Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

APA ITU FIBROID RAHIM, GEJALA, PENYEBAB DAN CARA MENGATASINYA

Posted on 02/07/201702/07/2017 by 123mamanet

Fibroid rahim (leiomioma atau mioma) adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa dan tidak berbahaya yang terjadi di dalam otot rahim, yang apabila simptomatik, boleh membawa kepada pelbagai simptom seperti pendarahan rahim yang tidak normal, anemia, rasa tekanan pada bahagian pelvis, masalah lemah kawalan kencing atau penahanan kencing, atau kesakitan.

Isi Kandungan hide
1 FAKTA FIBROID RAHIM MENJEJASKAN KUALITI HIDUP WANITA
2 RAWATAN YANG DIKETAHUI BAGI FIBROID RAHIM
3 TERAPI ORAL YANG PERTAMA DALAM KELASNYA DAPAT MERAWAT FIBROID RAHIM

Hampir separuh daripada wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami fibroid rahim, dengan 30% daripada mereka menderitai simptom-simptom yang boleh membawa kesan yang besar ke atas kualiti hidup mereka.

Satu kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini yang melibatkan 21,000 wanita dari lapan negara menunjukkan fibroid rahim simptomatik menyebabkan kesan yang negatif ke atas kehidupan seksual (43%), prestasi di tempat kerja (28%), serta hubungan dan keluarga. Fibroid dalam rahim juga dikaitkan dengan masalah reproduktif seperti ketidaksuburan dan keguguran.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: CARA MENGATASI SAKIT PERUT MENJELANG HAID

 

fibroid rahim

FAKTA FIBROID RAHIM MENJEJASKAN KUALITI HIDUP WANITA

Hampir 50% wanita berusia di antara 35 hingga 49 tahun mengalami fibroid rahim, dengan 30% daripada mereka menderitai simptom yang membebankan.

 

Fibroid rahim simptomatik adalah sejenis tumor dalam rahim yang paling biasa terjadi dan tidak berbahaya tetapi boleh memberi kesan negatif ke atas kualiti hidup wanita.

 

Simptom yang paling membebankan termasuk pendarahan haid yang berlebihan, kesakitan yang disebabkan saiz dan kedudukan tumor yang mengganggu kualiti hidup secara keseluruhan: kehidupan seksual (43%), prestasi di tempat kerja (28%), serta hubungan dan keluarga (27%).

fibroid rahim
Pelbagai fibroid yang mungkin berada di dalam atau di luar rahim.

RAWATAN YANG DIKETAHUI BAGI FIBROID RAHIM

Rawatan untuk fibroid rahim simptomatik kebiasaannya adalah terhad, yakni kebanyakkan mereka memilih untuk menjalani pembedahan untuk mengatasi masalah tersebut.

Dr. Raman Subramaniam, pakar obstetrik dan ginekologi di Malaysia menerangkan, “Biasanya pembedahan dianggap sebagai pilihan paling biasa untuk merawat fibroid rahim dengan tahap simptom yang sederhana hingga teruk.

Bagaimanapun, seperti apa-apa juga jenis pembedahan, terdapat risiko untuk terjadinya komplikasi; kerana itulah prosedur seperti histerektomi sering dikaitkan dengan morbiditi, kematian dan beban ekonomi ke atas sistem penjagaan kesihatan.

Bagi sesetengah wanita, mereka merasa terhalang daripada menjalankan prosedur ini kerana ia bermakna peluang mereka untuk mengandung sudah tertutup.

Bagi wanita yang mencari alternatif, miomektomi memberikan kelegaan sementara daripada fibroid rahim yang dihadapi. Bagaimanapun, terdapat risiko fibroid ini akan berulang di masa hadapan.”

Terapi farmakologi juga boleh diguna pakai untuk merawat fibroid rahim, tetapi kaedah ini mempunyai banyak batasannya.

“Penyelesaian ini boleh memberikan kelegaan sementara tetapi penggunaan jangka panjang mempunyai kekurangan tertentu seperti terjadinya menopaus pramatang dan kurangnya ketumpatan tulang. Di samping itu, sebaik sahaja rawatan dihentikan, selalunya fibroid akan membesar, dan simptom akan kembali,” jelas Dr. Raman.

fibroid rahim
Dr. Raman Subramaniam, Consultant Obstetrician & Gynaecologist, Fetal Medicine & Gynaecology Centre, Malaysia

TERAPI ORAL YANG PERTAMA DALAM KELASNYA DAPAT MERAWAT FIBROID RAHIM

Zuellig Pharma, penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan yang terkemuka, telah mengumumkan pelancaran Ulipristal acetate 5mg (UPA 5mg) – terapi oral yang pertama dalam kelasnya yang diluluskan di Malaysia, yang akan mengubah kehidupan wanita-wanita yang menderita akibat masalah kesihatan ini.

UPA 5mg telah terbukti dapat menghentikan pendarahan rahim, merawat anemia dan mengecutkan fibroid.

Santiago Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif Zuellig Pharma Malaysia-Brunei berkata, “Zuellig Pharma komited dalam memberikan lebih akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan dan ini dibuktikan oleh pelancaran UPA 5mg. Fibroid rahim simptomatik adalah salah satu daripada masalah ginekologi yang paling biasa terjadi dan UPA 5mg adalah penemuan ulung terapi oral yang pertama dalam kelasnya yang akan mengubah kehidupan wanita-wanita yang menderitai masalah ini. Kami berbesar hati kerana dapat membawakan penyelesaian yang pertama dalam kelasnya ini bagi masalah perubatan seumpama ini yang melemahkan badan pengidapnya dan begitu sering terjadi di Malaysia.”

fibroid rahim
Santiago Garcia, Chief Executive Officer, Zuellig Pharma, Malaysia-Brunei

Kajian percubaan klinikal UPA 5mg, diterbitkan dalam New England Journal of Medicine pada tahun 2012, mendapati bahawa pendarahan haid bagi pesakit yang dirawat dengan UPA 5mg berhenti dalam masa tujuh hari (masa median), dan pendarahan dapat dikawal bagi lebih 90% daripada pesakit dalam tempoh rawatan selama 13 minggu. Kajian jangka panjang juga mengesahkan keberkesanan dan keselamatan penggunaan UPA 5mg secara berulang dan berselang-selang untuk menangani fibroid rahim.

Profesor Jacques Donnez, penyiasat utama dalam percubaan klinikal UPA 5mg menjelaskan, “Wanita yang telah dikesan mengidap fibroid rahim simptomatik sebelum ini selalunya berasa tertekan bila berdepan dengan pilihan rawatan melalui pembedahan. Terapi farmakologi pula membataskan keupayaan badan mereka. Dengan UPA 5mg, kini terdapat pilihan dengan nilai tambahan yang membolehkan wanita mengelakkan kaedah rawatan biasa tersebut.”

fibroid rahim
Professor Jacques Donnez (middle), Principal Investigator.

Tambah Dr. Raman, “UPA 5mg mempunyai potensi yang besar untuk membantu wanita di seluruh Malaysia. Dengan begitu ramai wanita yang menderita akibat simptom fibroid rahim yang melemahkan mereka, keputusan Zuellig Pharma untuk memperkenalkan UPA 5mg kepada pasaran Malaysia adalah tepat pada waktunya dan amat dinantikan”

UPA 5mg merupakan ubat yang hanya diberikan melalui preskripsi dan perakuan boleh didapati daripada pengamal perubatan di seluruh negara. Rawatan fibroid rahim ini melibatkan sebiji tablet UPA 5mg yang diambil secara oral setiap hari selama tiga bulan.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme