Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
mata pena

Atasi Mata Penat Mengadap Gajet, Cuba 5 Tip Ini!

Posted on 10/27/201610/27/2016 by 123mamanet
mata pena
foto-laserforeyes

Mata penat berlaku bila kita tidak lepas daripada menggunakan gajet seperti telefon bimbit, laptop, tablet dan komputer dalam kehidupan seharian. Kita perlu tahu bahawa kebiasaan menggunakan peranti elektronik yang tidak bijak boleh mempengaruhi kesihatan mata!

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah cara terbaik untuk mengatasi mata penat:

 

Ada beberapa tanda-tanda yang jelas menunjukkan bahawa mata stress kerana terlalu lama menghadap telefon bimbit, komputer dan sebagainya. Di antaranya sakit kepala, mata penat, gatal, kering dan berair. Ketahui juga cara menyegarkan mata letih depan pc.

 

Sekiranya mengalami salah satu tanda tersebut, tak ada salahnya jika kita mencuba tip mengatasi mata penat yang dikongsikan ini.

 

Bukan apa jika dibiarkan, lama-kelamaan akan meninggalkan efek buruk. Bukan hanya mata kita sahaja yang penat, malahan bahagian-bahagian badan lainnya juga akan turut serta sakit.

 

 

Berikut adalah cara terbaik untuk mengatasi mata penat:

 

  1. mata penat
    foto-rd-com

    Rehatkan Mata Seketika

Rehatkan mata selama beberapa minit setiapkali setelah sejam kita menatap layar komputer dan sebagainya

 

Bermakna selang sejam, kita disarankan untuk berhenti memandangnya selama beberapa minit. Lebih bagus lagi, jika kita memandang ke arah sesuatu yang berwarna hijau kerana ia akan membuatkan mata penat kita menjadi lebih segar.

 

Selain itu, berkedip sangat penting untuk kesihatan mata kerana memberikan kelembapan  dan mencegah mata dari rasa gatal dan kering. Bermakna, ketika tengah fokus menghadap komputer,membalas mesej telefon bimbi,t, bermain game online, kita kenalah lebih kerap mengedipkan mata.

 

  1. mata penat
    foto-sc01-alicdn

    Buat Senaman Mata

Kita boleh mencegah atau mengurangkan masalah mata penat dengan senaman mata yang cukup ringkas.
Cuba pandang ke sesuatu obek yang jauh sedikit kedudukannya selama beberapa minit. Kemudian gosok kedua kedua belah telapak tangan kita sampai panas, setelah itu tekapkan ke mata. Teknik ini akan membuatkan mata kita menjadi lebih relaks.

 

Bagi merehatkan mata,kita boleh memejamkan mata seketika, kemudian pusing leher kita ke kanan dan kiri dengan gerakan perlahan dan seirama. Biarkan kita menikmati rasa relaks  selama beberapa minit.

 

Cara ini juga bukan sahaja mampu mengurangkan rasa mata penat, malah turut menghilangkan rasa lenguh pada bahagian bahu kita.

 

 

  1. Mengawal Pencahayaannya

Pastikan ketika menggunakan komputer, tablet atau laptop, pastikan kita berada di ruangan yang cukup terang.

 

Keadaan ruang yang gelap boleh membuatkan mata menjadi lebih cepat penat ketika menatap skrin tersebut. Namun, suasana yang terlampau terang juga boleh  membuatkan mata kita stress kerana silau.Apatah lagi, jika cahaya yang masuk itu adalah cahaya dari sinaran matahari yang masuk melalui tingkap.

 

Di samping itu juga, jangan lupa mengawal pencahayaan yang berkaitan dengan brightness dan contras pada skrin komputer ataupun laptop. Sesuaikan juuga dengan saiz huruf(font) di skrin supaya mata tidak penat dan pedih.

 

 

  1. mata penat
    foto-smarter-telstra

    Percikan Sedikit Air Ke Mata

Untuk mencegah atau menghilangkan mata penat, kita juga boleh memercikkan sedikit air ke mata selain dari menggunakan ubat titis mata.

 

Biarkan air tersebut kering sendiri di mata, kemudian kita sambunglah buat kerja tersebut.

 

 

  1. mata penat
    foto-bkk1-in-th

    Buat Jarak Dengan Skrin Komputer

Mata penat boleh juga disebabkan terlalu dekat jarak antara mata dnegan skrin komputer.

 

Maka, kita perlu pastikan tempat duduk kita dengan komputer berada dalam jarak yang sepatutnya. 50 hingga 100cm adalah jarak yang terbaik untuk mata kita.

 

Selain itu, berada dalam ruangan yang berhawa dingin akan membuatkan mata penat kerana udara sejuk menjadikan mata kering.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme