Buffet Ramadan 2023 di Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) kali ini menyajikan pelbagai hidangan tradisional masa silam. Tetamu bakal dihidangkan dengan lebih 100 menu yang cukup menyelerakan!
Tema Nostalgia Ramadan menjadi pilihan MHS. Antara hidangan utama tempatan seperti Gulai Lemak Padang Urat Keting, Siakap Berlada Nenas, Rendang Kambing and Daging Hitam Manis.
Selain daripada itu, Restoran Royale Songket membawakan pelbagai stesen seperti Salad & Kerabu Warisan, Salai & Panggang, stesen Satay, Kawah-Kawah, Belanga Panas,Selera Sakura, Nasi Kandar, Baazar Hot Selling, Bazaar Minuman and ruangan pemanis mulut.
Untuk menambah kepelbagai makanan warisan, stesen Kawah-Kawah pasti menjadi pilihan seterusnya! Variasi gulai seperti Gulai Kawah Daging Bersama Umbut Kelapa, Gulai Kawah Lemak Cili Padi Itik Bersama Rebung, Gulai Kawah Asam Pedas Ikan Bersama Terung.
Pengunjung juga boleh menikmati menu Bazaar kegemaran semua seperti Roti John, Briyani Ayam, Pratha, Murtabak Ayam, Satay Ayam dan Satay Daging.
Variasi pemanis mulut; Ais Kacang, Bubur Pulut Hitam, Sago Gula Melaka, Red Velvet, Marble Cheese Cake, Pandan Tiramisu, Green Tea Cake, Kuih Seri Muka, Kuih Koley Kacang, Kuih Talam Pandan, Bread & Butter Pudding, Chocolate Fountain with Fruits Stewer yang pasti akan melengkapkan pengalaman bufet iftar.
Buffet Ramadan 2023
Bagi anda yang berhasrat mengadakan iftar secara private group, MHS juga menyediakan Private Function bermula pada 23 Mac 2023 hingga 20 April 2023 dengan harga RM 128.00 seorang.
Bagi mengisi keberkatan malam Ramadan, tetamu boleh menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di Surau Al-Latifah di Aras 4.Tetamu yang menginap di hotel turut berpeluang bersahur serta menunaikan solat subuh secara berjemaah.
Artikel Lain: Iftar 2023 di Hotel Royale KL
Dapatkan Harga Istimewa!
Rebut peluang mendapatkan harga istimewa (early bird) dengan harga RM 125.00 untuk dewasa di Buffet Ramadan Restoran Royale Songket.
Ia bermula pada 24 Mac 2023 hingga 20 April 2023 di Restoran Royale Songket dengan harga serendah RM 100.00 untuk kanak-kanak (6-12 tahun), RM 120.00 untuk warga emas (60 tahun dan ke atas). Manakala untuk dewasa adalah RM 155.00.
Sementara itu, harga bufet Ramadan untuk Sabtu, Ahad dan Cuti Umum berharga RM 222.00 bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak di Restoran Royale Songket.
Artikel Lain: Iftar 2023 – Restoran Ummis Hijau Kasturi
Selain Royale Songket, Restoran Cina Tung Yuen juga merupakan lokasi lain di sini untuk pengunjung berbuka puasa. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 125.00 untuk dewasa, RM 105.00 untuk warga emas (60 tahun ke atas) dan RM 85.00 kanak-kanak.
Borak Borak Cafe & Lounge turut menjadi lokasi berbuka puasa dengan mengetengahkan set Timur
Tengah. Lokasi berbuka puasa ini dibuka pada 31 Mac 2023 hingga 20 April 2023 berharga RM 90.00 untuk dewasa dan RM 65.00 untuk kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi 019-273 6801, 019-263 9801, 019-275 7801, 019- 261 6847 atau e-mel sales@mardhiyyahhotel.com.
Promosi Tempahan awal (Early Bird) (11 Januari 2023 – 19 Mac 2023)
RM 125.00 dewasa sahaja
*Hanya di Restoran Royale Songket
Restoran Royale Songket
2 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 155.00 Dewasa
RM 120.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 100.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)
Sabtu, Ahad & Cuti Am
RM 222.00 (1 Dewasa & 1 Kanak-Kanak)
*Hanya di Restoran Royale Songket
Restoran Cina Tung Yuen
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 125.00 Dewasa
RM 105.00 Warga Emas (60 tahun ke atas)
RM 85.00 Kanak-Kanak (6-12 tahun)
Borak Borak Café & Lounge
9 Ramadan – 29 Ramadan 1444H (31 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 90.00/set Dewasa
RM 65.00/set Kanak-Kanak (6-12 tahun)
Promosi Private Function (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
RM 128.00 seorang
Artikel Lain: Cara Hilangkan Gastrik Di Bulan Puasa
Ramadan Staycation
(23 Mac 2023 – 21 April 2023)
Bilik Deluxe dengan Sahur RM 270.00 (satu malam)
Diskaun 10% di Royale Songket untuk dewasa sahaja (24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Pakej Full-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Buffet Berbuka Puasa
RM 190.00 (minima 20 orang)
Pakej Half-Day Meeting
(24 Mac 2023 – 20 April 2023)
Bilik Mesyuarat, Kemudahan Standard & Buffet Berbuka Puasa
RM 175.00 (minima 20 orang)
Selamat menyambut bulan Ramadan dan jangan lupa nikmati Buffet Ramadan di Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS).
1 thought on “Buffet Ramadan 2023 Di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam”
Comments are closed.