Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Bisnes sangat berpotensi

Bisnes sangat berpotensi dan selamat waktu gawat

Posted on 11/10/201611/10/2016 by 123mamanet

Bisnes sangat berpotensiMemilih bisnes sangat berpotensi dan selamat pada waktu gawat merupakan perkara yang sangat penting. Ia bukan sahaja mampu menyelamatkan anda malah dapat memberi ruang kepada anda untuk terus berbisnes biar pun ada rakan seperjuangan terpaksa gulung tikar.

Isi Kandungan hide
1 Berikut 9 bisnes sangat berpotensi yang anda boleh lakukan mengikut minat dan kepakaran anda.

 

 

Dalam artikel Apa Bisnes Paling Selamat Waktu Gawat sebelum ini dinyata mengenai situasi getir yang dihadapi oleh ramai usahawan. Masalah pasaran tepu kerana terlalu banyak ‘player’ dan penyosotan kuasa beli membuatkan banyak bisnes yang merudum. Jadi apa bisnes sangat berpontensi yang boleh anda lakukan?

 

Berikut 9 bisnes sangat berpotensi yang anda boleh lakukan mengikut minat dan kepakaran anda.

 

  1. bisnes sangat berpotensi
    foto-tokopedia

    Baik pulih

Bidang servis produk dan baik pulih merupakan satu bidang yang sangat berpotensi dan malar segar. Contohnya baik pulih komputer dan telefon. Dengan modal kecil anda boleh lakukannya bisnes ini di mana-mana sahaja.

 

 

 

 

  1. bisnes sangat berpotensiMakanan asas

Bisnes nasi berlauk mungkin kedengaran biasa. Dalam keadaan gawat tidak payah bazirkan wang untuk buka kedai berkonsep seperti hipster atau café.

 

Paling penting makanan yang anda jual yang makanan asasi dengan kos yang berpaturan, sedap dan servis pantas. Bisnes nasi bungkus seperti nasi kak wok, nasi berlauk, nasi kukus berempah dan sebagainya sangat banyak permintaan khususnya bagi yang mahu makan pada harga bajet.

 

  1. Keagamaan

Lulusan bidang keagamaan semakin laris di pasaran. Mereka mendapat jemputan ceramah hampir setiap hari. Jika anda ada kelayakan dan kemahiran berceramah, anda boleh mencari peluang.

 

Bahkan, anda boleh menghasilkan buku atau blog yang dapat membantu orang ramai hidup lebih tenang tanpa terlalu stress dengan desakan ekonomi.

 

  1. Kemahiran & DIY

Orang yang pandai memasak, menjahit, bertukang, bercucuk tanam dan rajin menambah pendapatan adalah orang yang selamat waktu gawat.

 

Di samping dapat mencari wang, dia dapat meningkatkan kemahirannya. Iklankan servis anda di facebook, mudah.my dan sebagainya. Anda juga boleh buat blog DIY untuk mengajar orang lain.

 

  1. bisnes sangat berpotensiPercutian domestik

Bila gawat, nilai mata wang negara sudah pasti tidak kompetatif berbanding USD dan negara yang lebih kukuh. Jadi, percutian domestik adalah pilihan bagi kebanyakan orang yang kurang berkemampuan untuk melancong ke luar negara.

 

Di sinilah peluang anda timbul. Rangka pelan percutian tempatan yang menarik dan tawarkan pakej menarik untuk kumpulan. Sediakan juga perkhidmatan dan tempat penginapan. Bisnes sangat berpotensi ini tidak memerlukan modal besar.

 

  1. Barangan terpakai

Kedai menjual barangan terpakai sebenarnya mampu menjana keuntungan. Jika anda punya lokasi strategi iaitu di kawasan kediaman sederhana dan rendah, anda boleh melakukan bisnes ini. Bukan semua orang mampu hendak membeli yang baru. Anda boleh lakukan secara online juga.

 

  1. Bisnes berasaskan matawang USD

Menjual produk fizikal atau digital dengan menggunakan mata wang USD adalah antara peluang yang anda boleh ambil waktu gawat. Bayangkan jika anda kenakan harga 1USD sekarang, anda sudah dapat RM4.30. Anda boleh mulakan dengan modal minimum dengan affliate, iklan atau menulis dan menjualnya di internet (Amazon, Clickbank dan sebagainya).

 

  1. bisnes sangat berpotensiServis Penghantaran

Anda boleh lakukan servis penghantaran atau runner untuk mereka yang sibuk. Caj antara RM7-RM10 dikenakan setiap kali penghantaran. Kini fungsi runner sudah berubah. Bukan lagi hantar surat atau dokumen. Kini kerja runner menghantar meatball Ikea, beli susu di Tesco, hantar kek ulang tahun ke pejabat atau hantar kucing ke klinik (sekadar contoh). Jadi, gunakan kreativiti anda untuk tawarkan servis yang lebih unik.

 

  1. bisnes sangat berpotensiBroker atau ejen

Menjadi broker atau orang tengah merupakan cara yang paling cepat untuk mendapatkan wang yang banyak. Bagi broker hartanah, komisen 2-3% sangat tinggi bagi hartanah mewah. Kalau ada rezeki anda dalam bidang ini, usah lepaskan peluang. Usahalah dengan sungguh-sungguh.

 

Anda juga boleh menjadi ajen atau konsultan untuk pelaburan saham amanah dan sebagainya. Bisnes sangat berpotensi ini tidak akan terjejaskan biarpun gawat.

 

Sembilan jenis bisnes sangat berpotensi di atas adalah hanya saranan. Mungkin anda sendiri ada bisnes lain yang sangat berpotensi yang mahu anda kongsikan dalam mamanet. Sila berikan pandangan anda di ruangan komen.

 

 

Semoga artikel Bisnes Sangat Berpontensi Dan Selamat Waktu Gawat ini dapat memberi manfaat pada anda.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme