Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
projek amal

BOOTH 123MAMANET.COM DI PROJEK AMAL BERSAMA MBSA DISERBU

Posted on 10/15/201812/12/2018 by 123mamanet

Portal majalah Harian Wanita, 123mamanet.com telah mengadakan projek AMAL (CSR) bersama MBSA dalam Program Eco-Free Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan. Acara ini telah berlangsung pada 14 Oktober 2018  bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Isi Kandungan hide
1 Booth Projek Amal 123mamanet diserbu!
2 Projek ketiga 123mamanet dan DMR

Program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com yang bernaung di bawah syarikat Penerbitan Dea Marissa Resources (DMR)  untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya buat  anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan ibu tunggal sekitar Shah Alam.

projek amal

Antara Dif-Dif Kehormat yang turut serta sempena Program Hari Tanpa Kenderaan dan Eco Free Market tersebut adalah Pegerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita Dan Keluarga Negeri Selangor Iaitu  Y.B. Puan Dr. Siti Mariah Mahmud,  Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad Dan Ramai Lagi Exco Lain.

projek amal

Pihak yang memerlukan telah beratur sejak awal pagi sebelum dilepaskan oleh Datuk Bandar. Masing-masing dibekalkan 10 kupon setiap seorang supaya pembahagian barang-barang lebih adil dan saksama.

projek amal

Booth Projek Amal 123mamanet diserbu!

Apa yang lebih mengharukan ialah apabila ke semua barangan keperluan harian yang telah disumbangkan oleh pihak penaja daripada pihak korporat dan individu itu, telah habis dalam tempoh tidak sampai setengah jam! Memang booth 123mamanet telah diserbu oleh ratusan peserta. Hal ini menunjukkan betapa ramainya golongan yang memerlukan di sekitar kita.

projek amal

Secara tak langsung kita sama-sama dapat membuat kebajikan dan membentuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Terima kasih Guardian Malaysia & para individu berhati mulia yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan projek amal DMR ini.

Pada hari itu juga turut diadakan acara Pink Walk (Kesedaran Kesihatan Bagi Memastikan Warga Shah Alam Terus Kekal Sihat, Cergas Dan Cantik).

projek amal

Projek ketiga 123mamanet dan DMR

Ini merupakan projek CSR DMR  #Darihati123mamanet Yang Ketiga. Sebelum ini Projek Amal 2.0 telah diadakan pada 13 September lalu, Kidzania Kuala Lumpur Dan Mc Donald’s Malaysia telah turut serta menjayakannya.

Seramai 27 orang anak-anak yatim dan asnaf daripada Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras telah berkunjung ke Kidzania Kuala Lumpur serta menikmati hidangan tengahari tajaan Mc Donald’s Malaysia.

projek amal

Insya-Allah, ada rezeki memang kami hendak mengadakan projek amal seperti ini. Bagi anda yang ingin membantu atau join kami (beri sumbangan atau jadi volunteer) untuk misi yang akan datang, projek CSR DMR #darihati123mamanet 4.0 jangan lupa hubungi kami. Ayuh, kita sama-sama membuat kebaikan walaupun mungkin hanya sedikit dan tak sebesar mana! Jumpa lagi Disember nanti di Dataran Shah Alam untuk Program Kembali Ke Sekolah!

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme