Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

BAHARI ASYEK – PESONA WARISAN @ BAZAR SIBETURAHIM FASHION FEST CIMB preferred

Posted on 03/30/202203/30/2022 by 123mamanet

Sudah 15 tahun Butik Bahari Asyek (BA) berada di persada dunia fabrik dan fesyen tempatan. 

Meskipun 14 tahun berlalu, Bahari Asyek merasakan masih baru bertatih meniti pintu ke ruang industri fesyen. Sementelahan lagi, 10 tahun itu dikatakan proses untuk mereka mencari dan membina kekuatan diri sebelum menyerlah ke persada.

Puan Zahalina, Pengarah Urusan Bahari Asyek

Tahun ini, BA telah berkolaborasi dengan Konglomerat CIMB dengan tema ‘BAZAR SIBERTURAHIM’ yang dianjurkan selama 4 pada 3hb Mac – 6hb Mac 2022 lalu.

Menurut Puan Zahalina, selaku Pengarah Urusan Bahari Asyek, mereka berasa teruja dengan penawaran CIMB untuk turut sama dalam program penganjuran pameran beserta pertunjukan fesyen yang dirancang.

“Kami melihat ini sebagai peluang dan batu loncatan bagi BA untuk meninjau peluang serta melangkah ke sektor Korporat. Peluang yang ditawarkan CIMB turut sama menjayakan ‘Fashion Fest’ ini bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal. Kami berbesar hati bila mana ada sektor korporat tempatan yang berminat dan melihat bidang seni fesyen ini sebagai salah satu bidang yang wajar diangkat ke persada selain menjadi wadah untuk menjana ekonomi. Kerjasama pihak Sime Darby Convention Centre yang menyediakan tempat juga sangat membantu usaha ini.”

Hanya 14 rekaan ditampilkan untuk sesi peragaan di BAZAR SIBERTURAHIM

32 Rekaan Baru Untuk Koleksi Syawal BA 2022

Sebanyak 32 rekaan baru disediakan untuk Koleksi Syawal BA (Bahari Asyek) 2022. Sejajar dengan konsep Bahari Asyek yang bercirikan warisan dan tradisional, tentu saja busananya tidak lari daripada imejnya. 

Andai ada kelainannya, tergantung kepada sentuhan akhir ciri ciri busana tersebut serta pengemas kinian terhadap corak, fabrik, sulaman dan sedikit ubah suai bagi menyuai padan dengan pemakaian harian. 

Namun, tidaklah kesemua 32 rekaan kami ketengahkan untuk tatapan penggemar fesyen tradisional di sessi peragaan kami ini. Hanya 14 rekaan sahaja yang kami tampilkan untuk sesi peragaan di BAZAR SIBERTURAHIM itu,” jelas beliau lagi.

Antara14 rekaan baru yang diketengahkan ketika Syawal Showcase SIBERTURAHIM SYAWAL – CIMB 2022 daripada 32 rekaan busana yang diketengahkan untuk jualan Musim Syawal 2022 adalah: 

1. Baju Kedah MURNI

2. Baju Kurung Pahang ‘Cotton’ Sulam

3. Baju Kurung KEJORA

4. Baju Kurung Riau KASKAS

5. Baju Kurung PURNAMA

6. Baju Kurung ‘Cross Stitch’

7. Baju Kurung KUNO

8. Baju Kurung Kuno ‘Songket Bunga Pecah Empat’

9. Baju Kurung RUPAWAN

10. Baju Kurung DANDEA

11. Baju Kurung ASIANA

12. Baju Kurung RIAU

13. Baju Kebaya DAYANG SENANDUNG

14. Baju Kebaya CIK SITI WAN KEMBANG

Nak tahu lebih lanjut tentang Koleksi Syawal BA (Bahari Asyek) 2022, layari https://bahariasyek.storehub.me

Facebook : Bahari Asyek

Instagram : bahariasyekofficial

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme