UMUR berapa sesuai bawa anak keluar malam? Ada segelintir mama dan papa yang tidak ambil hirau tentang hal ini. Mereka bawa bayi mereka hingga larut malam seolah-olah sudah tidak ada siang lagi esoknya.
Mamanet pernah terserempak dengan pasangan yang bawa bayi mereka keluar makan di restoran makanan segera pada jam 12.00 malam. Pada waktu itu mamanet pun ada nampak kanak-kanak lebih kurang berusia 8 tahun sedang makan bersama abangnya. Sedangkan esok adalah hari sekolah.
Pelik ya ibu bapa sekarang? Kalau dulu jangan haraplah nak bawa anak keluar malam-malam. Mesti mak kita akan marah. Tak baik kata mereka. Kalau keluar pun mungkin atas sebab kecemasan seperti ke hospital atau urusan keluarga.
Namun, sekarang ini, sikap bawa anak keluar malam seolah-olah perkara biasa. Tidak ada yang pelik bagi mereka. Kalau tidak dibawa siapa nak jaga dia di rumah? Mungkin itu, jawapannya. Kalau mamanet, mudah saja. Tanya pada diri sendiri, perlu ke bawa anak keluar malam? Jika perlu, silakan.
Ada 7 sebab kenapa anda tidak wajar bawa anak kecil keluar malam:
- Antibodi
Perlu diingatkan bahawa bayi dan kanak-kanak bawah 6 tahun masih lemah antibodi. Ertinya imun sistem mereka belum kuat. Apatah lagi bayi bawah usia 6 bulan. Mereka masih belum lagi menerima vaksin yang lengkap. Jadi, jika dia terdedah kepada persekitaran yang tidak sihat atau terbuka seperti pesta/karnival, mungkin dia akan mudah diserang penyakit atau wabak yang sedang merebak.
-
Nyamuk
Anda tahu tentang denggi dan virus zika bukan? Dua-dua penyakit maut ini dibawa oleh nyamuk. Jadi, seboleh mungkin elakkan bawa anak keluar malam di tempat terbuka kerana anda mungkin tidak sedar yang dia digigit nyamuk.
- Sejuk
Bayi anda mungkin tidak tahan sejuk dan dia mungkin akan mengalami masalah hidung tersumbat jika berdedah pada udara sejuk yang keterlaluan. Udara di dalam kompleks beli belah mungkin lebih sejuk pada waktu malam. Jika hendak membawa bayi anda, pastikan anda menyediakan selimut atau pakaian tebal untuknya.
- Letih
Jika anda sendiri berasa letih kerana berdiri atau duduk terlalu lama, bayi pun begitu. Dia pun akan keletihan jika berada pada satu-satu posisi dalam keadaan yang terlalu lama. Jika ingin keluar, selesaikan urusan anda secepat mungkin. Andai mungkin gemar bersantai tetapi bayi anda yang berasa tidak selesa atau tidak puas tidur akan ‘mengamuk’.
- Bising
Ada mama papa yang bawa anak ke pesta atau pawagam yang menggunakan sistem bunyi yang sangat kuat. Ingat gegendang telinga bayi atau kanak-kanak belum mampu menerima bunyi yang terlalu kuat. Elakkan berada di kawasan yang dekat dengan ‘speaker’. Lebih baik jangan pergi langsung atau tinggalkan anak pada penjaga.
- Takut
Bayi anda memang comel dan orang suka menegur atau mencubit atau mencium pipinya. Hati-hatilah dalam hal ini. Bayi anda masih lebih antibodinya jadi, sebaiknya jangan kerap mendedahkan anak anda kepada situasi yang orang lain teruja melihatnya. Dia mungkin terkejut dan trauma jika dipegang oleh orang ‘asing’.
7. Lapar
Situasi yang tidak kurang teruk ialah bila anak mula mengamuk dia mungkin tidak mahu makan atau minum. Bila keadaan ini berterusan beberapa jam, akhirnya dia akan berasa sangat dahaga atau lapar. Kemudian, berlurutan pada masalah kolik atau kembung. Akhirnya dia akan menangis sepanjang malam biarpun telah pulang ke rumah.
Mamanet akan kongsikan pendapat mama dan papa yang bawa anak keluar malam dalam artikel berikutnya. Mereka juga berkongsi tentang cara membawa anak keluar malam yang tidak memberi kesan teruk pada bayi. Nantikan perkongsian itu ya.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]