Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Barisan penganjur Kejohanan AmBank Pickleball 2025 bergambar bersama selepas majlis perasmian.

AmBank Pickleball 2025 – Kejohanan ESG Pertama Malaysia

Posted on 06/04/2025 by 123mamanet

Sempena ulang tahun ke-50, AmBank meraikan pencapaian luar biasa dengan menganjurkan Kejohanan Pickleball Malaysia 2025 yang bertemakan ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) — kejohanan seumpamanya yang pertama di negara ini.

Isi Kandungan hide
1 “Malaysia Kita”- Sukan Sebagai Platform Berimpak Tinggi
2 75 Remaja Sertai Sesi Latihan Khas, Ditaja AmBank & Score
3 Kejohanan AmBank Pickleball 2025 Berteraskan ESG
4 Sambutan Digital Seluruh Negara
5 Sorotan Pemenang & Semangat Juang di Gelanggang
5.1 Kategori Novis (19+)
5.2 Kategori Pertengahan (19+ & 35+)
5.3 Kategori Terbuka (19+)
6 Pesanan daripada Pihak Penganjur

Dengan kerjasama Score Sports Management, acara ini menghimpunkan 547 pemain dari pelbagai latar belakang termasuk peserta dari Indonesia, China, Vietnam dan Amerika Syarikat. Ia sekaligus menyemarakkan semangat kesukanan, kelestarian dan komuniti di Malaysia.

Pasangan pemenang kategori Men's Doubles bergambar bersama trofi kemenangan di Kejohanan AmBank Pickleball 2025.

“Malaysia Kita”- Sukan Sebagai Platform Berimpak Tinggi

Bertemakan “Malaysia Kita”, kejohanan ini bukan sekadar pertandingan — ia adalah platform memperkasakan belia, menyatukan komuniti dan memelihara alam sekitar.

Majlis perasmian diserikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan yang turut menyatakan sokongan terhadap pembangunan sukan akar umbi dan inisiatif mampan di Malaysia.

75 Remaja Sertai Sesi Latihan Khas, Ditaja AmBank & Score

Satu sesi Latihan Khas Junior berjaya menarik 75 peserta muda termasuk 35 yang ditaja oleh AmBank dan Score Sports Management. Mereka diperkenalkan kepada asas pickleball melalui aktiviti menyeronokkan seperti latihan mini, perlawanan interaktif dan bimbingan khas bagi memupuk keyakinan, semangat kesukanan dan bakat baharu negara.

Sneakers Recycling Bin yang disediakan di Kejohanan AmBank Pickleball 2025 sebagai inisiatif mesra alam untuk menggalakkan kitar semula kasut sukan.

Kejohanan AmBank Pickleball 2025 Berteraskan ESG

Kejohanan ini benar-benar mencerminkan nilai ESG:

✅ Air Isian Semula – Mengurangkan penggunaan plastik sekali guna
✅ Penggunaan Bahan Lestari – Dari rekaan trofi hingga panduan digital
✅ Kitar Semula Kasut Lama – Sebanyak 60kg kasut sukan lama dikumpul dan akan diproses semula menjadi laluan larian, taman permainan dan gelanggang. Ianya memberi manfaat terus kepada komuniti tempatan di seluruh Malaysia

Baca Juga: 

Tips Hidup Sihat & Bebas Stress

7  Cara Kurus Tanpa Diet Ketat

Sambutan Digital Seluruh Negara

Melalui kempen #AmBank50thPickleballRelayChallenge, rakyat Malaysia turut menunjukkan sokongan secara maya — dengan ‘passing’ bola pickleball secara digital. Ia adalah simbol perpaduan dan semangat sukan yang menyeluruh.

Sorotan Pemenang & Semangat Juang di Gelanggang

Acara 3 hari tersebut  bermula dari 30 Mei – 1 Jun 2025 di  Pickle Nation, Shah Alam.  Disempurnakan dengan perlawanan separuh akhir dan akhir yang penuh aksi. Yang mana memperlihatkan semangat kesukanan, stamina dan skil tinggi peserta dari pelbagai kategori.

Berikut ialah pemenang utama kejohanan:

Kategori Novis (19+)

Men’s Doubles
Ronan King & Alvin Tie
Chee Yen Chai & Brendon Soh
Eric Tiw & Lim Kian Guan
Aaron Chin & Eddie Tai

Women’s Doubles
Nikki Law & Ween Cian Kang
Daya Shamsuddin & Siti Aishah
Tan Weng Sim & Lee Zi Thung

Mixed Doubles
Yonshin Leong & Lim Chen Pyng
Hia Lee Ann & Daniel Guy
Yvonne Tan & Tan Bok Guan
Rachel Kong & Chong Hoong Kin

Kategori Pertengahan (19+ & 35+)

Men’s Doubles (19+)
Farren Tayne & Chan Ren Chern
Khoo Er Yang & Leven Tee
Gan Kok Seng & Low Khai Jei
Teo Kiang Hong & Chong Hup Chee

Women’s Doubles (19+)
Lynn Wang & Megan Foo
Shareen Lai & Ivana Irma Prakusya
Amanda Chong & Valerie Tan
Regine Hoe & Law Sher Yen

Mixed Doubles (19+)
Chau Hui Min & Chan Ren Chern
Mei Low & Low Khai Jei
Grace Lim & Loh Ji Xiang
Lu Hao Yuen & Voon Su Wen

Men’s Doubles (35+)
Riza Azhar & Mohd Farquhar
Ian Ng & Gan Kok Seng
Zechary Chee & Foo Hsien Loong
Jack Lee & Ea Jia Gen

Women’s Doubles (35+)
Shareen Lai & Ivana Irma Prakusya
Cik Manggis & Lim Xin Yu
Low Lixian & Cristabel Choong
Phuan Lee Yoon & Rosnitawati

Mixed Doubles (35+)
Farren Tayne & Lay Cin Hoe
Tan Wee Hau & Lynn Wang
Cheryl Sim & Benjamin Choong
Masri Ayob & Nur Fadhil Hussin

Kategori Terbuka (19+)

Men’s Doubles
Nicholas Khamphilath & Minh Le
Desmond Lim & Izzul Aizuddin
Colin Wong & Nathan Willis
Muhammad Zaki & Syed Agil

Women’s Doubles
Karina Aditya & Ngoi Si Boi
Hsuan Tsai & Kai Fen Yi
Delia Arnold & Sieu Ee Toi
Eugenia David & Natalie Loke

Mixed Doubles
Hsuan Tsai & Nicholas Khamphilath
Izzul Aizuddin & Eugenia David
Christian Lee & Natalie Loke
Ooi Kah Yan & Desmond Lim

Pesanan daripada Pihak Penganjur

Patricia Tan, CEO Score Sports Management, menyatakan:

“Kami amat berbangga dengan kejayaan Kejohanan Pickleball Malaysia 2025. Sambutan hangat bukan sahaja dari rakyat tempatan, malah pemain antarabangsa menunjukkan bahawa pickleball mampu berkembang ke peringkat lebih tinggi.”

Shazman Shahid, Ketua Komunikasi Korporat & Pemasaran Kumpulan AmBank pula berkata:

“Kejohanan ini mencerminkan segala nilai yang kami perjuangkan — kesihatan, keterangkuman, kesatuan dan tujuan. Kami berharap peserta akan terus mengasah bakat mereka dan kembali untuk kejohanan tahun hadapan.”

Layari & Ikuti

Keputusan penuh dan sorotan acara AmBank Pickleball 2025 layari:  www.mypickleballchampionship.com serta media sosial laman rasmi Instagram dan Facebook kejohanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme