Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara mekap

Cara Mekap Paling Mudah Dan Nampak Muda

Posted on 12/11/201612/13/2016 by 123mamanet

cara mekapSememangnya bersolek atau bermekap dilakukan bagi memperlihatkan muka yang lebih berseri dan dewasa. Tetapi, bagaimana dengan anda yang ingin nampak muda? Boleh! Cara mekap yang tepat akan membuatkan anda nampak muda.

Anda yang memiliki raut wajah yang lebih dewasa atau nampak tua, jangan risau dan stress ok. Mamanet kongsikan cara mekap paling mudah yang akan buat anda nampak muda. Cuba tau trik di bawah ini.

 

Ketahui juga tip mekap natural untuk anda yang berhijab. KLIK SINI

 

  1. Samarkan Kawasan Gelap Pada Muka
cara mekap
Eyelashes. Cosmetic Eyeshadow

Salah satu perkara yang membuatkan muka kelihatan kusam atau kelihatan lebih tua iaitu disebabkan kawasan gelap pada muka.

 

Biasanya kawasan gelap itu disebabkan oleh kesan lebam atau lingkaran hitam di bahagian bawah mata. Cuba cara mekap yang mampu menyamarkan kawasan gelap di bawah mata denga n menggunakan concealer.

 

Fungsi concealer adalah untuk membantu mencerahkan sekaligus menyamarkan permukaan kulit muka yang kurang sempurna. Sebaiknya, pilih concealer yang warnanya lebih terang sedikit dari warna asal kulit anda.

 

 

  1. Highlight Di Bahagian Kelopak Mata
cara mekap

Bagi menambah sinar dan kesegaran mata agar anda kelihatan lebih muda, sebaiknya tambahkan kilauan pada solekan mata.

 

Pilihlah pembayang mata atau eyeshadow yang ada shimmer dan sapukan sikit terutama di bahagian hujung mata serta di bahagian bawah kening.

 

Kesan highlight ini  akan memberikan efek cerah, cuma jangan mengaplikasikannya terlalu berlebihan. Memadai gunakan pada bahagian tengah kelopak mata dna tulang kening mata sahaja.

 

 

  1. Kepit Bulu Mata

cara mekap

Selain memberikan sedikit highlight pada bahagian mata, jangan lupa kepit bulu mata. Ianya mampu membuatkan mata lebih hidup kerana bulu mata yang kurang lentik akan boleh membuatkan penampilan mata kurang terserlah.

 

Tambahkan sapuan maskara di setiap helaian bulu mata bagi mendapatkan hasil yang lebih sempurna.

 

 

 

 

  1. Pakai Pemerah Pipi

cara mekapMuka yang pucat sudah pasti membuatkan wajah menjadi kurang berseri. Sapukan sedikit pemerah pipi atau blush on bagi mendapatkan kesan segar yang sudah pasti akan membuatkan wajah anda kelihatan lebih muda.

 

 

 

 

 

 

  1. Lipstik Kena Sesuai

cara mekapBibir penuh mampu membuatkan wajah kelihatan lebih muda. Jika anda memiliki bibir yang nipis, gunakan bantuan lip liner sebagai alternatifnya.

 

Hindari pemakaian lipstik yang berwarna gelap kerana ia akan memberikan efek tua pada penampilan wajah anda. Jadi, cara mekap yang mampu membuatkan wajah anda nampak lebih muda adalah dengan menggunakan lipstik berwarna natural seperti peach atau pink.

 

Itulah beberapa trik atau cara mekap yang mampu membuatkan penampilan anda kelihatan lebih muda. Pemakaian mekap sangat penting, cuma jangan sampai  biarkan hasil mekap kita membuatkan penampilan kita nampak tua.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme