Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Ayam Epik Marrybrown

Ayam Epik Marrybrown, Ayam Rangup Pedas!

Posted on 11/08/2024 by 123mamanet

Ayam Epik Marrybrown kini tiba untuk menggoda selera pencinta ayam pedas dan rangup di seluruh Malaysia!

Isi Kandungan hide
1 Ayam Epik Marrybrown Citarasa Rakyat Malaysia
2 Sedia Dinikmati Mulai 11 November 2024
2.1 Antara pilihan istimewa:
3 Makanan Segera Paling Popular

Diinspirasikan daripada citarasa restoran mamak yang terkenal dengan hidangan berempah, Ayam Epik membawa gabungan rasa pedas yang ‘konfem sedap’ dengan rempah ratus tempatan seperti lada, serbuk kari, jintan manis, ketumbar,bawang merah, bawang putih dan banyak lagi.

 

 Ayam Epik Marrybrown

Ayam Epik Marrybrown Citarasa Rakyat Malaysia

Marrybrown, Restoran Perkhidmatan Pantas Halal (QSR) tempatan yang terbesar di Malaysia, menyajikan Ayam Epik untuk memenuhi citarasa masyarakat di tanah air. 

Menurut Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown, mereka berasa  bangga kerana menjadi jenama Malaysia dan memahami kenikmatan hidangan tempatan yang cukup dekat di hati kita.

“Walaupun kami sentiasa berusaha dan terus berinovasi dalam membawakan pengalaman berbeza untuk pelanggan. Namun, Ayam Epik membawa kami mengamit nostalgia kepada aneka hidangan tempatan yang digemari oleh segenap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang dan umur. Ia menunjukkan komitmen kami untuk memenuhi cita rasa pelanggan kami,” jelas beliau lagi.

Diilhamkan oleh restoran mamak yang menjadi tempat tumpuan masyarakat untuk menikmati makanan pedas berempah, Ayam Epik membawakan anda resipi ayam rangup pedas yang disukai. Ayam rangup istimewa ini menawarkan kerangupan salutan dalam setiap gigitan dengan gabungan aroma bijirin dan rempah ratus segar yang membangkitkan selera.

Baca Juga:

Resepi Kari Ayam Ala Mamak Yang Lazat

Resepi Tteokbokki Korea Pedas

 

Sedia Dinikmati Mulai 11 November 2024

Tersedia untuk masa yang terhad, penggemar ayam boleh menikmati keunikan rasa Ayam Epik Marrybrown dalampelbagai pilihan lazat, bermula 11 November ini.

Antara pilihan istimewa:

Nikmati rasa pedas berempah dengan pilihan kombo 2-pc Ayam Epik harga dari RM17.50, sajian dua ketul ayam berempah yang lazat dihidangkan bersama kentang lenyek berkrim pilihan anda, dengan Fuze teh lemon ais yang menyegarkan. Membawa ‘konfem pedas’ ke tahap seterusnya!

Mahukan pengalaman yang lebih menarik? Rasai keseimbangan perisa daripada sepinggan kombo

Nasi Kari Ayam Epik harga dari RM15.90 – hidangan nasi gebu beraroma yang dimasak dalam kari yang diperkaya dengan rasa jintan manis, ketumbar, bawang merah dan bawang putih bersama papadam rangup, acar, telur rebus dan seketul Ayam Epik. Hidangan lengkap yang memuaskan selera ini pastidapat memenuhi rasa lapar anda!

Sukar membuat pilihan antara ayam rangup dan burger ayam? Jangan risau kerana anda boleh memiliki kedua-duanya dengan Ayam Epik Box Meal harga dari RM19.90, set yang dilengkapi dengan seketul ayam rangup, burger ayam, kentang lenyek panas dan Fuze teh lemon ais. Inilah kombo lengkap istimewa bagi mereka yang mahukan kesemuanya!

Ayam Epik turut dihidangkan dalam set 3 ketul, 5 ketul dan 8 ketul, harga dari RM22.90, RM35.50 dan RM56.80 masing-masing.

Makanan Segera Paling Popular

 Ayam Epik Marrybrown
Daniel Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown bersama maskot Marrybrown Brownnie

“Memandangkan penghujung tahun semakin hampir, Ayam Epik menyediakan peluang terbaik untuk rakan taulan dan keluarga berkumpul bersama sambil menikmati hidangan yang benar-benar mencerminkan cita rasa rakyat Malaysia.

Ayam rangup sememangnya menjadi kegemaran orang mudanmenjadikannya salah satu pilihan makanan segera paling popular di sini. Kami  yakin pelancaran menu baharu ini pasti akan memikat selera penggemar ayam di seluruh negara.

Matlamatkami supaya setiap kunjungan ke Marrybrown menjadi detik yang bermakna kerana di sinilah tempatnya untuk rakyat Malaysia daripada semua lapisan masyarakat boleh berkumpul bersama, “kata Daniel Chan.

Marrybrown kini menyantuni berjuta-juta pelanggan di lebih 600 restoran di 16 negara dengan objektif memberikan standard kualiti, perkhidmatan, kebersihan dan nilai pada tahap tertinggi untuk pengalaman menjamu selera yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, Aplikasi MB, promosi dan khidmat penghantaran, sila layari:

Laman web: https://marrybrown.com/

Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: Marrybrown Malaysia

Instagram: Marrybrownmyc

TikTok: Marrybrownmy

Bebenang: Marrybrownmy

YouTube: Marrybrown TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha
  • Pelancaran Garis Panduan Optometris Malaysia

Recent Posts

  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme