Masih berhajat untuk menurunkan berat badan? Ingin tahu cara melangsingkan badan dengan berpuasa? Ada 6 langkah mudah yang perlu anda lakukan!
Sepertimana yang kita ketahui berpuasa bagus untuk kesihatan tubuh. Ketika berpuasa, buah pinggang dan hati kita akan berhenti bekerja seketika sehingga dapat membantu mengeluarkan racun-racun dalam badan.
Di samping itu, berpuasa juga boleh menjadi salah satu cara melangsingkan badan ataupun menurunkan berat badan.
Walaupun kita bukan berada dalam bulan Ramadan, namun kita tetap boleh menjadikan amalan berpuasa sunat sebagai salah satu program diet sihat atau cara untuk melangsingkan badan yang paling mudah.
[btn text=”DIET SEIMBANG UNTUK LANGSING” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/diet-seimbang-untuk-langsing/” target=”_blank”]

Berikut beberapa cara melangsingkan badan dengan berpuasa:
Jangan Lupa Khasiat Buah Kurma
Meskipun kadar gulanya tinggi, namun kurma mempunyai sifat lambat dihadamkan oleh tubuh sehingga dapat melancarkan proses diet yang sedang anda jalani.
Nikmati Kebaikan Serat
Tambahkan lebih banyak sayur-sayuran dalam masakan anda untuk berbuka puasa dan juga bersahur.
Selain sayur-sayuran, anda juga boleh mengambil buah-buahan dan gandum. Selain dapat menjadi penganti nasi, gandum juga mampu memenuhi keperluan serat anda.
Kandungan sayur-sayuran, buah-buahan dan juga gandum yang tinggi juga bagus untuk kesihatan saluran penghadaman dan jantung.
Di samping itu ketiga jenis makanan ini juga dapat membuatkan anda menjadi lebih kenyang dan tidak mudah berasa lapar.
Lupakan Makanan Bergoreng Dan Bersantan
Biarpun makanan bergoreng dan bersantan cukup menambat selera, namun ia boleh membuatkan berat badan anda naik.
Makanan ataupun bubur yang mengandungi santan boleh menyebabkan kolesterol tinggi serta mengundang pelbagai penyakit.
Daging, sama ada daging ayam atau lembu juga boleh dijadikan menu ketika berbuka puasa. Daging kaya dengan protein, tetapi ambil bahagian dagingnya sahaja. Buang bahagian lemak dan kulitnya.
Jika mahu lebih sihat, pastikan anda tidak mengorengnya kerana kandungan minyak dalam daging boleh menyebabkan kolesterol.
Masukkan Sup Ke Dalam Menu Berbuka Dan Bersahur
Kuah sup ternyata dapat membuat penghadaman anda menjadi lebih lancar sehingga anda tidak mudah berasa lapar.
Ketika bersahur juga jangan makan dalam keadaan tergesa-gesa dan dalam jumlah yang banyak kerana ia boleh menyebabkan anda berasa cepat lapar.
Perbanyakan Minum Air Masak
Air masak dapat menghilangkan racun dari badan serta dapat melancarkan proses diet anda.
Dengan pengambilan air masak, tubuh bukan sahaja tercegah dari dehidrasi. Bahkan dapat mengawal gula dalam darah.
Usahakan minum air sebanyak dua liter atau lapan gelas setiap hari. Ketika berpuasa ambillah dua gelas air ketika berbuka puasa. Empat gelas antara waktu berbuka dan bersahur. Kemudian, dua gelas ketika bersahur.
Elakkan Minuman Berais, Berkafien Dan Berkarbonat
Kopi dan teh tidak termasuk minuman yang boleh dikategorikan sebagai salah satu cara melangsingkan badan. Minuman berkafien sebaiknya dihindari kerana memiliki sifat diuretic.
Begitu juga dengan minuman sejuk (ais batu) dan bersoda. Minuman bersoda mengandungi gula yang sangat tinggi dan bakal membuatkan kadar gula darah anda melonjak naik. Bahkan minuman ini juga boleh menjadi penyebab utama diabetis dan obesiti.
Itulah beberapa tip atau cara melangsingkan badan dengan berpuasa yang perlu diamalkan dalam program diet anda. Selamat mencuba, semoga berjaya!
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]
