Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
bahaya minum kopi

Bahaya Minum Kopi Bila Mengandung

Posted on 07/13/202407/13/2024 by 123mamanet

Bahaya minum kopi. Kopi adalah salah satu minuman kegemaran ramai. Sungguhpun begitu, kopi mempunyai efek sampingan yang kurang baik untuk kesihatan apabila diambil secara berlebihan.Bagi seorang wanita, keguguran anak adalah satu mimpi ngeri. Ia merupakan satu pengalaman yang begitu pahit untuk dilalui terutama sekali apabila kehamilan itu selepas rawatan IVF.

Isi Kandungan hide
1 Bahaya Minum Kopi, Boleh Mengakibatkan Keguguran!
2 Elakkan Minum Lebih Dari 2 Gelas Kopi Sehari
3 Agen Perangsang Yang Kuat
3.1 #Biodata Penulis:

bahaya minum kopi

 

Bahaya Minum Kopi, Boleh Mengakibatkan Keguguran!

Bahaya minum kopi? Ketahui punca terkini yang menyebabkan keguguran! Berikut ialah punca umum yang sering dikaitkan dengan keguguran:

12 minggu pertama kehamilan:

  • Masalah genetik dengan janin (kandungan).
  • Masalah dengan perkembangan uri (placenta).
  • Umur wanita (semakin umur meningkat, semakin tinggi risiko keguguran).
  • Obesiti, alkohol, merokok.

13-24 minggu kehamilan:

  • Masalah kesihatan wanita seperti Diabetes, Darah Tinggi.
  • Infeksi seperti Rubella, HIV.
  • Keracunan Makanan.
  • Beberapa jenis ubat seperti misoprostol.
  • Masalah rahim dan serviks.

 Walau bagaimanapun, kini perkara terbaru yang mengisi senarai di atas adalah KOPI. Terlalu banyak meminum kopi boleh meningkatkan risiko keguguran. Bukan sahaja wanita, jumlah kopi yang diminum oleh lelaki pun turut dikatakan mempengaruhi risiko keguguran.

bahaya minum kopi

Elakkan Minum Lebih Dari 2 Gelas Kopi Sehari

Bagi wanita dan lelaki, bahaya minum kopi lebih dari 2 gelas kopi sehari kerana ia akan meningkatkan risiko keguguran:

  • Wanita : 74 % peningkatan
  • Lelaki : 73 % peningkatan

 

Agen Perangsang Yang Kuat

Oleh itu, lelaki perlu menjaga kesihatannya dan elak daripada mengambil kopi atau bahan yang boleh menjejaskan kesuburan sperma secara berlebihan.

Selain keguguran, kopi juga adalah agen perangsang yang kuat. Ini boleh meningkatkan tekanan darah dan kadar denyutan  jantung ibu mengandung. Kedua-dua fenomena ini tidak baik bagi seseorang ibu mengandung.

Kopi juga mempunyai kesan ‘diuretik’ ke atas badan kita. Ini bererti , kopi boleh menyebabkan ibu mengandung kencing secara berlebihan. Ini akan mengurangkan kandungan air dalam badan dan sekaligus berisiko meningkatkan masalah semasa hamil.

Ingat, sistem metabolik bayi dalam kandungan tidak dapat ‘mencernakan’ kopi yang diminum oleh ibu. Kopi bolh meresap melintasi uri bayi terus ke dalam sistem badan bayi dalam kandungan. Kopi ini dapat mengubah pergerakan dan masa tidur bayi dalam kandungan. Bukan sahaja ibu, malahan bayi juga tidak dapat tidur.

Memang memeningkan apabila anda berfikir cara-cara untuk mengelakkan keguguran. Tetapi ingat, kopi bukanlah jawapan anda untuk menghilangkan rasa mengantuk atau menambah energi diri, kerana kopi mungkin akan menjadikan mimpi ngeri anda kenyataan!

Ingat ya, di sebalik rasa dan sensasi nikmati yang diberikan oleh kopi, bahaya minum kopi ini bukan hanya pada ibu yang mengandung tetapi turut mempengaruhi janin yang boleh menjadikan bayi tersebut tidak sihat, keguguran dan masalah kesihatan ibu hamil.

Sumber:

  1. NIH/Eunice Kennedy Shriver National Institute of Child Health and Human Development. “Couples’ pre-pregnancy caffeine consumption linked to miscarriage risk: NIH study finds daily multivitamin before and after conception greatly reduces miscarriage risk.” ScienceDaily. ScienceDaily, 24 March 2016. www.sciencedaily.com
  1. http://americanpregnancy.org/pregnancy-health/caffeine-during-pregnancy/
#Biodata Penulis:

bahaya minum kopi dr. agilan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme