Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara gemukkan badan

Cara Gemukkan Badan Tanpa Supplemen

Posted on 10/30/202310/30/2023 by 123mamanet

Cara Gemukkan Badan Tanpa Supplemen | Di saat ramai  yang ingin menurunkan berat badan, tetap ada insan yang mengalami masalah terlalu kurus. Jadi, tak  ada salahnya jika kita tahu bagaimana cara gemukkan badan agar ideal dan lebih berisi. Apatah lagi, jika kita inginkan bentuk badan yang lebih  tegap dan menarik.

Isi Kandungan hide
1 Banyak Cara Gemukkan Badan
2 Ini Tipsnya!
2.1 Atur Jadual Makan
2.2 Banyak Minum Air Masak
2.3 Kunyah Dengan Betul
2.4 Makan Secukupnya
2.5 Tidur Secukupnya

cara gemukkan badan

Banyak Cara Gemukkan Badan

Terdapat pelbagai cara gemukkan badan. Antaranya dengan pengambilan supplemen atau susu penambah selera makan. Namun, beberapa produk tersebut boleh menyebabkan efek sampingan seperti sembelit, pening, loya dan sebagainya. Ketahui juga cara kuruskan badan untuk mereka yang gemuk.

Sebelum mengambil sebarang ubat ataupun supplement adalah lebih baik jika kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Penting untuk kita mengetahui penyebab badan kita kurus supaya tidak terjadinya sesuatu yang membahayakan kesihatan kita.

Menggemukkan badan bukan perkara mudah, ada banyak faktor yang mempengaruhi berat badan kita. Antaranya gaya pemakanan, jenis makanan, aktiviti fizikal serta keadaan kesihatan kita sendiri.

Baca Juga: 

Spaghetti Bolognese

Skincare Cerahkan Kulit Muka

cara gemukkan badan

Ini Tipsnya!

Berikut antara cara gemukkan badan dengan cepat tanpa efek sampingan:

  1. Atur Jadual Makan

Macam mana kita nak gemuk, jika kita jarang makan.Sebagai salah satu langkah atau cara gemukkan badan, kita perlu imbanginya dengan jadual makan yang teratur.

Jangan abaikan sarapan pagi kerana makanan terbaik perlu dimakan ketika bersarapan. Sarapan inilah yang menjadi sumber bahan bakar utama sebelum kita melakukan sebarang aktiviti.

Apabila sarapan bagi yang penting ini kita abaikan, maka tubuh akan menggunakan energi yang ada dalam tubuh, sehingga boleh membuatkan berat badan kita menjadi susut.

Sesibuk mana pun jadual kerja kerja, pastikan kita tidak terlepas waktu makan Jika berkesempatan, ambillah juga hidangan pada waktu petang supaya lebih mudah kita menggemukkan badan.

Ingat ya, jangan sesekali kita lepaskan hidangan, sekurang-kurangnya pada pada tiga hidangan penting iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Makan malam juga sangat penting, tetapi pilihah makanan tinggi kalori dan protein.Makanlah sejam atau dua jam sebelum tidur agar makanan yang dimakan tadi betul-betul tersimpan dalam badan menjadi massa otot dan jaringan lemak sehingga kita menjadi lebih cepat gemuk.

  1. Banyak Minum Air Masak

Rasanya tak ramai di antara kita yang tahu, memperbanyakkan minum air masak juga adalah salah satu cara gemukkan badan. Air masak sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh kita.
Dengan minum air masak secara rutin, paling kurang lapan gelas sehari akan membuatkan tubuh lebih sihat serta penghadaman kita juga menjadi lebih lancar.
Di samping itu juga, perjalanan darah kita menjadi lebih lancar dalam mengedarkan pati-pati makanan yang diperlukan tubuh sehingga nutrisi-nutrisi tersebut menjadi lebih cepat dan mudah terserap. Hasilnya, tubuh kita akan menjadi cepat gemuk.

  1. Kunyah Dengan Betul

Makanan yang telah dikunyah dengan betul (makan perlu lumat atau halus sebelum ditelan) akan lebih mudah dihadam serta diserap oleh tubuh. Secara tak langsung, ia akan menyerap pati-pati makanan dan kita pun boleh jadi cepat gemuk.

Jadi, cubalah perhatikan cara kita mengunyah selama ini. Jika tidak tepat, memang kena perbaikilah.

  1. Makan Secukupnya

Kadangkala antara penyebab seseorang itu kurus dan sukar untuk menaikkan berat badan adalah disebabkan tabiat kita sendiri yang sanggup berlapar kerana malas mencari makanan.

Untuk mengatasi masalah ini, sebaiknya kita menyediakan makanan di dalam stok dan diletakkan di tempat yang senang digapai. Letakkannya di almari dapur, ruang kereta, di atas meja kerja dan sebagainya.Ia memudahkan kita mengisi perut apabila lapar .

Di samping itu, selain daripada disiplin dengan jadual pemakanan, makan dengan secukupnya atau lebih antara salah satu cara gemukkan badan.

Namun, kita kena pastikan makanan tersebut mempunyai sumber makanan yang kaya dengan kabohidrat dan protein yang tinggi.

Jika kita terlalu kurus, hendaklah memastikan mengambil makanan yang mempunyai lemak kerana lemak dipercayai dapat membantu menaikkan badan kita dengan lebih cepat.

  1. Tidur Secukupnya

Pastikan kita tidur cukup dan nyenyak di malam hari, 6-8 jam setip malam. Ketika semua nutrisi telah dipenuhi, tubuh memerlukan waktu untuk beristirahat untuk menyerapnya.

Tidur yang mencukupi akan menambahkan berat badan kita dengan cepat. Ini adalah kerana jika tidak cukup tidur metabolisme tubuh kita menjadi tidak stabil. Secara tak langsung, membuatkan badan kita menjadi kurus.

Itulah beberapa cara gemukkan badan, semoga bermanfaat!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme