Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
bahaya asap rokok

Bahaya Asap Rokok Memang Menggerunkan!

Posted on 01/10/201701/10/2017 by 123mamanet

Bahaya asap rokok bukan sahaja memberikan efek buruk bagi kesihatan si perokok. Malahan turut menjejaskan kesihatan orang-orang yang berada di sekitarnya, termasuklah bayi dan kanak-kanak.

Isi Kandungan hide
1 Berikut Beberapa Efek Bahaya Asap Rokok Yang Patut Diketahui:

 

Bahaya asap rokok ini berkait rapat dengan kandungan zat kimia yang ada di dalamnya. Di dalam sebatang rokok mengandungi lebih dari 3000 lebih bahan kimia aktif yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.

 

Zat kimia tersebut adalah zat yang berbahaya yang boleh mengancam kesihatan yang bukan sahaja akan dialami oleh orang dewasa. Malahan bayi dan kanak-kanak pun akan turut terkena tempiasnya apabila mereka berinteraksi dengan para perokok.

 

bahaya asap rokok

 

 

[btn text=”KEBAIKAN BERHENTI ROKOK, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/kebaikan-berhenti-merokok/” target=”_blank”]

 

Berikut Beberapa Efek Bahaya Asap Rokok Yang Patut Diketahui:

 

  1. bahaya asap rokokPenyakit Jantung Koroner

Bagi anda perokok yang tegar, anda sememangnya berisiko untuk mati mendadak!

 

Risiko terjadinya penyakit jantung koroner meningkat 2-4 kali pada perokok dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok. Risiko ini semakin meningkat dengan pertambahan usia serta jumlah rokok yang dihisapnya.

 

 

  1. bahaya asap rokokKanser

Kanser juga merupakan salah satu penyakit yang paling ditakuti manusia. Asap rokok adalah penyebab utama penyakit ini, salah satunya adalah kanser paru-paru.

 

Selain itu, benzena yang terkandung dalam asap rokok juga boleh meningkatkan terjadinya leukemia. Manakala kandungan karsinogennya boleh menyebabkan kanser payu dara. Penyakit serius lainnya yang disebabkan oleh merokok adalah bronchitis dan pneumonia.

 

 

  1. bahaya asap rokokMasalah Pernafasan

Bahaya asap rokok turut mengundang masalah pernafasan. Merokok atau terkena asap rokok, selain membuatkan batuk dan mengalami gangguan pernafasan, ia boleh memparahkan lagi penyakit asma, batuk berpanjangan, nafas menjadi pendek sehingga alergi.

 

 

 

 

  1. bahaya asap rokokBahaya Asap Rokok Buat Janin

> Janin berisiko mempunyai penyakit leukemia atau kanser lainnya kerana terdedah pada zat kimia yang boleh menyebabkan kerosakkan genetik.

 

> Janin mengalami kematian (premature death) di dalam kanudngan ibu ataupun keguguran akibat sudden infant death syndrome atau sindrom kematian mendadak.

 

> Bayi lahir dengan berat badan yang tidak mencukupi kerana racun nikotin menghalang pengaliran darah yang menjadi sumber nutrisi bagi janin. Perkara ini menyebabkan bayi lahir tidak cukup bulan dan perkembangan organ badannya belum sempurna.

 

< Janin tidak mempunyai mempunyai sistem ketahanan badan yang baik kerana asap rokok telah mengubah struktur DNA

 

< Janin juga boleh mengalami down syndrome akibat gangguan perkembangan otak janin sepanjang di dalam rahim.

 

< Janin berisiko cacat seperti bibir sumbing kerana kelainan sperma pada ayahnya yang merupakan perokok tegar.

 

Setelah anda mengetahui antara bahaya asap rokok di atas, apakah anda tidak ingin berhenti merokok? Sayangilah diri dan orang-orang yang berada di sekeliling anda!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme