Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
kerja oh kerja

KERJA OH KERJA, 6 RISIKO MENANTI BILA KITA TERLALU WORKAHOLIC!

Posted on 08/10/201708/13/2017 by 123mamanet

KERJA OH KERJA, DISEBABKAN TERLALU GIGIH DAN KETAGIH DENGAN KERJA RAMAI DI ANTARA KITA YANG LUPA DIRI. KESIBUKAN KERJA TELAH MEMBUATKAN KITA LUPA DENGAN KESIHATAN DAN KELUARGA SENDIRI!

 

Disebabkan terlalu taksub dengan kerja oh kerja itulah juga membuatkan kita tidak sedar bahawa kita masih mempunyai dunia lain selain daripada karier kita. Hakikatnya masih banyak perkara yang perlu kita berikan perhatian selain daripada karier kita itu.

 

Sebenarnya ramai di antara kita yang seolah-olah telah mendedikasikan seluruh hidupnya untuk karier. Setiap saat yang terlintas dalam otak hanyalah kerja oh kerja.Jika tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh atau bermati-matian, kita akan rasa tidak puas.

 

Padahal jika kita bekerja sampai bermati-matian sehingga melupakan hal-hal lain yang juga penting dalam hidup kita, ia sebenarnya hanya akan merugikan diri kita sendiri.

 

Ada beberapa alasan yang membuatkan kita rugi dalam kehidupa akibat terlalu gigih dan ketagih bekerja. Kerugian tersebut turut melibatkan momen-momen bermakna kita bersama keluarga, saudara mara dan juga sahabat handai.

 

Bekerja keras memang penting, lebih-lebih lagi dalam keadaaan ekonomi negara yang semakin merundum. Kita perlu memantapkan lagi kedudukan kewangan kita demi masa depan, keluarga dan anak-anak.

 

Namun, kita perlu tahu efek kegigihan dan ketagihan (workaholic) dalam bekerja meninggalkan kesan buruk bagi kesihatan tubuh kita.

 

Menjaga kesihatan diri itu jauh lebih mahal daripada segala apa yang kita miliki, sebab kalau kita dah jatuh sakit semuanya  jadi tidak berguna!

kerja oh kerja

 

KESAN BILA KITA TERLALU MEMENTINGKAN KERJA OH KERJA BERBANDING KEHIDUPAN LAIN:

 

  1. KEPENATAN

Kerja yang tidak seimbang dengan kehidupan biasa boleh mengundang kepenatan yang tidak terkata.

 

Bekerja berjam-jam boleh menyebabkan kepenatan mental dan fizikal, sehingga mengundang stress. Tubuh kita menjadi lemah dan adakalaya disertainya dengan sesak nafas.

Selain itu, kepenata juga membuatkan daya ketahanan badan kita menurun sehingga memudahkan diserang penyakit menular seperti selesema dan batuk.

kerja oh kerja

 

  1. KURANG PRODUKTIF

Berkeja selama berjam-jam juga boleh menyebabkan kita menjadi tidak efisien sehingga hilangnya produktiviti dalam bekerja.

kerja oh kerja

 

  1. STRESS

Disebabkan terlalu memikirkan soal kerja oh kerja yang mana tidak seimbang turut mengundang stress mental.

 

Stress mental ini boleh menimbulkan masalah fizikal di tubuh. Untuk meredakan stress, penting bagi kita mengatur waktu tetap untuk bekerja.

 

Bukan itu sahaja stress pada tubuh juga menyebabkan pelbagai penyakit fizikal seperti kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi. Peningkatan kadar kolesterol dan tekanan darah mengakibatkan masalah jantung.

kerja oh kerja

 

  1. GANGGUAN TIDUR DAN EMOSI

Bekerja terlampau lama boleh menganggu waktu tidur dan menyebabkan kita bukan sahaja berasa penat.

 

Malahan kita menimbulkan gangguan emosi. Kita akan cepat melenting akibat tidak cukup rehat dan tidur.

kerja oh kerja

 

  1. PERUBAHAN FIZIKAL

Terlalu banyak dengan kerja juga boleh membuatkan kita menjadi kurang mengambil berat tentang penampilan fizikal.

 

Perubahan fizikal yang biasa terjadi ialah berat badan kita tiba-tiba menurun atau naik dengan drastik. Tak pun rambut kita menjadi banyak gugur dan rosak.

 

Selain itu, kerja yang melampau sehingga mengundang stress turut membuatkan wajah kita menjadi cepat tua, kedutan atau garis-garis halus makin jelas kelihatan.
kerja oh kerja

  1. SAKIT TENGKUK DAN BELAKANG BADAN

Ketika terlalu lama bekerja atau melebehi waktu yang sepatutnya, kita akan mengalami kesakitan pada bahagian leher atau tengkuk dan juga belakang badan.

Semakin banyak waktu yang kita habiskan dengan bekerja, semakin berisiko kita terkena sakit tersebut.  Ini merupakan tanda stress biasa yang disebabkan oleh ketegangan otot.

kerja oh kerja
neck ache in office

Itulah beberapa efek buruk yang  boleh disebabkan oleh sikap kita yang terlalu mementingkan kerja oh kerja sehingga kurang menitikberat hal-hal lain dalam kehidupan. Sebelum terlambat, sayangilah diri sendiri!

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme