Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Penyakit lupa

Atasi Penyakit Lupa Dengan 5 Tip Mudah

Posted on 07/20/201607/19/2016 by 123mamanet

Penyakit lupa RAMAI yang kata mudah lupa adalah penyakit orang tua. Hissh.. tak juga sebab penyakit lupa boleh terjadi pada sesiapa sahaja, tak kira tua ataupun muda. Biasanya penyakit ini dianggap remeh tapi sebenarnya perlu diatasi segera supaya tidak berlarutan.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara mengatasi kebiasaan penyakit lupa:

 

Penyakit lupa memang perlu ditangani kerana ia boleh mengganggu aktiviti seharian kita. Jika anda seorang yang cepat atau mudah lupa, anda boleh mencuba beberapa cara untuk mengatasinya yang telah Mamanet kongsikan ini.

 

Berikut beberapa cara mengatasi kebiasaan penyakit lupa:

 

  1. Bersenam

Bersenam secara teratur akan melancarkan perjalanan oksigen dalam otak. Membekal oksigen yang mencukupi ke otak akan membuatkan otak mengoptimumkanĀ  fungsinya serta membantu dalam pertumbuhan sel-sel baru dalam otak.

 

Senaman otak mampu menyimbangkan kerja otak kiri dan otak kanan. Ianya sangat penting apabila anda ingin berfikiran kreatif, mempunyai daya ingatan yang kuat, pendengaran yang baik, menulis kreatif serta sanggup membaca dengan penuh pemahaman.

 

  1. Buat CatatanPenyakit lupa

Bagi mengatasi, jangan teragak-agak untuk membuat sesuatu catatan atau planning. Ketika didatangi penyakit tersebut, anda pasti dapat mengingatinya kembali setelah melihat catatan tersebut.

 

  1. Jangan Tangguh Kerja!

Biasakan diri untuk tidak menangguh atau menunda sebarang kerja yang hendak dibuat. Perbuatan suka menangguh-nangguhkan kerja hanya akan meningkatkan lagi tahap pelupa anda itu.

 

  1. Permainan Mengasah OtakPenyakit lupa

Cuba atasi masalah cepat lupa anda itu dengan memilih permainan yang dapat mengasah otak anda. Misalnya, permainan sudoko atau cross words dan catur. Permainan ini dikatakan dapat merangsang dan melatih otak serta mampu meningkatkan daya ingatan kita.

 

  1. Makan Makanan Berkualiti

Pengambilan makanan yang mengandungi vitamin E dikatakan dapat meningkatkan sistem kerja otak dan daya ingatan. Selain itu, perbanyakkan juga pengambilan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan salmon. Ia mampu mengurangkan penyakit lupa akibat usia, mengurangkan risiko depresi dan mempercepatkan serta menguatkan daya berfikir.Penyakit lupa

Bagi kes yang lebih teruk seperti alzheimer dan dimentia, sebaiknya anda atau ahli keluarga yang mengalami masalah lupa ini bertemu dengan doktor agar didianogsis. Ubat dan kaedah rawatan yang sesuai akan diberikan untuk mengurangkan kesan penyakit lupa ini.

 

Ikuti kami di facebook dengan klik di sini dan lika page mamanet@harianwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu ā€œTak Terpisahā€
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu ā€œTak Terpisahā€
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme