Sebagai wanita, kebersihan menjaga alat sulit masa period adalah sangat penting. Darah haid mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan gangguan kesihatan vagina atau alat sulit jika tidak terjaga kebersihannya dengan betul.
Sebenarnya masih ramai di antara kita yang mengabaikan kebersihan vagina. Bahkan ada beberapa kesalahan yang sering kita lakukan pada masa period yang mungkin tidak kita sedari boleh menganggu kesihatan vagina kita.
Kesalahan Besar Yang Dilakukan Masa Period
Berikut adalah antara kesalahan yang sering dilakukan dan perlu dielakkan supaya kesihatan vagina tidak terganggu.
Jarang Tukar Pembalut Wanita
Salah satu kesalahan yang sering dilakukan oleh ramai wanita iaitu jarang menukar pembalut wanita.
Perbuatan ini boleh mengundang kehadiran bakteria pada vagina. Masa period, vagina adalah destinasi yang paling disukai oleh bakteria untuk membiak.
Jadi, jangan abaikan kebersihan vagina serta tukarlah pembalut wanita secara teratur.
Baca Juga:
“Douching”
Membersihkan vagina atau douching tidak disarankan kerana boleh menganggu kesimbangan PH semulajadi pada vagina.
Douching boleh membunuh bakteria baik yang mana membawa kepada terjadinya infeksi atau jangkitan. Sebaiknya masa period, bersihkan vagina dengan air suam atau air yang bersih sahaja.
Elakkan Memakai Pembersih Wangi
Elakkan memakai pembersih vagina yang berbau wangi kerana ia boleh meningkatkan lagi risiko terjadinya infeksi bakteria dan kulat.
Penggunaan pembersih yang mengandungi bahan kimia sama sekali tidak disarankan pada wanita yang sedang period ataupun tidak.
Gunakan bahan pencuci antiseptik semulajadi seperti daun sirih yang direbus atau gunakan air garam sahaja. Itu lebih selamat.
Minuman Berkafien
Masa period kita sebaiknya menghindari sebarang minuman yang mengandungi kafien seperti kopi. Minuman berkafein boleh menambahkan lagi kelesuan seperti lenguh-lenguh badan, sakit kepala ataupun migraine.
Jika anda penggemar kopi pastikan anda minum banyak air suam untuk menyahkan kesan kafien dalam darah.
Malas Bersenam
Waktu period, janganlah kita malas untuk bersenam. Bersenam dapat mengeluarkan racun-racun dalam badan serta menghindari stress.
Bersenam akan membuatkan badan kita tetap segar dan fit sepanjang datang period. Memadai kalau kita melakukan senaman ringan 15-30 minit sepanjang period kita berlangsung.
Rehat Secukupnya
Selain menjaga pemakanan, mengambil makanan sihat serta bersenam secara teratur kita juga perlu mendapatkan rehat secukupnya masa ini.
Jangan mengabaikan kepentingan berehat kerana ia boleh menyebabkan gangguan kesihatan dan proses haid menjadi kurang lancar.Rehat dan tidur yang mencukupi masa haid penting untuk menjaga kesihatan tubuh kita.
Demikianlah beberapa info penting mengenai pengjagaan kesihatan dan kesihatan vagina masa period. Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda semua.
1 thought on “Masa Period Jangan Abaikan Kebersihan!”
Comments are closed.