Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Bercuti ke Hatyai

Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel & Tours

Posted on 06/23/202309/13/2023 by 123mamanet

Bercuti Ke Hatyai, Thailand Bersama KOPETRO Travel  & Tours baru-baru ini meninggalkan kenangan yang cukup manis buat Team 123mamanet. Tidak dinafikan, bercuti ke Hatyai amat digemari ramai orang, termasuklah pengunjung dari Malaysia.

Isi Kandungan hide
1 Bercuti ke Hatyai Penuh Keseronokan
2 HARI PERTAMA
3 Tidur Dengan Selesa Ketika Bercuti Di Hatyai
4 Penginapan Serba Selesa Ketika Bercuti Di Hatyai
5 HARI KEDUA Bercuti Ke Hatyai
5.1 Café Amazon
5.2 Butik Rosecarree
5.3 Kilang Gajus di Ranu Kohyo
5.4 Nora Plaza
5.5 Khlong Hae Buffet Seafood
5.6 Khlong Hae Floating Market
5.7 Lee Garden Night Market
5.7.1 HARI KETIGA Bercuti Ke Hatyai
5.7.2 Chang Puak Champ ( Taman Gajah)
5.7.3 The Central Mosque of Songkhla
5.7.4 SeaVerse Cafe &Restaurant
5.7.5 Islam Pae Daeng Restoran, Songkhla
5.7.6 Samila Beach
5.7.7 Singora Tram Tour Old Songkhla City
5.7.8 Asean Night Bazaar
5.7.8.1 HARI TERAKHIR Bercuti Ke Hatyai
5.7.8.2 Big Bee Garden
5.7.8.3 7-Eleven, Hatyai
5.7.8.4 Danok, Thailand
5.7.8.4.1 Ayuh, Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel & Tours

Bercuti ke Hatyai

Bercuti ke Hatyai Penuh Keseronokan

Jadi, tidak hairanlah jika melihat ramai orang Malaysia di sana.Ini adalah kerana tarikan utama Hatyai sebagai syurga membeli belah. Lebih-lebih lagi, bagi mereka yang ingin membeli pakaian ataupun menikmati makanan yang lazat pada harga murah.

Bagi anda yang mencari-cari pakej percutian yang tidak mengecewakan, bolehlah  menjelajah Hatyai dengan tenang dan selesa dengan menaiki bas KOPETRO Travel & Tours. Perjalanan menaiki pengangkutan bas ini dari Kuala Lumpur ke Hatyai mengambil masa sekitar 5-6 jam itu langsung tidak terasa.

HARI PERTAMA

Tidur Dengan Selesa Ketika Bercuti Di Hatyai

Memandangkan bas bertolak pada waktu malam, jadi anda boleh merehatkan diri, tidur di sepanjang perjalanan kerana akan sampai ke Hatyai keesokkan paginya.

Jadual perjalanan dan itinerary telah disusun sepanjang percutian 4 hari 3 malam  ini amat menyenangkan.Di samping itu, pakej percutian yang ditawarkan ini juga mesra Muslim dan sangat fleksibal serta menitikberatkan pelbagai aspek termasuk waktu solat dan makanan halal.

Begitu juga dengan Insurans Thailand dan White Card,semuanya telah diuruskan dengan baik.’Tour guide’  yang disediakan juga berpengalaman, ramah, beragama Islam dan  fasih berbahasa Melayu, tentu sahaja akan membuatkan kita rasa lebih enjoy di sepanjang percutian ini.

Sepanjang 4 hari 3 malam bercuti ke Hatyai ( Hatyai – Songkhla – Danok)  bersama KOPETRO Travel & Tours, pelbagai aktiviti yang telah diaturkan dengan baik sekali.

Baca Juga: 6 Tips Jimat Berbelanja Ketika Bercuti

 

Bercuti ke Hatyai
                    Keselesaan penumpang sentiasa menjadi keutamaan bas KOPETRO Travel & Tours

HARI PERTAMA ketika dalam perjalanan bercuti ke Hatyai dihabiskan di dalam bas KOPETRO Travel & Tours yang cukup selesa. Bertolak sekitar jam 9.30 malam dari Kuala Lumpur dan tiba di Kuala Nerang, Kedah sekitar jam 4.30 pagi.

 

Bercuti ke Hatyai
                                        Menikmati sarapan pagi  di gerai sekitar Kuala Nerang

Seusai membersihkan diri, menunaikan solat Subuh dan bersarapan pagi di Kuala Nerang, Kedah, perjalanan diteruskan ke Imigresen Malaysia – Thailand dan Thailand – Malaysia melalui CTC Durian Burung yang memakan masa sekitar 30 minit. Kami tiba di Hatyai, sekitar jam 9.00 pagi.

