Nanowhite merupakan jenama yang dikenali wanita Malaysia dan menjadi pilihan bagi pengguna yang mengalami masalah pigmentasi kulit dan kebimbangan terhadap bintik-bintik gelap di wajah.
Kulit yang bersih dan berseri adalah impian ramai wanita muda. Sungguhpun demikian, bintik-bintik hitam di kulit, hasil pigmentasi atau kesan jerawat menjadi halangan untuk mendapatkan kulit sempurna “bagai krim asas”.
Prihatin dengan kehendak ini, Nanowhite memperkenalkan rangkaian baharu yang dipertingkatkan serta penampilan produk serba baharu. Turut hadir, produk utama terkininya, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum.
Menerusi pengenalan serum baharu ini, ia berhasrat untuk memberikan hasil yang lebih baik dalam masa singkat.
Telah Diuji Secara Dermatologi Dan Klinikal
Nanowhite Spot Correction Advanced Serum telah diuji secara dermatologi dan klinikal untuk menyediakan keputusan terbukti pengurangan bintik-bintik gelap dan memastikan wajah yang lebih berseri dalam masa 4 hari.
Keberkesanan produk ini disumbangkan oleh Arbutin, yang merupakan ramuan utama serum berkenaan. Arbutin adalah ekstrak molekul daripada tumbuhan bearberry yang terbukti untuk mencegah pembentukan melanin, mencerahkan bintik hitam secara efektif, mengurangkan kesan parut jerawat serta memperbaiki penampilan wajah dengan tona kulit yang lebih rata.
Berhasrat menyampaikan hasil terbaik, Nanowhite Spot Correction Advanced Serum juga mengandungi Niacinamide, sejenis nutrien yang diformulasi khusus untuk memperhalusi pori-pori dan tekstur kulit. Keyakinan anda pasti terserlah apabila kulit lebih licin dan cerah.
Di samping itu, teknologi pengkapsulan nano menyampaikan ejen pencerah ke bahagian dalam kulit dan melepaskannya apabila diperlukan.
Menerusi gabungan teknologi penjagaan kulit inovatif serba baharu yang melengkapkan ramuan utama, formulasi istimewa ini melengkapkan Nanowhite Spot Correction Advanced Serum, serum sempurna yang mencerahkan bintik-bintik gelap dan parut jerawat bagi tona kulit yang lebih cerah dan sekata, pada masa sama mengekalkan kelembapan kulit serta mengecilkan pori-pori.
Menerusi pelancaran semula ini, Nanowhite bukan sahaja menukar penampilannya dengan rekaan yang lebih moden bagi kesemua rangkaian utama produknya, tetapi juga telah berusaha untuk meningkatkan formulasi produk agar dapat memberikan solusi yang terbaik kepada pelanggan.
“Nanowhite adalah satu jenama yang dipercayai di pasaran buat sekian lamanya. Ia juga diiktiraf pakar untuk merawat parut jerawat serta menangani kebimbangan tona kulit tidak sekata dalam kalangan pelanggan kami. Sungguhpun demikian, seperti kulit kita, kehendak pelanggan sentiasa berubah-ubah dan Nanowhite berusaha untuk terus berinovasi bagi memastikan kami memenuhi keperluan mereka dengan menyediakan solusi yang paling baik.
Menerusi ujian klinikal dan dermatologi yang terperinci terhadap kesemua produk, kami boleh memberi jaminan kepada pengguna bahawa kami masih merupakan jenama pilihan dengan fokus untuk membangunkan solusi bersama penjagaan kulit yang berkualiti,” ujar Vicky Lim, Ketua Pemasaran & E-Dagang Tohtonku Sdn. Bhd
Dua Rangkaian Produk Nanowhite
Menerusi pelancaran ini, Nanowhite menawarkan dua rangkaian produk yang memenuhi keperluan dua jenis kulit berbeza:
Rangkaian Nanowhite Spot Correction untuk Kulit Berminyak/Kombinasi dan rangkaian Nanowhite Double Action untuk Kulit Normal ke Kering.
Produk-produk daripada rangkaian Nanowhite Spot Correction terdiri daripada:
Nanowhite Spot Correction Microfoliating Clay Cleanser
(100g – RM25.50)
Nanowhite Spot Correction Brightening Treatment Toner
(180ml- RM32.90)
Nanowhite Spot Correction Advance Serum
(30ml – RM79.90)
Nanowhite Spot Correction Mattifying Moisturizer
50ml – RM 59.90)
Produk-produk daripada rangkaian Nanowhite Double Action termasuk:
Nanowhite Double Action Awakening Snow Wash
(100g – RM 25.50)
Nanowhite Double Acton Hydrating Treatment Lotion
(150ml – RM 65.90)
Nanowhite Double Action Intensive Serum
(30ml – RM 79.90)
Nanowhite Double Action Hydrating Moisturizer
50ml – RM 59.90)
Nanowhite Double Action Restorative Night Cream
(50ml- RM 62.90)
Kedua rangkaian produk Nanowhite ini dijual antara RM25.50 sehingga RM79.90 dan boleh didapati di rangkaian fizikal dan dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watsons dan Guardian.
Semoga masalah pigmentasi kulit serta bintik-bintik gelap di wajah anda segera hilang.