Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
makan tengah malam

BAHAYA JIKA SUKA MAKAN TENGAH MALAM

Posted on 02/04/201702/04/2017 by 123mamanet

Suka makan tengah malam? Biasanya orang yang sering berjaga hingga larut malam lebih mudah berasa lapar pada malam hari.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT ANTARA RISIKO PENYAKIT YANG DISEBABKAN KERAP MAKAN TENGAH MALAM:
2 JIKA TERASA LAPAR DAN INGIN MAKAN TENGAH MALAM, BERIKUT BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG BOLEH DIJADIKAN PENGGANTI MAKAN MALAM:

Makan tengah malam boleh membawa efek buruk bagi kesihatan. Ini adalah kerana ketika makanan yang mengandungi kalori tinggi masuk ke dalam tubuh, tetapi tiada aktiviti yang dilakukan, jadi kalori tersebut tidak akan terbakar. Malahan akan menjadi lemak yang berkumpul di dalam tubuh.

Kalori yang tidak terbakar  ini kemudiannya akan menjadi lemak yang sangat mempengaruhi berat badan kita.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

BACA: CARA DIET SIHAT UNTUK CEPAT KURUS

makan tengah malam

BERIKUT ANTARA RISIKO PENYAKIT YANG DISEBABKAN KERAP MAKAN TENGAH MALAM:

  1. NIGHTTIME EATING SYNDROME

Makan lewat malam mungkin menjadi salah satu gejala yang berkaitan dengan sindrom makan di malam hari atau nighttime eating syndrome.

Mereka yang mengalami sindrom ini sebahagian besarnya mengalami depresi serta makan di tengah malam kerana hormon yang tidak seimbang.

makan tengah malam

  1. OBESITI

Biasanya kita yang suka makan pada lewat malam cenderung memilih makanan segera seperti burger, pizza atau makanan berlemak dan berminyak.

Selain itu, perut yang terasa lapar juga akan membuatkan kita makan dengan jumlah yang lebih banyak. Secara tak langsung ia akan menjadi penyebab berat badan kita bertambah naik.

makan tengah malam

  1. PEDIH ULU HATI

Selalunya orang yang makan pada tengah malam akan lebih berisiko untuk terkena pedih ulu hati.

Asid akan naik ke kerongkong selepas kita makan. Apatah lagi, jika selepas menikmati makanan tersebut kita terus tidur.

Ia akan mengakibatkan heartburn atau panas terbakar pada ulu hati atau tengah dadan. Ia mungkin tidak terjadi pada setiap hari, namun keadaan tersebut merupakan salah satu peringatan akan adanya penyakit berbahaya di dalam tubuh kita.

makan tengah malam

  1. MENGGANGU TIDUR

Pengambilan makan yang banyak mengandungi lemak pada lewat malam serta tiga jam sebelum tidur akan membuatkan sistem pengahdaman kita terus bekerja sepanjang malam. Ianya akan menggangu masa tidur kita.

Selain itu, pengambilan makanan pedas pada waktu malam juga boleh menyebabkan perut terasa panas, memulas dan turut menganggu sistem penghadaman kita. Jika kita mengambil kafein pada lewat malam ia boleh menyebabkan insomnia.

makan tengah malam

JIKA TERASA LAPAR DAN INGIN MAKAN TENGAH MALAM, BERIKUT BEBERAPA JENIS MAKANAN YANG BOLEH DIJADIKAN PENGGANTI MAKAN MALAM:

* OATMEAL

Kita boleh mengganti makan malam kita dengan makanan yang lebih sihat dengan oatmeal.

Selain mengandungi banyak vitamin, oatmeal juga kaya dengan serat sehingga memberikan kita berasa kenyang lebih lama.

Kita boleh menjadikan oatmeal ini sebagai menu makan tengah malam sewaktu lapar sehingga kita terhindar dari efek buruk tersebut.

makan tengah malam

* BUAH-BUAHAN SEGAR

Setelah mengetahui efek buruk makan tengah malam, ada baiknya bila terasa lapar pada malam hari kita makan buah-buahan segar seperti epal, betik, limau dan pisang.

Kita juga boleh menjadikan buah tersebut sebagai jus dengan menambah susu atau yoghurt yang cukup berkhasiat untuk kesihatan tubuh.

Dengan pengambilan makanan sihat ketika berasa lapar di malam hari, kita tidak perlu menunggu masa yang terlalu lama untuk tidur (sekurang-kurangnya dua jam)

makan tengah malam

Sekitar 30 minit setelah menikmati oatmeal atau buah-buahan segar sebagai menu makan tengah malam, kita sudah boleh melelapkan mata.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme