Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
TANGAN DAN KAKI SEJUK

CARA ATASI MASALAH TANGAN DAN KAKI SEJUK DENGAN MEMAKAI STOKING

Posted on 03/08/201703/08/2017 by 123mamanet

Semalam telah dikongsikan mengenai kebaikan memakai stoking bagi wanita, lelaki dan bayi.  Maka hari ini mamanet bawakan masalah tangan dan kaki sejuk bagi mengukuhkan lagi informasi mengenai kebaikan memakai stoking ini. 

Isi Kandungan hide
1 MASALAH LAIN YANG MUNGKIN MENJADI PUNCA TANGAN DAN KAKI SEJUK SERTA PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA:
2 CARA MEMILIH STOKING YANG BERKUALITI UNTUK ATASI MASALAH TANGAN DAN KAKI SEJUK

Masalah tangan dan kaki sejuk mungkin berpunca daripada pelbagai sebab. Ia mungkin disebabkan oleh masalah cuaca, masalah aliran darah atau penyakit. Jadi, cara asas untuk memastikan tangan dan kaki sejuk menjadi kembali hangat ialah dengan memakai stoking dan sarung tangan.

Mungkin hal itu kedengaran agak pelik tapi, satu cara untuk memastikan tangan dan kaki anda panas ialah dengan memakai sarung tangan dan stoking setiap masa tanpa mengira cuaca.

Tahukah anda bahawa tangan dan kaki adalah bahagian yang sentiasa sejuk setiap masa. Ia sering berpeluh dan boleh membuang haba sehingga 25 peratus. Jadi, melindungi dan melembabkannya dengan sarung tangan dan stoking akan membantu ia kekal hangat.TANGAN DAN KAKI SEJUK

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FFA500 thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

MASALAH LAIN YANG MUNGKIN MENJADI PUNCA TANGAN DAN KAKI SEJUK SERTA PERLU DIAMBIL TINDAKAN SEGERA:

1.Aliran Darah Lemah

Apabila orang  bertanya “kenapa tangan dan kaki saya selalu sejuk?’, satu daripada jawapan biasa ialah aliran darah lemah. Ia boleh berlaku akibat daripada gaya hidup malas dan tabiat merokok yang menyebabkan saluran darah menyempit hingga mengurangkan aliran darah.

TANGAN DAN KAKI SEJUK

  1. Kekurangan Darah

Masalah kekurangan darah atau anemuia turut menjadi punca tangan dan kaki sejuk. Muka akan kelihatan pucat dan lesu. Hal ini berlaku disebabkan oleh kekurangan zat besi hingga menyebabkan masalah pengaliran oksiden pada darah sel, organ dan tisu.

Rentetan daripada itu, aliran darah akan terganggu atau tersumbat hingga menyebabkan tangan dan kaki anda menjadi lebih sejuk, dan anemia seringkali berkait dengan penyakit Raynaud jika ia tidak didianogsis dengan segera.TANGAN DAN KAKI SEJUK

  1. Penyakit Raynaud

Penderita penyakit Raynaud biasanya akan mengalami kebas, sesemut atau kejang dan menyebabkan kulit pucat atau timbul tompok merah hingga kebiruan. Ia boleh diatasi dengan menghangatkan tangan dan kaki dengan memakai sarung dan stoking.

Bagaimanapun jika masalah ini berterusan, kulit tangan dan kaki akan tegang dan boleh timbul luka terbuka dan berdarah di hujungnya.

Contoh paling hampir ialah sewaktu anda berada di luar negara dengan cuaca yang terlalu dingin dan pakaian anda tidak cukup tebal untuk menghangatkan badan. Biasanya bibir, tangan dan kaki akan kering hingga berdarah. Tapi fenomena ini bukan akibat penyakit Raynaud.TANGAN DAN KAKI SEJUK

Sebaliknya ia disebabkan cuaca yang terlalu sejuk dan ia boleh dielakkan dengan memakai pelembab yang berkualiti seperti petroleum gel atau minyak zaitun.

Bagi yang penderita Raynaud, biasanya akan diberi ubat seperti prazosin atau nifedipine. Bahkan jika tidak dapat diatasi dengan ubat, maka pembedahan akan dilakukan dengan memotong saraf simpatis untuk mengurangkan gejala.TANGAN DAN KAKI SEJUK

CARA MEMILIH STOKING YANG BERKUALITI UNTUK ATASI MASALAH TANGAN DAN KAKI SEJUK

Umumnya stoking diperbuat daripada pelbagai jenis fabric. Di pasaran terdapat stoking yang diperbuat daripada nylon dan harganya sangat murah. Biasanya ia nipis dan sering digunakan oleh kebanyakan orang. Namun, ia kurang menyerap peluh dan tidak mampu memerangkap haba dengan baik.

TANGAN DAN KAKI SEJUK

Fabrik yang terbaik untuk stoking ialah sutera, kain bulu dan kain kapas. Ketiga-tiga jenis fabrik ini amat mesra suhu dan tubuh kita. Ia sesuai dalam semua cuaca sama ada dingin atau panas. Ia mampu menyerap peluh dan bau serta menghangatkan kaki sepanjang hari.

Dari segi penjagaan dan kebersihan stoking daripada kain kapas lebih mudah dicuci dan boleh dimasukkan ke dalam mesin basuh. Manakala kain bulu dan sutera perlu diberi jagaan yang lebih teliti dan dicuci dengan tangan untuk memastikan ketahanannya.

Jadi, sebelum anda membeli stoking, bacalah labelnya terlebih dahulu. Carilah stoking yang diperbuat daripada kain kapas kerana harganya masih berpatutan dan kualitinya lebih baik.TANGAN DAN KAKI SEJUK

Jika anda mahu lebih perlindungan untuk mengatasi masalah kaki dan tangan sejuk khususnya waktu tidur, pilihlah stoking kain bulu.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme