Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
jerawat di ketiak

JAGA-JAGA! 6 PENYEBAB SERTA BAHAYA BILA JERAWAT DI KETIAK

Posted on 07/01/201707/01/2017 by 123mamanet

JERAWAT  BOLEH TUMBUH DI MANA-MANA SAHAJA BAHAGIAN BADAN TERMASUKLAH JERAWAT DI KETIAK!

Isi Kandungan hide
1 ANTARA LAIN PENYEBAB JERAWAT DI KETIKA:
2 JERAWAT DI KETIAK JUGA BOLEH MENIMBULKAN RASA TIDAK SELESA DAN BERIKUT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASINYA:

 

Munculnya jerawat di ketiak boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya berpunca dari bulu ketiak yang tumbuh ke dalam ataupun disebabkan teknik mencukur bulu ketiak yang salah.

 

Elakkan menggosok dengan kuat atau kasar pada bahagian bulu yang tumbuh ke dalam pada ketiak kerana ia boleh menyebabkan peradangan. Keadaan ini membuarkan sel-sel kulit pada ketiak sukar mengelupas kerana bulu-bulu yang telah tersekat di dalam permukaan kulit ketiak.

 

Jadi, jika kita mengalami masalah jerawat di ketiak sebaiknya menggosok atau menyental lembut bahagian ketiak yang terasa gatal itu dengan kain basah sebanyak dua kali sehari.

 

Sekiranya jerawat di ketiak tersebut terasa sakit, gatal dan berdarah serta tak kunjung sembuh juga sekian lama, dapatkan rawatan doktor bagi memastikan status jerawat atau benjolan tersebut.

 

Ada kemungkinan ia bisul (boil) atau pun ketumbuhan lain. Takut-takut nanti terjadinya kanser atau masalah penyakit yang lebih serius!

jerawat di kulit

ANTARA LAIN PENYEBAB JERAWAT DI KETIKA:

  1. KURANG MENJAGA KEBERSIHAN KETIAK

Menjaga kebersihan ketiak sangat penting untuk mencegah masalah ini. Ketiak yang kurang terjaga kebersihannya boleh menjadi sarang bakteria.

 

Jadi, pastikan kita membasuh ketiak dengan bersih pada setiap hari.

jerawat di ketiak

 

  1. PEMAKAIAN DEODORANT YANG BERLEBIHAN

Jerawat yang tumbuh di ketiak boleh disebabkan oleh tindakbalas alergi yang disebabkan oleh pemakaian deodorant yang berlebihan.

 

Pemakaian deodorant berlebihan mampu menyumbat pori-pori pada kulit ketiak sehingga membuatkannya sukar bernafas lalu menimbulkan jerawat.

Jerawat Di Ketiak

 

  1. MASALAH HORMON

Masalah hormon yang berlebihan juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh di ketiak dan di mana sahaja termasuklah di muka, di kepala dan juga belakang badan.

jerawat di ketiak

  1. KELEBIHAN BERAT BADAN

Kelebihan berat badan atau obesiti membuatkan lemak yang terkumpul pada kawasan pelipat yang membuatkan kulit sukar bernafas serta pori-pori kulit tersumbat.  Inilah yang akan membuatkan munculnya jerawat di ketiak.

jerawat di ketiak

  1. PAKAIAN KURANG BERSIH

Pakaian yang kurang bersih boleh membuatkan ketiak terasa gatal dan  jerawat tumbuh di ketiak.

 

JERAWAT DI KETIAK JUGA BOLEH MENIMBULKAN RASA TIDAK SELESA DAN BERIKUT BEBERAPA CARA UNTUK MENGATASINYA:

 

* GEL LIDAH BUAYA

Lidah buaya sememangnya mempunyai banyak manfaat bagi kulit.

 

Jangan lupa menyapu gel lidah buaya selepas kita mencukur kulit ketiak supaya tidak terjadi iritasi yang menyebabkan jerawat.

 

* TUAM DENGAN LARUTAN AIR GARAM

Jika jerawat muncul di ketiak, cuba merawatnya secara teratur dengan menuam ketiak dengan menggunakan garam yang telah dilarutkan dengan air suam.

 

Lakukan secara teratur sehingga jerawat mengecut dan mempercepatkan proses penyembuhannya.

 

* MADU

Madu asli boleh menjadi bahan semulajadi yang baik untuk mengatasi masalah jerawat sekaligus mengurangkan warna kulit ketiak yang kehitaman.

 

Sapukan madu asli pada kawasan kulit yang berjerawat. Biarkan selama 15 minit, kemudian barulah dibersihkan.

 

Kandungan semulajadi yang dimiliki oleh madu semulajadi yang baik dan efektif untuk memutihkan kulit ketiak kusam dan kehitaman.

Jerawat Di Ketiak

Semoga artikel mengenai jerawat di ketiak ini bermanfaat untuk anda.

 

  • Anda Suka Artikel Ini? Kongsi Artikel Ini Dengan Rakan Di Facebook
  • Anda Pasti Ingin Tahu Mengenai Krim Mata Untuk Hilangkan Lebam Bawah Mata Dan Kedutan
  • [btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#0000FF thovercolor=#FFF link=”https://web.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025

Recent Posts

  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme