Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Tayangan perdana Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”

Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”

Posted on 03/11/2026 by 123mamanet

Brandfilm Raya D’Herbs 2026 bertajuk “Ya, Abah Saya Security” diperkenalkan oleh D’Herbs Holdings sebagai sebuah karya istimewa yang diinspirasikan daripada kisah sebenar kehidupan usahawan terkenal tanah air, Dato’ Aliff Syukribersama arwah ayahnya yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan.

Isi Kandungan hide
1 Brandfilm Raya D’Herbs 2026 Angkat Kisah Benar Kehidupan
2 Inspirasi Kisah Kehidupan Dato’ Aliff Syukri
3 Tayangan Perdana Dihadiri Media dan Influencer
4 Mesej Penghargaan Sempena Hari Raya

Barisan pelakon utama Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”

Brandfilm ini membawa penonton menyelami perjalanan emosi seorang anak yang suatu ketika dahulu pernah berasa malu dengan pekerjaan ayahnya. Namun seiring perjalanan masa, beliau akhirnya menyedari bahawa di sebalik uniform sederhana itu tersimpan pengorbanan besar seorang ayah yang bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan masa depan anak-anaknya lebih baik.

Brandfilm Raya D’Herbs 2026 Angkat Kisah Benar Kehidupan

Melalui penceritaan yang menyentuh hati, “Ya, Abah Saya Security” mengangkat tema kasih sayang, pengorbanan dan penghargaan terhadap ibu bapa. Mesej ini amat dekat dengan kehidupan masyarakat, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Inspirasi Kisah Kehidupan Dato’ Aliff Syukri

Menurut Dato’ Aliff Syukri, brandfilm ini dihasilkan sebagai penghargaan terhadap arwah ayahnya yang banyak berkorban dalam membesarkan keluarga.

“Bila kita kecil, kadang-kadang kita tak faham pengorbanan ibu bapa. Kita hanya fikir tentang diri sendiri. Tapi bila kita dewasa, barulah kita sedar betapa besarnya pengorbanan mereka. Kisah ini sangat dekat dengan hati saya dan saya harap ia dapat menyentuh hati ramai orang di luar sana,” katanya.

Tayangan Perdana Dihadiri Media dan Influencer

Tayangan perdana brandfilm tersebut telah berlangsung di GSC IOI Mall Damansara dan dihadiri oleh rakan media, influencer serta tetamu jemputan khas.

Brandfilm Raya D’Herbs 2026 ini dihasilkan dengan kerjasama Terranego Media sebagai agensi media dan diterbitkan oleh Tangerine Film sebagai syarikat produksi.

Mesej Penghargaan Sempena Hari Raya

Melalui karya ini, D’Herbs Holdings berharap mesej yang disampaikan dapat memberi inspirasi kepada masyarakat untuk lebih menghargai ibu bapa serta insan tersayang selagi mereka masih ada di sisi.

Brandfilm “Ya, Abah Saya Security” akan dilancarkan kepada umum menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri melalui platform digital rasmi D’Herbs pada 12 Mac 2026.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme