Melenyapkan segala lemak terutama yang mengelambir pada perut bukan hanya membuatkan penampilan kita nampak elok, namun juga membuatkan tubuh lebih sihat. Jadi, apakah cara terbaik untuk bakar lemak segala lemak yang ada di badan?
Apatah lagi penggumpulan lemak ini boleh menyebabkan berbagai-bagai penyakit singgah, seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan juga diabetis.
Di sini Mamanet kongsikan beberapa cara cepat, mudah, murah,sihat dan sangat efektif untuk bakar lemak lebih cepat, sehingga anda boleh mendapatkan bentuk badan yang ideal.
Ketahui juga manfaat senaman kemut.
Berikut ini adalah beberapa cara yang boleh membantu bakar lemak anda dengan lebih cepat:
- Bersenam Dulu Sebelum Bersarapan
Sebelum bersarapan, jom kita bersenam terlebih dahulu. Senaman pagi akan membakar 20 peratus lemak lebih banyak jika dibandingkan bersenam selepas bersarapan.
Jika tidak berkesempatan untuk bersenam di luar rumah, lakukan gerakan seperti squat jump dan lunges selama 15 minit.
- Naik Turun Tangga
Curilah sedikit waktu untuk bakar lemak yang ada itu dengan melakukan aktiviti naik turun tangga.
Naik turun tangga ini dikatakan dapat membakar sekurang-kurangnya 100 kalori. Aktiviti ini dapat membuat badan kita menjadi lebih relaks.
- Lari Laju-Laju
Biasa tak berlari selama 30 minit di treadmill? Kali ini lakukan sahaja di rumah, buat selama 10 minit tetapi dengan kecepatan yang lebih.
Senaman intensif selama 10 minit itu dikatkan mampu membangkitkan pembakaran metabolisme yang setara dengan senaman berat selama 20-30 minit itu. Jika dilakukan dengan betul, berupaya membakar lebih 200 kalori di sepanjang hari.
- Minum Kopi Atau Teh Hijau
Wow! Ternyata kafien dapat membantu kita untuk bakar lemak. Ia dikatakan mampu membantu pembakaran kalori di dalam tubuh selama tiga jam selepas tiga jam kita meminumnya.
Jika tidak suka dengan rasa kopi, boleh juga mimum teh hijau. Kafien pada teh hijau mampu meningkatkan pembakaran lemak dalam badan.
Teh hijau sendiri adalah minuman rendah kalori jika dibandingkan dengan minuman lain seperti minuman berkarbonat.Yang penting,jangan terlalu berlebihan ya!
- Aerobik
Senaman aerobik dipercayai mampu bakar lemak. Senaman ini memerlukan lebih banyak oksigen dalam membakar lemak dan energi.
Senaman aerobik juga sesuai bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. Ini adalah kerana aerobik akan membakar seluruh lemak yang ada dalam badan.
- Zumba
Tarian zumba adalah salah satu gerak tari yang menggerakkan badan bersama-sama dan dianggap sangat menyeronokkan.
Aktiviti ini mampu membakar kalori antara 400-700 kalori setiap sesi zumba dance. Bahkan, zumba dianggap lebih efektif daripada senaman aerobik kerana mempunyai gerakan-gerakan badan yang baik.
Bukan hanya banyak kalori yang terbakar, malahan secara tidak langsung ia turut memainkan peranan dalam pembentukan badan yang lebih ideal.
Apapun, bersenam dan diet merupakan kombinasi terbaik untuk bakar lemak segala lemak yang ada di tubuh. Jadikan senaman sebagai gaya hidup sihat. Selain langsing, kesihatan badan anda juga tetap terjaga.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]