 

Bercuti ke Hatyai
                                         Penginapan yang cukup selesa di River Grand Hotel, Hatyai

Penginapan Serba Selesa Ketika Bercuti Di Hatyai 

Hotel bertaraf 3 bintang, River Grand Hotel menempatkan 2 orang untuk satu bilik menjadi tempat penginapan yang sempurna sepanjang kami berada di Hatyai.Lokasinya agak strategik, terletak tidak jauh dari Lee Gardens Night Market, Hatyai.

Boleh sahaja jika mahu berjalan kaki dari hotel ke Lee Gardens Night Market yang memakan masa lebih kurang 15 minit. Kalau malas, boleh jer naik Tut Tut dalam 200baht sekepala.

Antara loksi menarik yang dikunjungi sepanjang bercuti di Hatyai, Thailand Bersama KOPETRO Travel  & Tours

HARI KEDUA Bercuti Ke Hatyai

Cafe Amazon
                                       Cafe Amazon ini sering menjadi tumpuan para pelancong 
  •  Café Amazon

Jika sudah sampai ke Hatyai, anda jangan lepas peluang untuk singgah, ‘chill’  dan menikmati keindahan alam semulajadi sambil meneguk secawan kopi yang cukup enak di  Café Amazon.

Kafe ini juga boleh menjadi tempat untuk anda bergambar ataupun OOTD (Outfit of The Day) kerana suasana di persekitaran dan dekorasinya amat cantik!

Butik Rosecarree, Hatyai
                       Singgahlah ke butik ini jika mahu membeli kain Sutera Thai yang berkualiti tinggi
  • Butik Rosecarree

Jika berminat untuk membeli kain Sutera Thai yang berkualiti tinggi, kunjungi Butik Rosecarree.Banyak pilihan warna dan corak menarik dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, butik ini turut menjual pelbagai jenis baju kurung, pakaian casual, pakaian Muslimah,aksesori tudung dan juga pelbagai jenis pakaian lelaki seperti baju Melayu, kurta dan jubah.

Ranu Kohyo, Hatyai
          Boleh beli borong makanan ringan termasuk kerepek,kacang tumbuk,sotong kering dan mi segera di sini.
  • Kilang Gajus di Ranu Kohyo

Bagi yang suka menikmati kacang gajus dan pelbagai makanan ringan seperti kacang tumbuk, kerepek, kacang tumbuk,jeruk, pes tomyam dan mi segera harus singgah ke sini.

Makanan laut seperti ikan kering, sotong kering dan juga rumpai laut pun ada.Harga yang ditawarkan juga lebih murah daripada di Malaysia. Rugi besar, kalau tak borong!

 

Nora Plaza, Hatyai
             Barangan kulit seperti beg tangan, dompet, kasut dan pelbagai barangan kulit lain terdapat di Nora Plaza
  • Nora Plaza

Jika anda pencinta seni barangan kulit seperti kulit buaya, kulit ular, kulit kambing ataupun kulit pari, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Nora Plaza.

Ini adalah kerana terdapat pelbagai barangan kulit seperti dompet, pelbagai jenis beg, kasut dan tali pinggang.

Selain itu, aksesori wanita dan lelaki, cenderamata unik serta barangan kemas, gelang, jed, pakaian pun turut dijual di sini.

Cukup menarik, apa sahaja barang yang dibeli di sini akan diberikan diskaun sebanyak 20% dengan menggunakan kad diskaun yang telah diberikan sewaktu masuk ke dalam bangunan ini.

 

Khlong Hae Buffet Seafood,Hatyai
                                                                      Wajib datang makan. Semuanya segar dan sedap!
  • Khlong Hae Buffet Seafood

Serius, berbaloi jika makan di sini! Wajib masukkan dalam list ya!! Murah dengan pelbagai pilihan makanan laut , fishball, daging, ayam dan sayuran yang segar. Pilih sahaja yang menyelerakan tekak.

Sekali bayar,makanlah sepuas hati! Boleh menikmati pelbagai jenis makanan dan sos pencicah termasuk steamboat dan bbq yang telah disediakan di setiap meja.

 

Floating Market, Hatyai
Suasana malam di Floating Market, Hatyai  cukup meriah
  • Khlong Hae Floating Market

Antara lokasi yang wajib anda singgah kerana Klong Hae Floating Market (Pasar Terapung) ini sangat unik. Walaupun situasinya agak sesak, namun ia tetap menjadi pilihan pengunjung.

