Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
petua kulit cantik

Amalkan 5 Petua Kulit Cantik Untuk Tampil Lebih Seksi

Posted on 10/01/201609/30/2016 by 123mamanet
petua kulit cantik
kedit foto: awomenshub

Jika ingin mendapatkan kulit yang sihat salah satu cara terbaik atau petua kulit cantik yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil pemakanan yang berzat secara teratur. Anda pasti akan tampil lebih seksi dengan wajah lebih muda.

Isi Kandungan hide
1 Berikut petua kulit cantik dengan 5 makanan yang mampu membuatkan wajah kita lebih awet muda, sihat berseri, cerah dan halus.

 

 

 

Sering dengan pertambahan usia, kulit akan hilang keanjalannya dan kedutan  atau garis-garis halus mula muncul.Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cerah, kita perlu menitikberatkan soal pengambilan makanan yang sihat untuk kulit.

 

Berikut petua kulit cantik dengan 5 makanan yang mampu membuatkan wajah kita lebih awet muda, sihat berseri, cerah dan halus.

 

 

  1. petua kulit cantik
    kredit foto: valleyhealthplan

    Buah-Buahan

Kebanyakan buah-buahan mengandungi sejumlah vitamin dan mineral yang mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan badan dan kecantikan kulit.

 

Vitamin C yang terkandung dalam buah-buahan ini membantu tubuh mengeluarkan kolegan, protein yang membentuk struktur kulit.

 

Pengeluaran kolegan biasanya menurun ketika usia kita menginjak 35 tahun dan kulit mula mengedur dan berkedut. Itulah sebabnya kulit memerlukan vitamin  C, dan buah sitrus kaya dengan vitamin tersebut.

Antara buah-buahan yang disarankan adalah oren, tomato, nanas, avokado, strawberi, anggur, beri dan tembikai.

 

 

  1. petua kulit sihat
    kredit foto: healthdoes

    Sayur-Sayuran

Petua kulit cantik yang seterusnya menyarankan kita agar memakan sayur-sayuran hijau seperti bayam,salad,kangkung, sawi, lobak merah dan brokoli.

 

Sayur-sayuran hijau tersebut mengandungi banyak zat yang cukup bagus untuk kulit seperti asid lemak Omega-3 dan vitamin B, C serta E.
Di samping itu, mempunyai banyak kandungan nutrisi serta antioksidan untuk membersihkan kulit serta mencegah kedutan di wajah dan juga tanda-tanda penuaan semulajadi yang lainnya.

 

 

  1. petua kulit cantik
    kredit foto: healthline

    Makan Yogurt

Yogurt sangat bagus untuk kesihatan kulit dan berupaya melawan masalah kulit seperti jerewat, kulit kering dan juga menghilangkan kelemumur.

 

Pilihlah yogurt yang mengandungi rendah lemak dan low sugar merupakan makanan sumber vitamin A, nutrisi penting untuk menjaga kecantikan kulit.Vitamin A yang membantu tubuh menghasilkan kolagen, proten penting yang juga memainkan peranan penting untuk keanjalan kulit.

 

Yogurt juga merupakan antibiotik natural yang dapat membantu pengeluaran bakteria baik dalam tubuh dan menjaga kesihatan sistem penghadaman.

 

  1. petua kulit cantik
    kredit foto: 3-bp-blogspot

    Ikan

Ikan merupakan sumber protein rendah lemak. Ikan seperti tuna dan salmon adalah sumber asid lemak Omega-3 semulajadi.

 

Nutrisi ini sangat penting untuk meningkatkan sistem ketahahan tubuh, melawan efek pencemaran serta melindungi kerosakan kulit akibat sinaran matahari dan juga mengurangkan risiko kanser kulit.

 

Ikan salmon mengandungi persenyawaan antioksidan yang disebut astaxanthin. Antioksidan ini dapat mencegah kulit kendur dan berkedut.

 

 

  1. petua kulit cantik
    kredit foto: medicinenet

    Bijirin

Petua kulit cantik yang kelima adalah khasiat bijirin. Serial atau bijirin mengandungi banyak vitamin biotin atau vitamin B kompleks yang diperlukan untuk menjaga kesihatan kulit.

 

Kekurangan biotin dan beberapa jenis vitamin B boleh menyebabkan kulit menjadi kering, kusam, bersisik dan berkedut. Pengambilan  bijirin iaitu gandum dan beras akan memberikan penjagaan kesihatan kulit secara semulajadi dari dalam.

 

 

Itulah beberapa petua kulit cantik dengan makanan yang boleh diamalkan bagi mendapatkan kulit yang lebih sihat, anjal dan halus. Sungguhpun begitu, jangan lupa pakai pelembab yang mengandungi pelindung matahari ketika di luar rumah serta jaga kebersihan kulit muka secara teratur supaya kulit kelihatan lebih segar dan berseri-seri.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar

Recent Posts

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme