Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
susah tidur

7 Cara Atasi Susah Tidur Ketika Mengandung

Posted on 08/27/201709/16/2023 by 123mamanet

Susah tidur atau sukar melelapkan mata pada malam hari sering dialami oleh wanita mengandung. Malah susah tidur biasanya berlaku pada trimester ketiga atau ketika usia kandungan mencecah 8 bulan. Ketahui apakah faktor ataupun punca yang menyebabkan wanita mengandung ini menjadi susah tidur. Bacalah artikel ini sampai habis!

Isi Kandungan hide
1 Penyebab Susah Tidur
2 Cara Atasi Susah Tidur Ketika Mengandung
2.1 Cari Posisi Tidur Terbaik
2.2 Elakkan Makan Terlalu Kenyang Sebelum Tidur
2.3 Buat Senaman Pernafasan

susah tidur

Penyebab Susah Tidur

Susah tidur boleh disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya kerana suhu panas kerana tiada pengudaraan yang baik dalam bilik atau rumah, keadaan perut yang semakin membesar, pergerakan bayi dalam kandungan, rasa senak pada ulu hati dan sebagainya. Itulah yang  membuatkan ramai ibu mengandung yang sukar memiliki tidur dengan lena atau nyenyak pada malam hari.

Cara Atasi Susah Tidur Ketika Mengandung

Ada beberapa cara atasi susah tidur pada ibu mengandung yang boleh dilakukan dengan mengikuti beberapa tip mudah. Masalah susah tidur ini perlu diatasi kerana disebabkan kurang tidur juga kesihatan badan ibu mengandung akan terganggu. Akibat kurang tidur badan akan terasa lemah, lesu, tidak bermaya sehingga nampak seperti orang yang kurang sihat.

  1. Cari Posisi Tidur Terbaik

Cara atasi susah tidur ketika mengandung yang pertama adalah dengan mencari atau mengenal pasti posisi atau kedudukan tidur yang selesa dan terbaik.

Posisi tidur yang terbaik sepanjang tempoh mengandung adalah posisi tidur mengiring ke sisi kiri. Perkara ini sangat membantu mengoptimumkan pengaliran darah oksigen dan nutrisi ke plasenta. Elakkan tidur telentang.

  1. Elakkan Makan Terlalu Kenyang Sebelum Tidur 

Menghindari makan terlalu banyak atau terlebih kenyang sebelum tidur merupakan salah satu cara atasi susah tidur ketika mengandung yang berkesan.

Masa mengandung, kebanyakan wanita terasa ingin makan atau mengunyah sesuatu pada malam hari. Keinginan tersebut boleh membuatkannya sukar untuk tidur dengan selesa. Jadi, cuba elakkan makan banyak atau terlalu kenyang menjelang waktu tidur.

Kita mungkin boleh menggantikannya dengan makanan yang lebih ringan. Tindakan ini akan mengelakkan kita daripada dibebani rasa tidak selesa di kawasan ulu hati atau perut kita, sekaligus akan mempengaruhi waktu tidur kita.

Jika terasa pedih ulu hati, tidurlah dengan kedudukan kepala ditinggikan oleh kedudukan bantal. Selain itu juga, elakkan makanan pedas, bergoreng dan berminyak serta masam.

 

  1. Buat Senaman Pernafasan 

Senaman pernafasan yang dilakukan seccara teratur mampu mengurangkan ketegangan otot serta membantu wanta mengandung untuk tidur dengan lebih selesa.

Jadi, carilah posisi yang selesa untuk duduk, berdiri dan juga ketika baring. Kemudian, tariklah nafas melalui hidung secara perlahan-lahan, lalu tahan nafas selama satu hingga dua saat. Setelah itu lepaskan nafas melalui mulut dengan perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali.

Baca Juga: Kabinet Dapur Bajet RM1000

 

 susah tidur

  1. Minum Segelas Susu Panas

Minumlah segelas susu panas kerana ia boleh membantu kita yang sedang mengandung mendapatkan tidur yang lebih lena. Ini adalah kerana susu mengandungi asid amino tryptophan yang boleh meningkatkan kadar serotonin dalam otak yang akan membantu kita mendapatkan tidur yang nyenyak.

Di samping itu, perbanyakkan minum air masak sepanjang hari kerana ia akan membuatkan tidur malam hari bertambah baik. Tetapi jangan lupa untuk membuang air kecil sebelum tidur kerana ia akan membuatkan kita kejap-kejap terjaga dari tidur sebab nak ke tandas.

  1. Mandi Dengan Air Suam

Sebelum tidur, cubalah basahkan badan atau mandi dengan air suam supaya badan terasa lebih segar dan relaks. Air panas suam ini dapat membantu meredakan otot yang tegang atau kejang.

Jadi, disarankan wanita mengandung mandi air suam sebelum tidur supaya tidurnya menjadi lebih nyenyak dan menyihatkan kandungan.

Usah bimbang atau takut kalau suhu badan anda akan meningkat selepas mandi air suam. Sebenarnya sebaik sahaja anda selesai mandi, suhu badan akan akan turun sedikit dan anda akan berasa nyaman. Jika anda tidak suka mandi air suam, mandilah air pada suhu bilik. Kalau air terlalu sejuk, campurkan dengan sedikit air panas.

Pasanglah kipas atau penghawa dingin pada tahap sederhana. Sarung stoking dan pakailah pakaian yang longgar dan nipis. Jika cuaca terlalu sejuk, matikan penghawa dingin atau kipas.

 

  1. Rehat Secukupnya

Berehatlah secukupnya selagi ada kesempatan. Ini merupakan salah satu cara atasi susah tidur ketika mengandung yang juga cukup berkesan. Biasanya ketika mengandung, waktu untuk berehat dengan tenang dan selesa menjadi semakin berkurangan. Apatah lagi ketika usia kandungan mencecah trisemester ketiga, di mana kandungan mula membesar.

 

Di samping itu, sambil berehat cubalah mendengar muzik. Ianya juga dapat memberikan ketenangan dan rasa relaks dalam diri. Pilihlah apa sahaja jenis muzik yang disukai, paling penting dapat memberikan kita ketenangan bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak.

 

 susah tidur

  1. Bermanja-Manja Dengan Pasangan

Cara mengatasi masalah susah tidur ketika mengandung yang amat disarankan adalah dengan melakukan hubungan intim dengan pasangan. Aktiviti bermanja-manja ini sebenarnya akan membuatkan kita menjadi lebih relaks dan tenang.

Jika tidak bersedia, mintalah pasangan kita untuk memberikan urutan lembut sehingga kita berasa lebih relaks dan bahagia kerana dipedulikan dan dimanjai dengan penuh kasih sayang.

Itulah beberapa cara atasi susah tidur ketika mengandung. Semoga tip di atas dapat membantu anda yang sedang menandung mendapatkan tidur yang lebih selesa dan nyenyak.

 

BACA MENGHILANGKAN RASA MUAL SEWAKTU HAMIL DENGAN 20 LANGKAH

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme