Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
tidur lena

Lakukan Cara Ini Agar Tidur Lena Ketika Period!

Posted on 10/13/201610/14/2016 by 123mamanet
tidur lena
kredit foto-womenswellnesscrmc

Ramai wanita tidak boleh tidur lena ketika period. Keadaan ini turut menganggu masa rehat yang diperuntukkan pada setiap malam. Untuk itu, dikongsikan beberapa tip agar anda boleh tidur lena tanpa terganggu dengan rasa sakit tersebut.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa cara untuk mendapatkan tidur lena ketika period:

 

 

 

Berikut beberapa cara untuk mendapatkan tidur lena ketika period:

 

 

  1. tidur lena
    kredit foto-presscdn

    Mandi Air Panas

Air panas dapat meregangkan otot-otot serta mengurangkan tindak balas yang boleh menimbulkan rasa tegang. Cubalah mandi dengan air panas yang telah titiskan dengan minyak essential peppermint, chamomile atau lavender sebelum masuk tidur.

 

 

 

  1. tidur lena
    kredit foto-buzzfeed

    Susu Coklat Panas

Walaupun kita mungkin suka minum susu coklat setiap hari tetapi ketika period, pengambilannya perlu dilebihkan sedikit.

 

Larutkan parutan coklat ke dalam susu panas. Cara membuatnya pun mudah. Panaskan segelas susu, sementara itu parutkan dark chocolate untuk memasak, masukkan ke dalam gelas. Setelah susu tersebut panas, tuangkan ke dalam gelas berisi parutan coklat. Tidak perlu tambah gula tau.

 

 

  1. tidur lena
    kredit foto-diyhealthremedy

    Minum Air Panas

Jika kita tidak suka minum susu, kita boleh mendapatkan tidur lena dengan meminum air panas. Sama ada air panas kosong ataupun teh hijau akan membantu membuatkan perut kita berasa lega.

 

Minum air panas akan membantu kita menghindari kita terbangun di tengah malam akibat sakit perut atau kembung ketika period.

 

 

 

  1. Jangan Malas Bersenam

Ketika datang period, tubuh kita menjadi  lesu dan lebih cepat penat daripada biasa. Jadi, sebab itulah kita  perlu juga bersenam, walaupun sekadar membuat senaman ringan.

 

Bersenam ketika period akan membantu membuat tubuh menajdi lebih segar dan membuat kita tidur lena di malam hari.

 

 

 

  1. Tidur Awal

Beristirahat dengan tenang ternyata boleh menurunkan tahap emosi, stress serta keletihan yang dirasakan ketika period.

 

Sebagai wanita, kita memerlukan lapan penuh waktu tidur, dan untuk memenuhinya bagi mendapatkan tidur lena, usahakan tidur awal dan gunakan tampon atau pembalut wanita khas untuk malam hari.

 

 

  1. Posisi Tidur Yang Selesa

Untuk mendapatkan kualiti tidur yang lebih baik, posisi atau cara kita tidur turut mempengaruhinya. Ketika period cubalah untuk menghindari gaya tidur menelungkup.

 

Ini adalah kerana ia boleh membuatkan sistem pernafasan kita menjadi tidak selesa dan juga boleh membuatkan perut dan dada kita menjadi lebih sesak.

 

Sebaiknya, tidurlah dengan posisi mengiring ke kanan ataupun kiri. Selain itu, pastikan ketinggian serta kelembutan bantal yang digunakan benar-benar membuatkan kita selesa sehingga membuatkan tidur kita pun  menjadi lebih lena.

 

  1. Pakai Overnight Pad

Perlu diingat aliran darah pada malam hari dan siang hari berbeza. Ketika malam hari, aliran darah cenderung mengarah ke belakang dan sisi ketika tidur kerana itu overnight pad direka yang khusus untuk menangani masalah ini, sehingga membuatkan kita tidur lena tak terkata!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme