Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara membuat lulur beras

Pelajari Cara Membuat Lulur Beras Sendiri

Posted on 07/07/201607/06/2016 by 123mamanet

cara membuat lulur berasCARA membuat lulur beras bagi mendapatkan kulit yang cantik, gebu  dan sihat tanpa memerlukan modal yang besar serta tidak merosakkan kulit. Nak tahu rahsianya? Baca artikel ini sampai habis ya!

Isi Kandungan hide
1 Selamat mencuba cara membuat lulur beras daripada Mamanet ini.

 

cara membuat lulur beras

Sebenarnya cara membuat lulur beras yang Mamanet ingin  kongsikan ini sangat mudah dan senang dipraktikkan. Cara membuat lulur beras ini juga tidak akan memeningkan kepala anda untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan serta amat menjimatkan masa.

 

 

Kulit tubuh kita boleh diputihkan  dengan lulur daripada bahan semulajadi seperti beras, madu, kunyit dan susu. Mungkin cara ini tidak akan bekerja seperti produk bleaching yang ada di pasaran, namun setidak-tidaknya boleh juga membuatkan kulit menjadi lebih sihat, cerah dan awet muda!

 

Beras sebenarnya juga bermanfaat dalam bidang kecantikan. Kandungan vitamin E dan antioksida yang ada di dalam  beras ini bagus untuk menjadikan kulit kelihatan lebih cantik semulajadi.

 

Untuk perawatan tubuh, beras dijadikan sebagai bahan asas lulur yang digunakan untuk kencantikan kulit dan wajah. Beras mampu untuk melawan radikal bebas di kulit yang membuatkan anda kelihatan lebih awet muda.

 

Selamat mencuba cara membuat lulur beras daripada Mamanet ini.

 

Berikut adalah cara membuat lulur beras:

 

1.Siapkan beras biasa atau beras pulut (kuantiti ikut suka  hati sendiri tapi lebihkan beras pulut dan tak perlu dibasuh)

 

 

  1. Sekeping kulit kayu manis.

 

  1. Goreng beras tersebut bersama kulit kayu manis hingga kekuningan dengan api yang perlahan.

 

  1. Kemudian haluskan bahan-bahan tersebut. Boleh ditumbuk atau pun kisarkan. Janji tanpa dibasah dengan air. Kena kering.

 

  1. Apabila sudah siap, bolehlah simpan dalam balang. Ambil apabila anda mahu menggunakan lulur beras ini, tetapi pastikan ia simpan di tempat kering. Jika nak simpan di dalam peti sejuk, pastikan balang tersebut ditutup rapat atau kedap udara.

 

 

cara membuat lulur beras

Cara menggunakan lulur beras:

Ambil serbuk lulur beras (sukatan ikut suka sendiri juga. Letak di dalam sebiji mangkuk, campurlah dengan dua titis air mawar.

 

 

Kemudian dikacau-kacau sehingga sebati dan menjadi  pes untuk digunakan pada wajah atau tubuh badan.

 

 

 

Sapukan secara merata dan biarkan hingga mengering atau sekitar 30 minit.

 

 

cara membuat lulur beras

Kemudian, sementara sambil-sambil nak membilasnya gosok-gosoklah perlahan-lahan. Kekotoran atau daki akan keluar, terutama bagi yang dah lama tak berlulur!

 

 

Setelah itu bilas dengan air bersih.

 

 

Lakukan secara teratur untuk mendapatkan hasil yang lebih berkesan. Sebaiknya seminggu sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme