Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
NIVEA LUMINOUS630

BINTANG HONG KONG ROSINA LAM KONGSI PENGALAMAN BERSAMA SERUM ANTI BINTIK HITAM NO. 1 DUNIA – NIVEA LUMINOUS630

Posted on 10/05/202210/06/2022 by 123mamanet

Kulit cerah dan berseri merupakan idaman setiap wanita. Walau bagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang mudah dicapai – sehingga sekarang. Memperkenalkan NIVEA LUMINOUS630, bahan aktif anti bintik hitam yang dirumuskan khas oleh Jenama Penjagaan Kulit No. 1 di Dunia!

Rangkaian ini mengetengahkan NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum; ianya menjanjikan pengurangan bintik hitam, garis halus dan meningkatkan keserian dalam hanya 2 minggu!

Apakah bintik hitam?

Wanita di seluruh dunia mengadu tentang bintik hitam, yang juga dikenali sebagai bintik usia atau bintik matahari. Faktor utama wujudnya bintik hitam adalah pendedahan kepada cahaya matahari dan sinaran UV (di dalam atau di luar rumah), penuaan serta ketidakseimbangan hormon. Lama-kelamaan, pendedahan berterusan ini akan menyebabkan hiperpigmentasi pada kulit yang akhirnya mengakibatkan tona kulit tidak sekata dan perubahan selepas keradangan, atau juga dikenali sebagai bintik hitam. 

Penyelesaian NIVEA

Selepas penyelidikan menyeluruh selama 10 tahun yang memperlihatkan lebih daripada 50,000 molekul diuji, NIVEA telah berjaya mencipta gabungan ramuan yang sempurna untuk menghilangkan bintik hitam iaitu kompaun 630. Bahan aktik terobosan LUMINOUS630 memberikan prestasi 10X lebih baik daripada bahan aktif pencerah terkenal yang lain. Kompaun ini mengandungi 2X Hyaluron dan Antioksidan yang menyasarkan sel dan berfungsi dalam dua tindakan iaitu mencerahkan bintik-bintik dengan jelas di samping membantu mengekalkan kulit sentiasa muda, tanpa cela dan berseri! Ia mampu mengurangkan bintik hitam hanya dalam 2 minggu tanpa merosakkan kulit. 

NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum telah terbukti selamat digunakan untuk mengurangkan bintik-bintik hitam sebanyak 71%, garis halus sebanyak 66% serta meningkatkan keserian kulit sebanyak 81%.

Produk lain dalam rangkaian NIVEA LUMINOUS630 boleh digunakan bersama serum untuk rejimen anti bintik hitam yang sempurna – daripada perlindungan waktu siang dengan Spot Protect Mousturizer SPF50 PA+++ kepada penjanaan semula kulit pada waktu malam dengan Even Tone Night Cream. Untuk rawatan bersasar mata,  Eye Treatment boleh digunakan untuk menangani lingkaran hitam dan kantung mata. 

“Kita perlu faham bahawa bukan semua bahan aktif pencerah dalam produk di pasaran adalah  sama. Itulah sebabnya serum anti bintik hitam lain mungkin tidak menampakkan hasil. Terdapat juga bahan aktif pencerah lain seperti agen pengelupas kulit yang digunakan dalam produk terkenal lain.

Agen pengelupas ini berpotensi menyebabkan kerosakan yang tidak dapat dipulihkan pada kulit. Banyak produk pencerah atau anti bintik hitam di pasaran menggunakan bahan aktif seperti Butylresorcinol, Arbutin atau Kojic Acid. LUMINOUS630 yang dipatenkan oleh NIVEA terbukti 10X lebih berkesan berbanding bahan-bahan aktif yang terkenal lain. Inilah sebabnya pengguna kami dapat melihat hasil dan terus menggunakan NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah berseri,” kata Ng Hock Guan, Pengurus Serantau untuk Beiersdorf Malaysia & Singapura.

Pelakon Wanita Terbaik Hong Kong, Peminat Tegar NIVEA

Bintang terkenal Hong Kong dan Pelakon Wanita Terbaik 2021 Rosina Lam telah lama meminati rangkaian NIVEA LUMINOUS630. “Keyakinan diri saya terjejas apabila saya mula mengalami bintik hitam disebabkan tempoh penggambaran yang lama di bawah cahaya matahari dan lampu studio.

Sejak menemui rangkaian LUMINOUS630 pada tahun 2019, saya dapat melihat hasil ketara dan mendapat banyak pujian tentang keadaan kulit yang kelihatan makin muda dan berseri dalam masa yang singkat. Saya terpikat dengannya! Tidak kira betapa penat atau lama waktu saya bekerja, saya tidak akan lupa rutin anti bintik hitam NIVEA LUMINOUS630, kerana inilah rahsia untuk kulit saya yang sempurna, muda dan cerah berseri!” katanya.

Rosina menambah lagi bahawa produk kegemarannya adalah NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum, kerana beliau percaya bahawa inilah rahsia utama kulitnya tampak muda. 

NIVEA LUMINOUS630 Anti-Dark Spot Serum dan rangkaian penuh boleh didapati di semua Watsons dan secara dalam talian di kedai rasmi NIVEA. Rangkaian ini terdiri daripada penjagaan kulit waktu siang dan malam serta produk rawatan mata.

NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Serum adalah serum yang mempunyai tekstur ringan dan cepat diserap dengan konsentrasi bahan aktif LUMINOUS630 yang tertinggi dalam rangkaian ini. Ia terbukti berkesan membantu mengurangkan bintik hitam dalam hanya  2 minggu tanpa membahayakan kulit.

Harga Runcit yang Disyorkan: RM143.00

NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Even Tone Night Cream menjana semula kulit pada waktu malam dengan menggunakan teknologi pengaktifan sel Hyaluron yang mengaktifkan semula sel untuk menghasilkan Hyaluron sendiri, anti-oksidan dan Vitamin E.  Ia memulihara  pada peringkat sel untuk mengurangkan bintik hitam dan mencegah kemunculan semula dengan keberkesanan 10 kali ganda apabila digunakan ber-sama dengan Serum

Harga Runcit yang Disyorkan: RM105.00

NIVEA LUMINOUS630 Anti Dark-Spot Eye Treatment mengandungi bahan aktif LUMINOUS630 yang dipatenkan dan Hyaluron bagi merawat ketidakseimbangan pigmentasi untuk mencerahkan lingkaran hitam. Ia juga melawan tiga punca lingkaran hitam, dengan mengurangkan lingkaran hitam, mengurangkan kantung mata dan mengurangkan kedutan serta garis halus. Selain itu, kafein juga membantu men-gurangkan bengkak pada mata yang letih bagi mengurangkan kantung mata dengan ketara. 

Harga Runcit yang Disyorkan: RM79.00

NIVEA LUMINOUS630 Day Moisture SPF50 adalah pelembap dengan pelindung matahari yang bertekstur ultra ringan. Ia sesuai untuk kegunaan harian, digunakan selepas serum pada waktu siang. Produk ini mengandungi LUMINOUS630 dan SPF50 untuk melindungi kulit daripada kerosakan UV serta menghalang pembentukan bintik-bintik hitam baru.

Harga Runcit yang Disyorkan: RM93.00

Untuk maklumat lanjut mengenai produk NIVEA dan maklumat terkini, layari www.facebook.com/mynivea  atau layari https://www.nivea.com.my/ .

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme