Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
minat membaca

Anak Tak Minat Membaca Buku? Cuba Tips Ini!

Posted on 03/26/201709/08/2023 by 123mamanet

Bagi yang minat membaca buku sudah pasti merasakan aktiviti ini cukup menyeronokkan! Banyak perkara yang boleh kita peroleh dari  membaca buku. Bagaimana pula ya kalau anak-anak kita langsung tak minat?  Aduhai… apa yang perlu kita lakukan?

Isi Kandungan hide
1 Apa akan jadi jika mereka tidak suka membaca buku?
2 Cuba Tips Ini Bila Anak Tak Minat Membaca Buku
2.1 Biarkan Anak Pilih Buku Yang Disukai
2.2 Berikan Buku-Buku Yang Sesuai Dengan Minat Anak
2.3 Ajak Ke Perpustakaan Atau Kedai Buku
2.4 Hadkan Masa Menonton TV dan Bermain Gajet
2.5 Cipta Tempat Yang Selesa Untuk Membaca Buku
3 Tenang dan Sabar Dengan Sikap Anak-Anak

 

membaca buku

Apa akan jadi jika mereka tidak suka membaca buku?

Sebagai ibu, sudah pasti kita akan berasa resah dan bimbang apabila menyedari si kecil kesayangan kita tidak minat membaca buku. Apatah lagi, kita sedia maklum bahawa buku adalah sumber ilmu.

Cuba Tips Ini Bila Anak Tak Minat Membaca Buku

Berikut beberapa cara yang boleh dilakukan supaya anak berminat untuk menjadi ‘ulat buku’:

  • Biarkan Anak Pilih Buku Yang Disukai

Biarpun anak telah belajar teknik membaca di tadika dan sebagainya, teruskan kebiasaan kita untuk membaca bersama-samanya.

Biarkan dia memilih buku-buku kegemarannya dan elok juga jika kita perkenalkan kepadanya dengan pelbagai genre buku. Misalnya, cerita klasik, dongeng, fiksyen dan non fiksyen.

membaca buku

 

  • Berikan Buku-Buku Yang Sesuai Dengan Minat Anak

Mencari buku yang sesuai untuk anak-anak sebenarnya tidak mudah. Ada faktor psikologi dan sosial yang perlu kita pertimbangkan ketika memilih muka.

Fahami karakter anak ketika kita memilih buku untuk mereka. Apa yang anak-anak mahukan, itulah yang mereka inginkan. Cuba selami apa yang diminati oleh anak-anak dan carilah buku yang ringkas dan mudah dibaca.

 

Baca Juga: Prasekolah

 

  • Ajak Ke Perpustakaan Atau Kedai Buku

Gunakan hari cuti hujung minggu sama, ada Sabtu atau Ahad untuk mengajak anak-anak kita ke perpustakaan atau kedai buku.

Biarkan mereka menghabiskan masa sejam dua di situ. Mahu tak mahu mereka tentunya akan turut sama melakukan aktiviti tersebut. Lakukan kebiasaan ini secara rutin bagi menanamkan minat membaca.

  • Hadkan Masa Menonton TV dan Bermain Gajet

Sejak kecil lagi sebaiknya kita telah mengatur waktu anak, termasuklah dalam perkara memupuk minat membaca ini. Namun, kita tetap perlu memberikan mereka kebebasan.

Cara ini akan membuatkan anak-anak jadi terbiasa dengan rutin harian yang sudah disepakati. Misalnya, tetapkan waktu membaca buku sekitar jam 8 malam dan duduklah di sampingnya sambil membaca buku atau majalah.

Cara ini akan memotivasinya untuk membaca. Jangan sesekali menonton TV atau bermain handphone di sampingnya. Nanti akan ada sikap malas yang wujud dalam jiwanya apabila melihat ibu atau bapanya  tidak mencontohi perkara yang baik-baik.

minat membaca

 

  • Cipta Tempat Yang Selesa Untuk Membaca Buku

Hiasi kediaman dengan buku. Tak semestinya kita perlu menyediakan ruangan khas sebagai mini perpustakaan di rumah.

Memadai jika kita menyediakan satu sudut untuk dia bersantai sambil membaca buku. Misalnya, di ruang tamu ataupun dibilik tidurnya. Letakkan rak-rak rendah yang boleh dia meletakkan buku-bukunya, bantal-bantal kecil serta dan sebagainya supaya anak selesa dan timbul minat membaca buku.

Di samping itu, tunjukkan betapa seronok atau asyiknya membaca. Pamerkan memek muka atau berekspresi sewaktu membaca. Jangan hanya membacakan mereka buku ketika hendak tidur sahaja.Sebaliknya jadikanlah buku sebagai aktiviti menarik pada setiap hari. Dampinginya membaca.

Baca Juga: Bento Cantik Dan Sedap

Tenang dan Sabar Dengan Sikap Anak-Anak

Kunci utama untuk menanamkan minat tersebut pada anak-anak adalah dengan bersikap tenang dan sabar. Kita perlu mengawal emosi ketika anak kita liat apabila disuruh untuk belajar atau membaca buku.

Mengajak atau menyuruh mereka belajar dengan cara memarahi, berkeras ataupun menggugut tidak akan menghasil sebarang keuntungan. Sebaliknya anak-anak kita akan menjadi semakin malas serta tidak minat membaca kerana terfokus pada emosi kita.

Kebiasaan ini harus ditanam sejak kecil supaya anak kita tidak malas dan mampu menambah wawasannya. Jika anak kita kurang menunjukkan minat tersebut, perlahan-lahan tenang dan sabar.

Insya-Allah cepat atau lambat anak akan menuruti kata kita. Mohonlah pada-Nya, moga dibukakan, dilembutkan hati anak-anak kita supaya ada minat membaca buku. Yakinlah setiap anak kita itu istimewa!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme