Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Bangpi Lekor

Bangpi Lekor Bisnes Ketika PKP Bawa Rezeki

Posted on 06/15/202309/08/2023 by 123mamanet

Bangpi Lekor  Chips adalah keropok lekor asli dari negeri Terengganu yang tidak perlu digoreng. Boleh terus makan dan keranggupan serta rasa ikan Bangpi Lekor ini memang tidak mengecewakan!

Isi Kandungan hide
1 Jana Pendapatan Jutaan Ringgit
1.1 Permintaan Tinggi Di Singapura
1.2 Produk Keluaran Bangpi Lekor

Bangpi Lekor

 

Hanafi Rosdi,32, pengusaha Bangpi Lekor memulakan perniagaan keropol lekor sejuk beku asli Terengganu ketika kerajaan memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar tahun 2021 bagi mencegah penularan Covid-19.

Beliau yang dahulunya bekerja sebagai kareografer dan pernah menerajui keindahan pentas muzik tanah air seperti Big Stage, Vokal Mania, Anugerah Meletop, Anugerah Juara Lagu dan banyak lagi tidak terkecuali terkesan dengan Pendamik Covid-19 yang melanda dunia.

Baca Juga: Rahsia Sukses Dalam Bisnes 

Bangpi Lekor
Hanafi Rosdi,32, pengusaha Bangpi Lekor

Jana Pendapatan Jutaan Ringgit

Demi kelangsungan hidup, beliau perlu mencari jalan daripada kemelut kehilangan punca pendapatan demi menyara keluarga. Justeru itu, 3 bulan selepas PKP, anak kelahiran Terengganu beralih kepada perniagaan keropok lekor sejuk beku (frozen)yang mana telah menjadi pintu pembuka rezeki baharu buat dirinya apabila mendapat sambutan yang diluar jangkaan.

“Masa PKP, saya tidak mempunyai pendapat lain.Industri kreatif terhenti, jadi saya perlu lakukan sesuatu demi mencari rezeki untuk keluarga.Saya sama sekali tidak menyangka bisnes ini dapat diterima dengan baik,” beritahu Bangpi yang juga mesra disapa dengan nama Cikgu Pi.

“Asalnya saya buat kecil-kecilan sahaja, tapi bila melihatkan sambutan yang diterima, jualanpun terus meningkat dari hari ke sehari, buat saya jadi cukup bersemangat. Bagi saya, boleh dapat sekitar RM1000 -1500 sebulan waktu itu merupakan satu pencapaian yang amat baik,” jelasnya lagi yang bermodalkan RM500.00 sahaja bagi memulakan perniagaan keropok lekor jenamanya sendiri itu.

Baca Juga: Tips Menggoreng Keropok Lekor Agar Tak Meletup

Permintaan Tinggi Di Singapura

Menurut Hanafi, dia amat bersyukur dengan pencapaian jualan Bangpi Lekor  pada tahun 2022 yang mampu menjana jutaan ringgit. Malah, produk ini juga telah mendapat permintaan tinggi di negara jiran, Singapura.

Setiapkali ada peluang untuk usahawan tempatan mengembangkan perniagaan, seperti penganjuran pameran dan karnival, beliau pasti tidak akan melepaskannya.Baginya, ia adalah peluang terbaik yang mampu menjadi batu loncatan untuk beliau mengembangkan pasaran produknya termasuk ke luar negara.

“Insya-Allah, untuk tahun 2023 ini kami merancang untuk lebih banyak menyertai acara perniagaan, termasuk ke Singapore Food Festival.Inilah masa untuk mengembangkan serta mengukuhkan lagi jenama Bangpi Lekor di pasaran antarbangsa,” jelas anak muda yang berjiwa besar ini.

Bangpi Lekor

Produk Keluaran Bangpi Lekor

Bangpi Lekor adalah pengeluar keropok Bangpi Lekor Chips. Terdapat 2 varian iaitu original dan spicy cheese yang dijual pada harga RM25 (400gram) satu pek.

Serunding Ayam & Serunding Daging

Manakala Serunding Daging dan Ayam, dijual pada harga RM15 (100gram) satu pek, diperkenalkan pada Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini turut mendapat sambutan ramai. Kesemua produk keluaran Bangi Lekor berkualiti serta dijamin halal.

Info lanjut tentang produk dan promosi  serta yang berminat untuk menjana pendapatan bersama Bangpi Lekor boleh hubungi +60- 14-644 6580 (Bangpi)

Ikuti Facebook: BangPi Lekors

Instagram: bangpi_lekors.hq

Yang suka makan keropok lekor, wajib dapatkanya! Nak mudah, Tik Tok Shop @BangPiLekors. Nikmati sendiri kelazatan keropok asli yang kaya dengan isi ikan Selayang dalam setiap gigitan!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme