Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

Azam Tahun Baru 2017 – Jom Praktik 5 Perkara Ini!

Posted on 01/01/201701/01/2017 by 123mamanet

Cepat betul masa berlalu, sedar-sedar dah masuk tahun baru, 2017. Hari ini bermulalah satu lagi episod azam tahun baru!

Isi Kandungan hide
1 Bagi yang masih belum ada azam, berikut adalah beberapa azam tahun baru yang boleh dipraktik atau dipertimbangkan.

 

Tapi, macam mana dengan azam anda di tahun yang lepas? Semuanya sudah terlaksana dengan baik? Atau, satu pun tak menjadi dan tak pernah wujud!

 

Walau apapun yang berlaku pada azam anda di tahun lepas, jangan diungkit kembali. Sebaliknya, jadikan azam tahun baru 2017 ini sesuatu yang luar biasa buat diri anda.

azam tahun baru

 

Semoga idea azam tahun baru yang Mamanet kongsikan ini boleh dijadikan inspirasi dan pembakar semangat baru buat anda di tahun 2017.

 

[btn text=”KENAPA HIDUP TAK BAHAGIA? KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/tidak-bahagia-dalam-kehidupan/” target=”_blank”]

 

Bagi yang masih belum ada azam, berikut adalah beberapa azam tahun baru yang boleh dipraktik atau dipertimbangkan.

 

  1. azam tahun baruLupakan Hari-Hari Yang Dah Lepas

Setiap orang yang hidup di muka bumi ini, pasti pernah melakukan kesilapan. Tak kira kesilapan atau kesalahan itu besar atau kecil, begitu jugalah dengan anda.

 

Jadi, cubalah berdamai dengan diri anda sendiri untuk tahun baru ini. Belajarlah memaafkan setiap kesalahan yang pernah anda lakukan.

 

Sekalipun anda rasa amat sukar, namun memaafkan diri sendiri ini sama pentingnya dengan memaafkan orang lain.

 

Jika anda ingin hidup dengan lebih tenang dan bebas dari bayangan masa silam anda, mulakan pada hari ini dengan memaafkan diri anda sendiri.

 

 

  1. azam tahun baruBelajar Mengawal Emosi

Jika selama ini anda cepat ‘sentap’, kurang sabar atau cepat naik angin, buatlah azam tahun baru 2017 ini untuk belajar mengawalnya.

 

Api kemarahan atau sikap over sensitif anda itu hanya akan merugikan diri anda sendiri. Silap haribulan anda boleh kehilangan kawan-kawan.

 

Jadi, sebelum keadaan menjadi bertambah parah, lebih baik jika anda belajar untuk mengawal emosi tersebut. Sekalipun telah mencubanya berkali-kali, jangan putus asa. Cuba dan cuba lagi.

 

 

Sekiranya anda sayangkan diri anda sendiri atau peduli dengan orang-orang yang anda sayangi, sebaiknya kawal emosi dan cubalah untuk lebih bersabar.

 

 

  1. azam tahun baruLebih Banyak Menabung

Jika pada tahun lalu, anda agak boros berbelanja, kini cubalah untuk belajar menabung.

 

Elakkan sebarang pengeluaran atau perbelanjaan yang tidak penting.Sebelum membeli belah, catat dulu apa yang ingin dibeli.

 

Selain itu, ketika menerima gaji, segeralah asingkan duit untuk disimpan di dalam bank. Simpanan tersebut sangat berguna di saat-saat anda terdesak nanti.

 

 

  1. azam tahun baruHargai Waktu Bersama Keluarga

Jika sebelum ini, hari-hari anda terlalu banyak digunakan untuk bekerja atau terleka dengan memegang smartphone atau gajet. Jadi, cubalah sematkan azam tahun baru 2017 ini dengan satu perubahan dalam diri anda.

 

Cubalah luangkan waktu atau manfaatkan setiap kesempatan yang ada bersama keluarga, berbanding sibuk dengan smartphone.

 

Jika jarak yang memisahkan, cubalah untuk lebih dekat dengan keluarga meskipun hanya melalui telefon dan sebagainya.

 

 

  1. azam tahun baruJadi Pendengar Yang Baik

Menjadi pendengar yang baik atau setia merupakan salah satu cara untuk kita memahami orang lain. Dengan cara mendengarkannya kita akan jadi lebih memahami dan mengetahui apa yang orang lain rasa dan inginkan.

 

Untuk tahun 2017 ini, cubalah anda membiasakan diri untuk lebih mendengar apa diperkatakan oleh orang lain ketika berbual-bual.

 

Anda boleh merespons apa yang sedang dibualkan, tetapi anda tidak perlu terlalu banyak bercerita tentang kisah hidup anda pada ketika ini.

 

Apapun, ingatlah bahawa azam itu ibarat janji yang kita buat untuk diri kita sendiri, bukan kepada orang lain. Jadi, jangan pernah mengkhianati janji kita pada diri sendiri dengan melanggar janji yang kita buat sendiri!

 

Semoga perkongsian artikel tentang azam tahun baru ini bermanfaat buat semua. Selamat tahu baru 2017!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme