Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
menghilangkan stretch mark

4 Cara Berkesan Menghilangkan Stretch Mark Selepas Beranak!

Posted on 10/04/201610/04/2016 by 123mamanet

menghilangkan stretch markSelepas melahirkan biasanya kita akan melihat banyak stretch mark apada bahagain perut dan juga paha. Memang nampak tak cantik dan boleh buat kita hilang keyakinan diri, terutama ketika melayari momen manis bersama sang suami! Jadi, sebab itulah dikongsikan beberapa cara berkesan untuk menghilangkan stretch mark selepas bersalin ini.

Isi Kandungan hide
1 Berikut cara menghilangkan stretch mark yang boleh dicuba:

 

Stretch mark dan selulit adalah dua perkara yang berbeza. Stretch mark terjadi disebabkan adanya peregangan pada bahagian otot kulit sehingga menimbulkan garis-garis putih pada kulit. Selain itu juga,  ia boleh disebabkan kerana berat badan kita yang menurun secara drastik. Manakala selulit  pula merupakan lebihan lemak yang kelihatan menonjol atau berketul pada bahagian kulit.

 

menghilangkan stretch mark
kredit foto: pregnancy-foodbaby

Ibu-ibu mengandung lebih mudah untuk mendapat stretch mark. Sebenarnya ada banyak cara untuk menghilangkan stretch mark selepas bersalin termasuklah di pusat-pusat kecantikan, tetapi apa yang ingin Mamanet kongsikan ini adalah cara menghilangkannya secara semulajadi. Cara ini lebih jimat dan selamat!

 

 

Berikut cara menghilangkan stretch mark yang boleh dicuba:

 

  1. menghilangkan stretch mark-
    kredit foto: leonardooliveoil

    Minyak Zaitun

Kebaikan minyak zaitun boleh digunakan untuk menghilangkan stretch mark selepas bersalin secara semulajadi. Minyak zaitun mampu membuatkan kulit menjadi lebih lembab dan anjal sehingga otot lebih tegang.
Caranya mudah sahaja, sapukan minyak zaitun, sebaiknya minyak zaitun extra virgin pada bahagian kulit yang terdapat stretch mark. Lakukan secara teratur, terutama sebelum tidur pada setiap malam.

 

 

  1. menghilangkan stretch markPutih Telur

Putih telur mengandungi banyak asid amino dan protein yang boleh memperbaiki sel-sel kulit secara lebih berkesan.

 

Sapukan putih telur  di kawasan yang ada stretch mark. Biarkan selama 20 minit atau sampai kering. Kemudina bilaslah dengan air suam. Setelah itu, sapukan minyak zaitun supaya kulit menjadi kembali lembab.

 

 

  1. menghilangkan stretch mark
    kredit foto: beautifullygreenlife

    Lidah Buaya

Lidah buaya atau aloe vera cukup berkesan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan stretch mark. Lidah buaya akan melembabkan kulit dan boleh mencegah kemunculan stretch mark jika digunakan secara rutin.

 

Belah lidah buaya sampai terkeluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir atau gelnya pada kawasan stretch mark sekitar 2o minit. Kemudian bilaslah dengan air suam dan dilanjutkan dengan menyapu vitamin E  di atas kulit yang sudah kering supaya setiasa lembap

 

 

  1. menghilangkan stretch mark
    kredit foto: aryzauq-tv

    Masker Perut

Kita boleh juga gunakan buah tomato sebagai masker di kawasan stretch mark. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, selepas memakai masker di perut. Lakukan secara rutin sehingga kesan stretch mark tersebut hilang.

 

Selain tomato, buah-buahan lain yang kaya dengan vitamin C, seperti lemon dan oren juga boleh digunakan  sebagai masker perut untuk menghilangkannya.

 

Cara Mencegah Stretch Mark

  • Makan dengan gaya pemakanan sihat sewaktu mengandung. Pastikan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran segar, serial dan kacang-kacangan diambil dalam jumlah yang mencukupi.
  • Minum air masak secukupnya.
  • Naikkan berat badan sewaktu proses kehamilan secara perlahan dan bertahap.
  • Lakukan senaman ringan yang disyorkan ketika mengandung secara teratur bagi mengawal kenaikan mendadak berat badan sewaktu mengandung.
  • Pengambilan vitamin C membantu kulit lebih anjal. Selain itu, jangan lupa pakai pelembab, sapukan dengan lembut sambil mengurut perlahan-lahan ke kulit sepanjang kehamilan dan setelah melahirkan.
  • Antara pelembab yang bagus untuk menghilangkan stretch mark:
  • Cocoa Butter
  • Almond Oil
  • Krim Yang Mengangungi Vitamin E
  • Wheat Germ Oil

 

Itulah bebeberapa cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan stretch mark serta langkah untuk mencegahnya. Selamat Mencuba!

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme