Cara Buang Toksin Dalam Badan. Adakalanya tanpa kita sedari ada racun atau toksin berbahaya lainnya yang masuk ke dalam tubuh kita melalui makanan, air,udara yang tercemar dan sebagainya. Lama kelamaan ia jadi bertimbun dan meninggalkan kesan buruk buat tubuh kita.
Toksin-toksin tersebut boleh merosak organ serta melemahkan sistem ketahanan tubuh kita. Jadi, sebab itulah selain dari perlu membiasakan diri untuk menjalankan gaya hidup sihat, kita juga perlu tahu tahu cara buang toksin dalam badan.
Macam mana caranya? Jom, semak cara buang toksin dalam bahan secara semulajadi tanpa perlu mengeluarkan bajet yang besar.
- Minum Air Masak Secukupnya
Air masak adalah cara buang toksin dalam badan yang paling mudah. Ia membantu menghilangkan toksin di tubuh secara semulajadi melalui peluh dan air kencing yang dikeluarkan.
Jadi, tidak hairanlah jika orang yang rajin minum air masak (paling kurang 8 gelas sehari) kelihatan lebih segar dan sihat dibandingkan dengan mereka yang kurang minum air masak.
- Bersenam
Bersenam secara teratur boleh membantu membuang toksin dalam badan. Berpeluh mampu menghilangkan timbunan toksin pada tubuh dan kulit kita.
Jadi, bersenamlah pada setiap bagi supaya kita boleh mempunyai badan yang sihat dan tidak mudah jatuh sakit. Senaman kardio seperti berjalan kaki, berlari dan berbasikal boleh membuatkan kita berpeluh secara semulajadi.
- Biasakan Minum Teh Setiap Hari
Teh memiliki antioksidan tinggi yang mampu menghilangkan toksin dari dalam tubuh. Antioksidan dalam teh berupaya menghalang serta mencegah pengumpulan radikal bebas yang masuk ke tubuh melalui udara yang kita sedut.
- Jauhi Bahan Kimia
Untuk membersihkan tubuh secara semulajadi, sebaiknya kita jauhi apa sahaja yang mengandungi bahan kimia. Kita kena kurangkan pengambilan makanan dengan bahan kimia yang mengandungi perasa tambahan, pengawet atau pewarna.
Di samping itu juga, kita kena lebih menitikberatkan soal pemilihan produk-produk kecantikan.Pastikan ianya bebas daripada bahan-bahan kimia. Sebaiknya, kita gunakan sahaja produk-produk kecantikan dan penjagaan diri dari bahan-bahan semulajadi.
- Pilih Makanan Berserat
Cara buang toksin dalam badan secara semulajadi dari dalam tubuh, kita sebenarnya kena rajin mengambil makanan berserat. Ia akan membantu membersihkan sistem dan menghilangkan zat kimia berbahaya atau zat kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Makanan kaya serat seperti sayuran hijau, gandum dan nasi sebaiknya dimasukan dalam diet kita setiap hari. Setiap tiga bulan sekali, cuba lakukan proses pembersihan tubuh dengan melakukan diet semulajadi selama seminggu iaitu dengan menjadi vegetarian!