Ingin tahu cara jimat duit supaya kedudukan kewangan anda pada tahun ini lebih stabil? Cubalah trik yang Mamanet kongsikan ini.
Berjimat cermat dan menabung sangat penting bagi mengukuhkan lagi kedudukan kewangan anda.Namun, ianya amat sukar untuk dilakukan, apatah lagi jika kita tidak terbiasa dan baru berhajat untuk melakukannya.
[btn text=”CARA MUDAH MENABUNG, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/cara-simpan-duit-senang-menabung/” target=”_blank”]
Berikut beberapa trik atau cara jimat duit yang boleh anda praktik:
- Segera Menabung
Cara jimat duit paling mudah untuk mengasingkan sedikit duit yang ada adalah dengan menggunakan bekas tabung.
Sebaik sahaja anda dapat gaji, teruslah menyimpannya di dalam tabung.
Anda boleh menentukan sendiri berapa banyak duit yang ingin anda simpan di dalam tabung ‘pusaka’ anda itu pada setiap bulan.
Di samping itu, jika anda berasa sangat susah untuk menyisihkan sebahagian duit gaji anda itu untuk ditabung, anda perlu fikir dan menentukan tujuan anda menabung.
Tujuan tersebut perlu kuat, sehingga anda memiliki efek untuk memaksa diri untuk menyimpannya.
- Bawa Bekal /Memasak Sendiri
Membawa bekal makanan ke pejabat merupakan salah satu cara jimat duit kerana ia dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran wang anda.
Cuba kira berapa banyak belanja yang harus anda keluarkan untuk membeli sarapan pagi atau makan tengahari pada setiap hari? Apatah lagi jika anda membeli atau makan di tempat-tempat yang harga makanannya cukup mahal.
Anda mungkin boleh menghadkan perbelanjaan ini dengan membawa bekal dari rumah atau memasak sendiri makanan di rumah. Secara automatik pengeluaran kewangan anda akan berkurangan.
Lagipun bahan makanan mentah yang diolah sendiri pastinya lebih banyak dan lebih murah!
- Seimbangkan Kebiasaan Buruk
Apakah anda mempunyai kebiasaan buruk yang seringkali dilakukan? Jadi, inilah saat terbaik untuk anda menebus kembali kesilapan tersebut dengan perkara-perkara positif yang berkaitan dengan kewangan anda.
Jika selama ini anda ligat berbelanja dengan menggunakan kad kredit, kini anda patut menghentikannya. Anda perlu fahami bahawa kad kredit bukan duit tambahan yang boleh anda gunakan dengan sesuka hati sebagai pengganti duit.
Kad kredit hanya sebagai alat atau ‘jalan mudah’ untuk bertransaksi khususnya di saat terdesak atau kecemasan.
- Beli Barang-Barang Yang Ada Potongan Diskaun Atau Promosi
Tidak ada orang yang boleh bantu anda untuk jimat duit, melainkan diri anda sendiri. Ada waktunya anda memang perlu banyak bersabar dan menahan diri untuk tidak berbelanja terlalu banyak.
Sungguhpun begitu, janganlah sampai menyeksa diri. Jika anda sememangnya perlukan pakaian baru kerana segala baju yang ada sudah tidak muat untuk dipakai dan sebagainya.
Jadi pilihlah dan belilah baju berkualiti yang telah mendapat potongan harga yang paling bagus, 50 peratus diskaun ke. Janji anda masih dapat berjimat meskipun membeli baju baru.
- Tinggalkan Kad ATM Di Rumah
Ketika ingin berbelanja membeli keperluan rumah, bawahlah duit secukupnya sahaja.
Cara ini akan menyelamatkan anda daripada berbelanja lebih. Apatah lagi setelah melihat potongan harga yang cukup menggoda anda untuk membelinya.
Wang tunai yang tidak mencukupi di dompet akan mendorong anda untuk mencari mesin ATM atau membayarnya dengan menggunakan kad kredit dan sebagainya. Inilah yang akan membuatkan anda menjadi boros dan kembali ligat berbelanja.
Itulah beberapa cara jimat duit yang mudah dan boleh anda cuba.Dengan cara ini duit yang anda belanja akan menjadi lebih sedikit dan secara automatik duit yang disimpan akan menjadi lebih banyak. Semoga berjaya!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET ” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”Ingin tahu cara jimat duit supaya kedudukan kewangan anda pada tahun ini lebih stabil? Cubalah trik yang Mamanet kongsikan ini.” target=”_blank”]