja dan kedai makan tradisional yang hebat. Jamu selera anda dengan Laksa Asam Pulau Pinang yang terkenal di dunia, Char Koay Teow dan juga Rojak Pulau Pinang.

Sempena sambutan 66 ulang tahun kemerdekaan, kita juga memberi penghormatan kepada tokoh makanan tempatan. Mereka ini telah mencipta hidangan kulinari yang hebat sejak berdekad lamanya.

Salah seorang tokoh tersebut adalah Uncle Guan, maestro  masakan Apom Guan yang berusia 77. Apam pisang Apom Guan terkenal sebagai penkek yang terbaik di pulau tersebut.

MENGINAP: Imbau kegemilangan zaman lampau dengan menerokai warisan Pulau Pinang yang kaya di Areca Hotel Penang, sebuah hotel warisan yang memikat hati di pusat bandar Georgetown yang bersejarah.

 

Baca Juga: Mandi Manda Di Taman Eko Rimba Kanching

 

Rosa Malacca

#Melaka

Melaka, sebuah bandar yang kaya dengan sejarah dan warisan pelbagai budaya. Ia merupakan harta karun bagi penggemar makanan.

Di samping keajaiban budayanya, Melaka juga terkenal sebagai destinasi masakan yang berinovasi, tempat kelahiran beberapa hidangan Malaysia yang trendy dan digemari ramai.

Sajian seperti Klebang Coconut Shake yang menyegarkan dan Mihun Udang Berkeju memeriahkan dunia kulinari Melaka yang memikat hati.

Grass Stream Kitchen – sebuah tempat makan ala-kampung telah menggegarkan laman media sosial dengan kemasyhuran Pizza Parang, yang mana piza dipotong secara unik menggunakan parang.

Pengalaman hidangan yang bukan konvensional ini menambahkan sentuhan keterujaan. Kesempatan ini mesti dicuba bagi mereka yang inginkan pengembaraan kulinari yang tidak dapat dilupakan di Melaka.

MENGINAP: Bersantai di Rosa Malacca, bunga ros di antara tempat percutian warisan intim Melaka.

Terletak di tengah-tengah bandar Warisan Dunia UNESCO. Hotel dengan binaan ala-industri ini menawarkan akses yang mudah ke tempat-tempat bersejarah. Pada masa yang sama juga turut menyediakan suasana yang tenang untuk istirahat.

 

Luma Hotel

#Kota Kinabalu

Terletak di kepulauan tropika Borneo, Sabah, Kota Kinabalu memikat dengan hidangan yang terhasil daripada gabungan cita rasa asli tempatan dan makanan laut yang menyelerakan.

Jamu selera dengan rasa aromatik Nasi Lemak Sabah. Hidangan makanan laut yang lazat dan rasai penangan berapi Sinalau Bakas, sejenis sajian tradisional Kadazan-Dusun.

Untuk pengalaman kulinari yang benar-benar unik, terokai laluan yang jarang digunakan dan kunjungi My Native Sabah.

Restoran tempatan ini meneruskan warisan keluarga dengan menghidangkan masakan Kadazandusun yang tulen dan mempamerkan warisan kulinari Sabah yang kaya.

MENGINAP:  Alamilah keindahan alam semula jadi Sabah melalui lensa The LUMA Hotel. Ia sebuah hotel dengan rekaan kreatif yang diilhamkan dari tarikan tropika yang hebat di rantau ini.

Dari tangga lingkaran yang menyerupai sungai yang subur dan bilik yang bertemakan kehijauan alam, tenggelamkan diri anda dalam pesona hutan hujan tropika Sabah untuk penginapan yang menyegarkan.

Laman Sentosa Boutique Residence

#Kuantan

Bersiap sedia untuk pengembaraan kulinari yang hebat di Kuantan, sebuah bandar yang meriah di pantai timur Semenanjung Malaysia yang terkenal dengan pelbagai masakan tradisional Melayu.

Nikmati keenakan Ikan Bakar yang terkenal, yang mana ikan telah diperap dalam adunan rempah istimewa, dan cuba Keropok Lekor, kudapan kegemaran tempatan yang digemari ramai.

Untuk pengakhiran manis yang sempurna, manjakan diri dengan citarasa Malaysia di Cendol Air Putih, di mana menu yang meluas termasuk Cendol Durian yang ikonik. Manisan istimewa yang mesti dicuba ini pasti akan membuatkan anda merindui satu lagi hidangan.

MENGINAP:  Manjakan diri anda dengan kedamaian dan nikmati ketenangan di hujung minggu Merdeka yang panjang di Laman Sentosa Boutique Residence, sebuah pusat peranginan yang hebat di Kuantan.

1 thought on “Agoda Senaraikan Lima Destinasi Merdeka Paling Popular!”

  1. Pingback: Nacho Cheese Deluxe Reborn: Fulfill Cravings this Merdeka! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu

Recent Posts

  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme