Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kulit berminyak dan berjerawat

Atasi Kulit Berminyak Dan Berjerawat Cara Jimat & Selamat

Posted on 09/16/201609/16/2016 by 123mamanet
kulit berminyak dan berjerawat
kredit foto: auraskininstitute

Setiap wanita ingin memiliki kulit yang normal kerana kulit jenis ini tidak mempunyai banyak masalah. Berbeza dengan kulit kering, kulit sensitif, kulit berminyak dan berjerawat. Ada sahaja masalahnya!

Isi Kandungan hide
1 Berikut cara semulajadi untuk mengatasi kulit berminyak dan berjerawat:

 

 

 

Sungguhpun begitu, jangan kecewa jika kita memiliki kulit berminyak dan berjerawat kerana ada banyak cara yang boleh dicuba untuk mengatasinya. Mungkin sudah tiba masanya kita menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terlalu banyak khasiatnya untuk kecantikan kulit muka.

 

 

Berikut cara semulajadi untuk mengatasi kulit berminyak dan berjerawat:

 

kulit berminyak dan berjerawat
kredit foto: vinapharm

1.Timun

Selain mengandungi vitamin C dan B2, biji timun mengandungi racun alkoid jenis hipoxanti yang mampu menghilangkan bekas luka.

 

Jadi selain menghilangkan jerawat, timun juga boleh menghilangkan bekas jerawat. Senang saja cara nak mengaplikasikannya.

 

Kita cuma  perlu hiriskan timun dan tempelkan ke kawasan wajah yang berjerawat. Untuk menghilangkan bekas jerawat pula, campurkan parutan timun dengan air kunyit secukupnya dan sapukan pada bekas jerawat.

 

 

  1. Strawberi

Terdapat banyak produk kecantikan menggunakan ekstrak strawberi. Ini adalah kerana buah strawberi mengandungi salicylic acid yang mampu menegangkan kulit di samping vitamin B, C, E dan K yang cukup baik untuk meremajakan kulit.

 

Kerana khasiatnya yang pelbagai, strawberi sesuai digunakan untuk semua jenis kulit. Nak minum jus strawberi pun boleh, nak jadikan masker pun boleh. Cuma blend strawberi secukupnya dan sapukan pada kulit wajah. Cuci 15 minit kemudian.

 

 

  1. Avokado

Selain sebagai minuman yang enak, avokado juga mempunyai banyak khasiat untuk kulit wajah. Campuran vitamin E dan A-nya mampu membuat kulit lebih cerah dan gebu.

 

Avokado juga mempunyai antioksidan yang kuat untuk menangkis radikal bebas di persekitaran.  Secara tidak langsung akan membantu mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.

 

Untuk membuat masker avokado, hancurkan buah avokado dan campurkan dengan susu selembutnya.

 

 

  1. Lemon

Antara vitamin yang terkandung dalam lemon adalah vitamin A, C, B1, B2 dan B3. Vitamin ini sememang sangat sesuai buat kita yang berhadapan dengan masalah kulit berminyak dan kusam.

 

Sama seperti strawberi, lemon juga bagus diminum dan dibuat sebagai masker. Untuk masker, lebih bagus kalau dicampurkan dengan sedikit madu.

 

 

  1. kulit berminyak dan berjerawat
    kredit foto: healthythere

    Lobak Merah

Lobak merah cukup bermanfaat untuk kulit berminyak dan berjerawat. Selain mengandungi vitamin A untuk mata, lobak merah juga mengandungi vitamin E dan C yang sangat berguna untuk kecantikan kulit.

 

Kalau kulit muka kita kering, banyakkan minum jus lobak atau jadikannya sebagai masker. Rebus dan hancurkan lobak dan campurkan dengan plain yogurt. Sapukan di wajah selama 20 minit sebelum dibasuh dengan air suam.

 

Itulah beberapa cara untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.Selamat mencuba!

 

[btn text=”” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme