Rosezie Collection mempersembahkan koleksi baju raya yang tidak hanya mengagumkan dari segi rekaan, tetapi juga menawarkan fabrik berkualiti tinggi pada harga yang pasti mampu beli.
Gaya Sekeluarga Raya
Ramadan dan Hari Raya semakin hampir dan mungkin anda sedang sibuk mencari baju raya yang sempurna untuk menyambut perayaan ini dengan gaya yang berseri.]
Seiring dengan keunikan budaya kita yang penuh dengan sopan santun dan kemelayuan, pencarian untuk pakaian yang mencerminkan identiti dan gaya sekeluarga semakin menjadi fokus utama.
Namun begitu, dalam mencari baju raya, terdapat pelbagai pilihan koleksi yang mungkin memerlukan bajet yang besar, terutamanya apabila berkaitan dengan kualiti fabrik yang dikehendaki.
Dengan kesedaran akan keperluan ini, Rosezie Collection memperkenalkan koleksi baju raya yang menawarkan fabrik berkualiti tinggi pada harga yang mampu beli.
Baca Juga:
Rajin Skrub Muka Kulit Mulus
Rahsia Sukses Dalam Bisnes Dan Kehidupan
![baju raya](https://123mamanet.com/wp-content/uploads/2024/01/rosezie-collection.jpg)
Pengasas butik, Puan Ruziyati Mohamed, memulakan perniagaan pada tahun 2012 dengan menjual di booth-booth karnival dan pasar uptown sebelum meluaskan promosi ke karnival Starvendors bermula tahun 2023.
Menurut beliau pengalaman menyertai karnival Starvendors pada tahun lalu memberikan hasil jualan yang memberangsangkan dan membuka peluang untuk mendapatkan pelbagai idea kempen bagi meningkatkan lagi jualan. Dalam usaha meningkatkan lagi jualan, Rosezie Collection telah melancarkan koleksi raya 2024 lebih awal dan turut mengadakan jualan gudang.
Koleksi Baju Raya 2024
Koleksi baru untuk tahun ini termasuklah baju kurung Pahang cekak musang Puspawangi yang dijangka menjadi trend terkini dengan rekaan klasik dan sulaman bunga yang menarik. Rosezie Collection juga menawarkan pelbagai koleksi lain termasuk baju kebaya songket, baju kurung kedah, baju kurung sulam ayah dan baju kurung moden.
Koleksi Baju Melayu “The Syed”
Tidak terkecuali untuk lelaki, Rosezie Collection juga menyediakan koleksi baju melayu seperti baju melayu cekak musang, baju melayu Johor, dan kurta di bawah jenama The Syed yang menekankan keselesaan dan kualiti terbaik. Dengan pelbagai kempen jualan dan promosi yang dirancang, Rosezie Collection menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta bagi tahun ini.
Pelbagai Saiz Ditawarkan
Butik Rosezie tidak hanya menawarkan koleksi untuk individu, tetapi juga menyediakan pakaian lengkap untuk satu keluarga. Di samping turut menerima tempahan custom made bagi yang memerlukan rekaan atau saiz khas. Semua koleksi ditawarkan dari saiz bayi sehingga saiz dewasa 5XL.
![rosezie collection](https://123mamanet.com/wp-content/uploads/2024/01/baju-raya-2.jpg)
Bagi yang ingin mencari baju raya seisi keluarga, mereka boleh mengunjungi butik fizikal di Shah Alam dan Bangi. Tak pun boleh juga membuat pembelian melalui platform Instagram dan TikTok. Turut menghadiri majlis pelancaran koleksi 2024 ini adalah beberapa selebriti dan personaliti terkenal seperti Faezah Elai, Dato’ Ifa Raziah, Kak Rose, Sabhi Sadhi dan Muse jenama, Syean Mokhtar.
Bergaya Dengan Baju Raya Rosezie Collection
Dengan harga yang bermula dari RM79 sehingga RM250 sahaja, Rosezie Collection memastikan bahawa setiap orang, tanpa mengira bajet, dapat menemui pilihan yang sesuai untuk gaya gaya mereka.
Jadikanlah butik ini destinasi anda untuk mencari baju raya yang sempurna yang akan memastikan anda sekeluarga nampak bergaya dan cantik berseri pada sambutan yang paling istimewa ini.