Hujung minggu ini penuh dengan kegembiraan apabila penyedia perkhidmatan logistik global terkemuka negara, J&T Express Malaysia, baru-baru ini meraikan ulang tahun ke-6 mereka dengan acara bazaar besar di Piazza, Pavilion Bukit Jalil.
Kempen #KasiJadi
Acara ini, sebahagian daripada kempen #KasiJadi J&T Express yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi, berjaya menarik lebih 10,000 pengunjung yang datang bersama-sama untuk memberi sokongan kepada vendor, usahawan dan orang awam.
Acara dua hari ini adalah satu perayaan yang meriah, penuh dengan pelbagai aktiviti, persembahan langsung dan peluang jaringan yang tidak ternilai. Ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan J&T Express dalam industri e-dagang dan logistik.
Encik Vincent Low, Naib Presiden J&T Express Malaysia, menyatakan bahawa acara ini sangat bermakna bagi mereka, menjadi kesempatan sempurna untuk mempamerkan pertumbuhan, dedikasi, dan komitmen mereka kepada komuniti pada kesempatan ulang tahun ke-6 mereka.
Komitmen dan Dedikasi J&T Express terhadap Komuniti
“#KasiJadi melambangkan peluang yang diwujudkan oleh J&T Express Malaysia, menyediakan platform untuk vendor dan pengusaha logistik mendapatkan pendedahan jenama dan memaksimumkan bahagian pasaran mereka,” kata Encik Vincent di acara tersebut.
“Kami menghargai asal-usul kami dan tetap komited untuk menghubungkan dunia secara lancar melalui pendekatan yang berpusatkan pelanggan dan dedikasi kepada kecekapan.
Meraikan tahun ke-6 kami dengan kempen #KasiJadi, bermula dengan bazaar ini, sangat bermakna bagi kami. Pencapaian ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa sokongan berterusan daripada rakan perniagaan kami, kepercayaan pelanggan dan kerja keras serta dedikasi pasukan kami”.
Baca Juga:
Philips All-in-One Ironing Solution Series
Kempen Jom Potong 2024
“Cepat, Boleh Dipercayai, Inovatif”
Mengikuti falsafah perkhidmatan mereka “Cepat, Boleh Dipercayai, Inovatif,” J&T Express Malaysia terus menyediakan penyelesaian logistik yang menyeluruh kepada pelanggannya. Ianya mencapai kejayaan yang luar biasa di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Pada tahun 2022, syarikat ini melabur RM 600 juta dalam pusat logistik baru di Bandar Rimbayu dan secara rasmi disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong pada Oktober 2023.
Baru-baru ini, J&T Express Malaysia bekerjasama dengan UOB Malaysia dan Fass Payment Solutions (Fasspay) untuk menawarkan penyelesaian pembayaran tanpa sentuh kepada pelanggan. Cara ini membawa kemudahan yang lebih luas di seluruh negara.
“Komitmen kami terhadap ketepatan masa terbukti dengan pencapaian kadar 97% dalam penunjuk ketepatan masa kami. Dengan terus berkembang, kapasiti operasi harian kami pada tahun 2024 telah meningkat sebanyak 103.16% tahun ke tahun.
Ini mencerminkan dedikasi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang dengan keupayaan dan kebolehpercayaan yang dipertingkatkan.
Ketika kita memasuki suku kewangan ketiga tahun ini, kami berhasrat untuk mengatasi rekod ini membolehkan kami mengekalkan komitmen kami. Seterusnya meningkatkan perkhidmatan kami dengan memperkenalkan penyelesaian penghantaran baru dan meningkatkan infrastruktur digital kami.”
Encik Vincent menegaskan bahawa J&T Express Malaysia tetap komited terhadap pertumbuhan dan pengembangan.Bahkan sentiasa menyesuaikan diri dengan industri yang sentiasa berubah. Melalui inisiatif seperti #KasiJadi, J&T Express akan terus menyokong komuniti sebagai peneraju industri dan penyokong kuat keusahawanan.
Rangkaian Meluas dan Keupayaan Logistik yang Hebat
“J&T Express Malaysia beroperasi dengan kecekapan dan skala yang luar biasa. Dengan rangkaian meluas yang merangkumi lebih daripada 600 cawangan yang strategik di seluruh Malaysia.
Disokong oleh lebih daripada 10 mesin penyortiran automatik canggih dan lebih daripada 3,000 kenderaan. Sudah pastinya kami memastikan perkhidmatan yang cepat dan boleh dipercayai untuk memenuhi permintaan pasaran.”
Nak tahu lebih lanjut termasuk tentang kempen #KasiJadi , layari https://jtexpress.my/, Facebook dan Instagram (@jtexpressmy).
Diam tak diam dah 6 tahun ya! Tahniah J&T!!!