Para peniaga di sini menjalankan perniagaan dalam sampan yang berlabuh di tebing sungai. Ada juga yang memasak, menggoreng serta membancuh air minuman untuk dijual.

Ada banyak makanan yang boleh dicuba. Kebanyakan makanan yang dijual itu halal, dibungkus di dalam bekas seperti buluh, tembikar dan lain-lain lagi.

Terdapat juga gerai-gerai di darat yang menjual makanan enak, pakaian, cenderamata dan barangan tradisional Thai.

Baca Juga: Mandi Air Terjun Di Eco Rimba Kanching 

Lee Gardens Night Market, Hatyai
                        Macam-macam boleh beli di Lee Gardens Night Market, Hatyai
  • Lee Garden Night Market

Berkunjung ke Lee Garden Night Market pada waktu malam memang cukup menyeronokkan. Tak ubah seperti pasar malam di Jalan Tar ataupun Petaling Street. ‘Sendat’ dengan orang ramai!

Terdapat banyak gerai-gerai yang menjual pelbagai barangan di sini di sekitar bangunan Lee Gardens Plaza Shopping Mall ini.

Makanan, pakaian, aksesori, mainan, cenderamata seperti keychain, fridge magnet,peralatan elektronik dan barangan kraf memang banyak dijual di sini. Murah dan banyak pilihan.

HARI KETIGA Bercuti Ke Hatyai

Chang Puak Champ,Hatyai
                                           Jangan lepaskan peluang untuk melakukan pelbagai ativiti menarik di sini
  • Chang Puak Champ ( Taman Gajah)

Di Chang Puak Champ, anda berpeluang merasai pengalaman menunggang gajah. Di samping itu, ada banyak lagi tarikan yang terdapat di sini seperti pertunjukan buaya, bergambar bersama monyet, menaiki ATV dan lain-lain lagi.

The Central Mosque of Songkla
                                  Tersergam megah! Keindahan masjid ini memukau pandangan mata
  • The Central Mosque of Songkhla

Masjid Besar Wilayah Songkhla ini dikatakan sebagai masjid terbesar di selatan Thailand dan dikatakan menjadi lambang kepada kewujudan agama Islam di sini.

Senibina rekabentuknya cukup indah, ada tasik besar di hadapannya dan juga seakan-akan Taj Mahal di India. Ketika matahari hampir tenggelam, ia menghadirkan pantulan yang sangat cantik. Sayangnya, kami tidak berkesempatan untuk menyaksikannya.

Selain itu, masjid ini juga terkenal menjadi tempat pernikahan ramai orang, termasuk rakyat Malaysia yang datang ke Thailand untuk bernikah!

SeaVerse Cafe & Restaurant
                                           Cantik dan cukup unik kafe ini. Dikelilingi taman dan tasik serta jambatan gantung
  • SeaVerse Cafe &Restaurant

Kafe ini cukup unik sebab dikelilingi taman dan tasik yang cukup luas serta mendamaikan. Jika suka bergambar, jangan lepaskan peluang untuk OOTD sambil menikmati pemandangan yang cukup mendamaikan jiwa. Di samping itu, jangan lupa untuk menjamu selera di kafe ini.

Islam Pae Daeng Restoran, Songkla
                                                        Menu ikan masak Kengsom menambat selera
  • Islam Pae Daeng Restoran, Songkhla

Sebenarnya ada banyak restoran halal di sini, dan salah satunya Islam Pae Daeng Restoran yang bukan sahaja menjadi tumpuan para pelancong, Malahan, turut menjadi pilihan masyarakat tempatan.

Menyediakan masakan Thailand yang cukup enak, dan menu utamanya adalah ikan masak Kengsom. Jika anda menjamu selera di sini, jangan lupa untuk menikmatinya ya!

Baca Juga: Gunung Banang

 

Bercuti ke Hatyai
                  Banyak aktiviti menarik boleh dilakukan bersama keluarga di pantai yang cukup mendamaikan ini
  • Samila Beach

Keindahan Pantai Samila, terletak di Songkla serta kewujudan sebuah tugu ikan duyung yang diletakkan di tepi pantai menjadi daya tarikan pelancong dan penduduk tempatan untuk datang ke sini.

Banyak juga aktiviti menarik yang terdapat di pantai ini, bukan sekadar bergambar, bersantai, menikmati makanan laut ataupun membeli belah. Anda juga berpeluang menunggang kuda dan menaiki kereta kuda.

