Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara hilangkan parut jerawat

Ketahui Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Mudah

Posted on 08/02/201608/02/2016 by 123mamanet
cara hilangkan parut jerawat
Foto: squarespace

PARUT jerawat pasti menganggu. Tetapi sekarang anda tak perlu susah hati kerana dikongsikan 6 cara hilangkan parut jerawat dengan beberapa khasiat bahan semulajadi.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah cara hilangkan parut jerawat yang boleh anda praktikan:

 

 

Berikut adalah cara hilangkan parut jerawat yang boleh anda praktikan:

 

  1. Tomato

Tomato mengandungi vitamin A dan C yang berupaya menghilangkan parut jerawat. Caranya mudah sahaja. Hiris nipis tomato dan kemudian tempelkan pada kesan-kesan parut jerawat. Biarkan selama 30 minit, kemudian barulah bilas muka sehingga bersih. Lakukan secara rutin, tiga kali seminggu adalah cara hilangkan parut jerawat dengan hasil yang lebih cepat dan berkesan.

 

 

  1. Minyak Zaitun

Sapukan minyak zaitun  pada muka sebelum tidur dan juga selepas bangun tidur. Lakukan secara teratur kerana cara ini mampu menghilangkan parut jerawat.

 

Minyak zaitun mengandungi antioksidan, vitamin E serta pelbagai mineral lain. Selain melembabkan dan menghaluskan kulit, minyak zaitun juga dapat memudarkan kesan-kesan parut jerawat.

 

 

  1. Teh Hijau

Cara hilangkan parut jerawat mudah dan cepat boleh anda praktik dengan menggunakan teh hijau yang bersifat anti inflamasi. Anda perlu menjadikan teh hijau ini ais batu.Redam teh hijau, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk sehingga membeku.

 

Setelah keras, bungkusnya dengan tuala atau kain bersih. Tempelkan pada bahagian kesan-kesan parut jerawat sekitar dua minit. Lakukan secara rutin pada setiap hari, lama kelamaan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya.

 

 

  1. Cuka Epal

Pati cuka epal dikatakan ubat jerawat semulajadi yang juga berkesan kerana kemampuannya membunuh bakteria penyebab infeksi di muka. Khasiat cuka epal sangat berguna dalam menyeimbangkan tahap pH kulit yang pada gilirannya akan menghalang pertumbuhan bakteria.

 

Langkah pertama yang perlu dibuat bagi cara hilangkan parut jerawat yang memenuhi muka, cuci muka anda dengan air bersih dan keringkan. Kemudian celupkan kapas ke dalam epal cuka dan sapukan ke bahagian muka yang dipenuhi parut-parut jerawat. Lakukannya secara rutin, 3 kali sehari.

 

Gunakan pelembab setelah anda mempraktik cara ini jika terasa kulit muka anda jadi semakin kering.

 

 

TIP EKSTRA

 Elak Jerawat:  Bersihkan Sarung Bantal Anda!

“Sarung bantal sebaiknya dicuci seminggu sekali. Bantal andalah satu-satunya bahan yang  menjadi peneman kulit kita sepanjang waktu kita tidur, lebih kurang 6 jam sehari.

 

Bantal yang kotor dan jarang dibersihkan akan memparahkan lagi masalah jerawat yang dihadapi dan menjadi semakin sukar untuk dihilangkan.

 

Jadi, salah satu cara hilangkan parut jerawat dengan lebih cepat, cuci sarung bantal anda seminggu sekali dan jemurkannya supaya bakteria tidak boleh hidup dan membiak di situ.”

 

[btn text=”LIKE KAMI DI FACEBOOK” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar

Recent Posts

  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL
  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme