BZU BZU VelvetBreeze ialah solusi lampin inovatif yang direka khusus untuk bayi di Malaysia yang sering terkesan dengan cuaca panas dan lembap. Keadaan ini boleh menyebabkan si manja mudah berpeluh, tidak selesa dan mengalami ruam.
Menyedari cabaran ini, BZU BZU memperkenalkan VelvetBreeze, lampin bayi berteknologi tinggi yang memastikan kulit kekal kering, sejuk dan bebas ruam sepanjang hari – siang mahupun malam.
Direka Berdasarkan Keperluan Bayi di Malaysia
Di Malaysia, lampin bayi bukan sahaja perlu menyerap dengan baik, malah mesti mampu “bernafas”. Inspirasi dari pengalaman ibu bapa sendiri membawa kepada penciptaan VelvetBreeze, satu inovasi dalam dunia lampin moden.
VelvetBreeze ialah lampin pertama di Malaysia yang menggabungkan teknologi:
- ✅ 360° Cosmic Circulation – Pengaliran udara menyeluruh dari pinggang hingga ke punggung bayi.
- ✅ AIRJUST™ – Pelarasan automatik pengudaraan mengikut suhu persekitaran.
Gabungan ini menghasilkan ‘mikroiklim yang sejuk dan selesa’ untuk kulit bayi dan dapat mengurangkan risiko ruam dan kegatalan.
Ciri-Ciri Istimewa Lampin VelvetBreeze
- 360° Cosmic Circulation: Kekal Kering & Segar Sepanjang Hari
Udara bebas bergerak dari semua arah di dalam lampin – memastikan kesegaran maksima walaupun dalam cuaca panas terik. Tiada lagi lampin lembap atau panas yang buat si manja tidak selesa!
- Teknologi AIRJUST™: Pengudaraan Pintar Mengikut Suhu
VelvetBreeze secara automatik menyesuaikan pengudaraan mengikut cuaca. Apabila suhu meningkat, ia melepaskan lebih banyak haba. Bila sejuk, ia kekalkan suhu seimbang. Hasilnya? Kurang ruam, lebih senyuman!
Lembut, Selamat & Bebas Bahan Kimia
- Diuji ke atas 150 bayi secara klinikal – lebih 96% tidak mengalami ruam atau hanya ruam minimal.
- Tanpa pewarna, klorin, paraben, ftalat atau bahan kimia berbahaya.
- Sesuai untuk kulit bayi yang sensitif.
Perlindungan Anti Bocor Sehingga 14 Jam
Reka bentuk teras menyerap kelembapan dan mengunci kebocoran untuk tempoh panjang. Sama ada waktu siang yang aktif atau malam yang panjang, si manja kekal kering dan anda pun dapat rehat yang tenang.
Dihasilkan oleh Jenama Dipercayai Ibu Bapa – BZU BZU
BZU BZU dikenali ramai melalui rangkaian penjagaan bayi yang lembut dan semulajadi seperti syampu dan losyen. Kini, mereka mengembangkan kepercayaan itu kepada produk lampin dengan komitmen terhadap kualiti, keselamatan dan keselesaan.
Baca Juga:
Mencegah Ruam Lampin Pada Bayi
Kelebihan Anak-Anak Suka Bermain Puzzle
“Kami mahu memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa dan keselesaan kepada bayi,”
– Raphael Jiang, CEO BZU BZU.
Kenapa Ramai Ibu Bapa Bertukar ke VelvetBreeze?
✅ Direka untuk cuaca Malaysia yang panas dan lembap.
✅ Diuji secara dermatologi dan diyakini oleh ibu bapa.
✅ 9 daripada 10 ibu bapa memilihnya untuk kulit bayi yang lembut.
✅ Sesuai untuk bayi baru lahir hingga yang aktif bergerak.
✅ Pilihan praktikal – Lampin Pelekat & Lampin Seluar
Dapatkan Sekarang!
Lampin VelvetBreeze boleh didapati dalam dua pilihan:
- Lampin Pelekat: Saiz NB, S, M & L
- Lampin Seluar: Saiz M, L, XL & XXL
Harga runcit bermula dari RM42.90 di:
- Laman web rasmi BZU BZU
- Shopee & Lazada
- Kedai fizikal terpilih seluruh Malaysia
Tawaran Eksklusif:
Dapatkan pada harga pengenalan RM30.03 di Mummy’s Market Baby Fair @ MITEC, dari 30 Mei – 2 Jun sahaja!
Sama ada untuk tidur siang atau malam yang panjang, BZU BZU VelvetBreeze ialah pilihan terbaik untuk keselesaan si manja anda. Direka dengan kasih sayang dan teknologi pintar, lampin ini pastinya menjadikan setiap hari bayi anda lebih ceria, kering dan bebas ruam!