Singora Tram Tour Old Songkhla City
                                     Naik trem… menikmati pemandangan menarik di sekitar bandar Songkhla
  • Singora Tram Tour Old Songkhla City

Kami dibawa menaiki trem untuk menikmati pengalaman menarik, bersiar-siar sambil menikmati pemandangan menarik di sekitar bandar Songkhla.

Trem ini akan berhenti di beberapa tempat pelancongan yang mana kita berpeluang mengambil gambar monument atau pemandangan yang cantik. Kalau ikut hati, nak berhenti sahaja tak kira tempat sebab semuanya cantik dan unik!

Di samping itu, pemandu pelancong juga turut menerangkan  serba sedikit sejarah tempat-tempat yang dilalui itu.

Asean Night Bazaar, Hatyai
                                            Lubuk membeli-belah. Boleh rambang mata dibuatnya!
  • Asean Night Bazaar

Lubuk membeli belah! Lebih kurang macam Uptown.Segala macam barang boleh didapati di sini seperti pakaian,kasut, jam tangan,  cenderamata beg, mainan, gadget, kosmetik, dan banyak lagi.

Boleh rambang mata di buatnya! Tambahan pula, harganya jauh lebih murah berbanding di Malaysia. Jangan segan untuk tawar-menawar harga, untung nasib boleh dapat lagi murah!

Jika sudah penat membeli belah dan perut terasa lapar, tekak pula terasa haus pergi sahaja ke tingkat dua. Terdapat pelbagai jenis makanan dan minuman yang halal.

Selain makanan dan pencuci mulut  Thai, terdapat juga menu western, jus buah-buahan  dan lain-lain makanan yang sangat menggoda selera.

HARI TERAKHIR Bercuti Ke Hatyai
Big Bee Garden,Hatyai
                                                          Boleh beli madu asli pelbagai jenis, pelbagai khasiat
  • Big Bee Garden

Setiap pengunjung yang datang ke Big Bee Garden, tempat penternakan lebah ini akan dijamu air madu secara percuma sambil mendengar penerangan tentang kebaikan madu.

Rasa madu mungkin sama dengan madu lain, tetapi khasiat dan tekstur madunya berbeza. Kita juga boleh membeli madu original pelbagai jenis.

7-Eleven, Hatyai
                                     Pantang nampak  7-Eleven, mesti nak masuk!
  • 7-Eleven, Hatyai

Rugi rasanya jika dah sampai ke Hatyai, anda tidak singgah ke kedai serbaneka, 7 Eleven Thailand yang sememangnya ‘superb’.Banyak barangan yang dijual di sini, tidak di jual di 7 Eleven Malaysia. Harganya pun lebih murah dan sedap!

Naik rambang mata dibuatnya… ada burger segera, pizza segera, kopi, roti dan macam-macam lagi. Serba lengkap, 7 Eleven di sini!

Danok, Thailand
                                             Lokasi terakhir kami membeli belah!
  • Danok, Thailand

Pekan Danok terletak tidak jauh dari pejabat Imigresen Thailand, kiranya sempadan Malaysia dan Thailand. Selain menjadi syurga membeli-belah, pekan Danok juga menjadi syurga makanan bagi yang ‘food hunting’. Memandangkan kami berada di pekan ini pada hari Isnin, suasananya agak tenang berbanding hujung minggu yang dikatakan lebih ‘happening’.

 

Bercuti ke Hatyai

Ayuh, Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel & Tours

Walaupun menaiki bas mereka, ia tetap meninggalkan satu pengalaman manis yang tidak akan dilupakan buat selamanya.

 

Bercuti ke Hatyai

Dua 2 Pakej Menarik Untuk Bercuti ke Hatyai

RM379 (Pengangkutan + Penginapan)

RM659 (Pengangkutan + Penginapan+ Makan)

Nak tahu lebih lanjut tentang KOPETRO Travel, boleh layari:-

Website: www.kopetrotravel.com.my

Instagram: https://www.instagram.com/kopetrotravel/

Facebook:  https://www.facebook.com/kopetrotravel/

Tiktok:  https://www.tiktok.com/@kopetro.travel

#kopetrotravel #jomcutisakan #travel #hatyai #thailand

1 thought on “Bercuti Ke Hatyai Bersama KOPETRO Travel & Tours”

  1. Pingback: Agoda Senaraikan Lima Destinasi Merdeka Paling Popular! - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme