Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
hilangkan kesan gigitan nyamuk

Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Dengan 5 Cara Berkesan

Posted on 09/15/201609/15/2016 by 123mamanet
hilangkan kesan gigitan nyamuk
kredit foto: livescomfort

UNTUK hilangkan kesan gigitan nyamuk pada kulit bayi bukan perkara mudah. Kita perlu tahu cara yang tepat dan tidak membahayakan kulitnya. Malahan, kesan gigitan nyamuk pada bayi membuatkan kulitnya berbintik merah dan menghitam. Lagipun kulit bayi sangat lembut dan sensitif. 

Isi Kandungan hide
1 Cara Tradisional Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Pada Bayi:

 

 

 

Tak perlu beli ubat di farmasi. Di sini Mamanet kongsikan beberapa tip hilangkan kesan gigitan nyamuk yang tidak membahayakan kulit bayi dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang lebih selamat.

hilangkan kesan gigitan nyamuk
kredit foto: momjunction

Cara Tradisional Hilangkan Kesan Gigitan Nyamuk Pada Bayi:

 

  1. Madu

Khasiat madu dalam dunia kecantikan memang tidak perlu diragui lagi. Tak terkecuali untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi. Kita hanya perlu sapukan sedikit madu pada kulit yang terkena gigitan nyamuk tersebut.

 

 

  1. hilangkan kesan gigitan nyamuk
    kredit foto: ivescience

    Lemon

Lemon boleh digunakan sebagai salah satu cara untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk pada kulit bayi. Ambil sebiji buah lemon segar, potong dua bahagian. Kemudian perah sampai keluar airnya dan letak dalam satu bekas.

 

Setelah itu, ambil kapas atau cotton bud, celupkan ke dalam air percahan lemon tadi. Selepas itu sapukan pada kulit bayi yang terkena gigitan nyamuk. Buatlah dengan perlahan-lahan.

 

 

Lemon mempunyai sifat antiseptik yang baik untuk mengatasi kesan gigitan nyamuk supaya tidak menjadi kudis.

 

  1. Kulit Pisang

Kulit pisang boleh digunakan sebagai penawar untuk mengatasi kesan gigitan nyamuk.

 

Sapukan kulit pisang (bahagian dalam) pada  bahagian yang terdapat kesan gigitan nyamuk. Lakukan secara perlahan-lahan.

 

 

  1. Lidah Buaya

    hilangkan kesan gigitan nyamuk
    kredit foto: youngparents

Ambil daun lidah buaya secukupnya dan ambil  lendir atau gelnya sahaja. Sapukan pada kulit bayi yang terkena gigitan nyamuk secara perlahan-lahan.

 

Gel yang terdapat pada daun lidah buaya mengandungi aloesin yang mempunyai sifat anti peradangan dan sangat bagus untuk menyembuhkan luka.

 

Biarkan selama beberapa minit, kemudian bilaslah dengan air sehingga bersih. Kesan gigitan nyamuk tersebut akan segera hilang secara semulajadi.

 

 

  1. Kentang

    hilangkan kesan gigitan nyamuk
    kredit foto: amazon

Kupas sebiji kentang, ambil bahagian dalam kulit kentang. Pada bahagian kulit dalam kentang itulah yang digunakan untuk menghilangkan kesan gigitan nyamuk.

 

Kulit kentang mengandungi potassium dan juga vitamin C yang cukup efektif untuk hilangkan kesan gigitan nyamuk atau bekas-bekas luka. Sapukan secara perlahan-lahan pada kulit bayi.

 

 

Itulah beberapa cara yang boleh dilakukan bagi hilangkan kesan gigitan nyamuk pada bayi. Cara semulajadi ini juga lebih selamat untuk kesihatan bayi.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita/” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia
  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”

Recent Posts

  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme