Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
bisnes dari rumah

Bisnes Dari Rumah yang Menguntungkan

Posted on 07/17/201607/17/2016 by 123mamanet
bisnes dari rumahPERKEMBANGAN teknologi telah banyak mengubah gaya hidup kita. Kalau dulu untuk mendapatkan duit, semua orang perlu keluar bekerja. Kini, dengan adanya internet, komputer dan telefon pintar, segala-galanya boleh dilakukan dari rumah.  Ikuti tip bisnes dari rumah yang menguntungkan seperti yang dikongsi oleh Puan Rahayu Rashid.

Isi Kandungan hide
1 Bisnes dari rumah Secara Online

Trend wanita berbisnes dari rumah semakin berkembang. Ia bukan lagi perkara asing dalam masyarakat Malaysia apabila wanita yang pernah menyandang jawatan ‘kolar putih’ kini berbisnes online dari rumah.

Persoalan yang mungkin pernah bermain difikiran kita ialah adakah bisnes dari rumah menguntungkan? Apakah pula jenis bisnes/produk/perkhidmatan yang boleh menjana keuntungan lumayan?

Sebenarnya kedua-dua jawapan kepada persoalan ini adalah sangat subjektif!

Ia bergantung kepada individu dan sebagai umat Islam, sudah pasti kita yakin bahawa setiap rezeki manusia telah ditentukan oleh Allah Taala. Namun, kita seharusnya bijak membuat pilihan bisnes apa yang sesuai dengan diri kita, permintaan pasaran dan timbalah ilmu bisnes dari rumah sebanyak mungkin kerana ilmu sangat penting untuk kesinambungan bisnes.

 

 

Yang penting, bisnes yang kita jalankan bukan sahaja berteraskan untuk duit semata-mata, tetapi biarlah ia menambah nilai dan memberi manfaat kepada pengguna dan orang lain. Tiada guna kita mengaut keuntungan lumayan andainya produk yang kita jual memudaratkan pengguna.

 

 

Bisnes dari rumah Secara Online

 

Bisnes Dari Rumah
Foto: Aswadi.com

Jika kita lihat, salah satu daripada tools/medium yang diperlukan dalam online bisnes ialah Blog.

 

 

Blog bukan sekadar untuk perkongsian maklumat mengenai produk/perkhidmatan yang ditawarkan, tetapi sebagai medium untuk membina jenama!

 

Bina jenama yang kukuh kerana kepercayaan bakal pelanggan kita bermula apabila mereka ‘mengenali’ kita melalui penulisan. Kerana bisnes tanpa bersua muka memerlukan kepercayaan yang tinggi.

 

 

Sebab itulah ramai Blogger popular jual apa sahaja pun laris jualannya. Siapakah pembelinya? Tak lain tak bukan… majoriti daripadanya adalah ‘pembaca setia’ mereka (Followers).

 

Gunakan blog sebagai media pemasaran percuma dan setiap peniaga online WAJIB mempunyai blog!

Teks: Rahayu Abdul Rashid

Dipetik dengan izin daripada http://rahayu-abdulrashid.blogspot.my

 

Ikuti kami di facebook dengan klik sini dan like page mamanet@harianwanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme