Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
bercerai susu

Bercerai susu vs makanan seimbang

Posted on 08/22/201608/26/2016 by 123mamanet
bercerai susu
Kredit: Time.com

Bercerai susu terlalu awal, tidak begitu digalakkan. Sebaik-baik tempoh penyusuan susu ibu ialah 2 tahun. Hal ini bukan sahaja disyorkan oleh Kementerian Kesihatan bahkan telah tercatat di dalam Al-Quran. Bagaimanapun 6 bulan pertama adalah tempoh untuk penyusuan eksklusif susu ibu. Selepas itu, anda boleh mula memberikan dia pelbagai jenis makanan di samping susu ibu.

Isi Kandungan hide
1 Bercerai susu, ganti susu formula atau susu segar?


Seringkali ibu bapa terperangkap dengan masalah pemilihan makanan seimbang untuk bayi selepas usia 6 bulan. Hakikatnya bukan susu sahaja yang dapat membekalkan khasiat vitamin dan zat seimbang. Ada banyak lagi pilihan lain seperti protein sayuran, haiwan dan hasil tenusu yang boleh diberikan kepada bayi selepas usia 6 bulan selain susu ibu sendiri.

 

Usah paksa anak anda berhenti menyusu badan. Biarkan dia sendiri yang memilih sama ada mahu terus menyusu di samping makan makanan pejal atau berhenti terus daripada menyusu badan dan menumpukan kepada makanan lain. Sebaiknya biar proses menyusu badan ini diteruskan selama mana yang dia mahu. Asalkan kita galakkan ia makan makanan pejal sejak usia 6 bulan.

 

Hal ini kerana menyusu badan bukan sekadar untuk mengenyangkan perutnya sebaliknya lebih kepada ‘bonding’, interaksi dan kasih sayang istimewa antara anda berdua. Jadi, usah terlalu mudah untuk melepaskannya begitu sahaja.

Bercerai susu, ganti susu formula atau susu segar?

bercerai susu
Kredit: baby centre

Mengenai hal ini ada pendapat  yang dikongsikan oleh Pn Kamarian dari Susuibu.com.  Katanya baby led weaning adalah proses peralihan dari susu ibu ke makanan seimbang bukan dari susu ibu ke susu formula.
Manakala Puan Zaleha Mustapha dalam blognya turut menambah poin-poin berikut yang dikongsi daripada rakan-rakan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu. Berikut adalah poinnya:

 

  1. Ibu dan anak perlu bersedia bagi memastikan proses beralih susu berjalan lancar.
  2. Biar anak menentukan sendiri bila dia ingin berhenti menyusu.
  3. Lakukan sedikit demi sedikit bukan dengan mengejut.
  4. Luangkan masa dengan anak pada waktu dia biasanya menyusu dengan melakukan aktiviti bersama-sama.
  5. Anak biasanya mengaitkan penyusuan lebih kepada attachment/bonding bukan hanya makanan semata-mata.
  6. Gantikan susu dengan sumber kalsium yang lain seperti yogurt dan keju.
  7. Pilihlah susu yang kurang pendedahan kepada bahan awet/kimia semasa diproses seperti susu segar kerana masih dalam keadaan asal berbanding susu tepung yang telah mengalami pelbagai proses. Walau bagaimanapun ini terpulang kepada ibu bapa. Anak hanya perlu 2 gelas susu setiap hari bagi sumber kalsium yang paling senang diambil. Secara harfiahnya, penggunaan botol susu dapat dielakkan jika bayi diperkenalkan dengan sipper cup.

 

Sebenarnya proses bercerai susu bermula seawal usia enam bulan apabila dia mula menunjukkan minat untuk makan selaras dengan pertumbuhan giginya yang memang perlu digunakan untuk mengunyah makanan.

Bilakah masa yang sesuai bagi bayi saya bercerai susu? Ikuti sambungan artikel ini esok.

 

[btn text=”LIKE MAMANET DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme