Percaya atau tidak bahawa mengubah gaya bercakap merupakan cara mengatasi anak nakal. Setiap kali anak nakal, tidak mendengari kata atau melawan cakap ibu bapa, anak-anak akan dipersalahkan, dimarahi atau dihukum.
Kebanyakan ibu bapa lebih senang meletakkan beban kesalahan itu pada anak-anak tanpa mencari punca sebenar yang mungkin datangnya daripada ibu bapa itu sendiri. Ikuti juga kenapa anak berbohong.
Pada zaman ini, bukan mudah untuk membesarkan dan mendidik anak-anak. Keadaan persekitaran dengan pelbagai pengaruh media cetak, elektronik dan dunia maya sangat mencabar.
Oleh itu, ibu bapa zaman ini perlu benar-benar ada skil keibubapaan agar anak-anak terdidik sebaik mungkin.
Anda perlu ingat, sikap kasar, degil dan lain-lain di kalangan anak-anak bukan berlaku dalam sekelip mata, malah ia ‘makan tahun’. Ia terbina perlahan-lahan dan semua itu bermula dari rumah, dari tangan ibu bapanya, pengasuh dan siapa sahaja yang terlibat dalam mengasuh dan mendidik mereka.
Cara Mengatasi Anak Nakal Ubah Gaya Bercakap
Salah satu PUNCA ANAK NAKAL ialah cara ibu bapa BERKOMUNIKASI dengan mereka merangkumi percakapan dan bahasa tubuh.
Cuba duduk sebentar dan renung seketika. Apabila anda berada dalam keadaan penat, tertekan dek pelbagai masalah di tempat kerja, anda sering membawa masalah itu balik ke rumah.
Maka anak-anak menjadi mangsa untuk anda lepaskan geram walaupun kesilapan yang mereka lakukan itu kecil sahaja.
Begitu juga jika anda ada masalah dengan pasangan, anak-anak juga menjadi medan anda lepaskan kemarahan.
Dalam keadaan marah, banyak perkara negatif yang anda lakukan misalnya meninggikan suara, mengeluarkan perkataan-perkataan yang kasar dan kesat, menghempas barang atau pintu bilik, malah ada yang memukul anak-anak. Bukan sekali hal ini terjadi, malah berkali-kali!
Tanpa sedar anak-anak memerhati, menyimpan rasa marah dan ‘menyerap’ ilmu negatif yang dipelajari daripada anda, ibu bapanya sendiri.
Mungkin ramai yang tidak sedar, anak-anak cenderung untuk meniru apa jua perilaku orang dewasa kerana minda mereka masih banyak ruang kosong, bagaikan span yang mampu menyerap apa jua perkara baru yang mereka pelajari.
Banyak kesilapan dilakukan oleh kebanyakan ibu bapa dalam mendidik anak sehingga menjejaskan pertumbuhan mental dan emosi anak.
Jadi, sebelum menuding jari ke arah orang lain, nilai kembali peribadi diri. Andai baik teladan yang diberikan, maka baiklah peribadi anak-anak.
Jika buruk teladan yang dipamerkan, maka jangan salahkan anak-anak andai mereka bersikap degil, keras kepala dan memberontak. Ibu bapa perlu semak diri agar kelemahan dapat diperbaiki dan buang ketepi rasa ego dan besar diri.
Cari ruang dan masa untuk menambah ilmu keibubapaan, belajar mengawal emosi dan belajar untuk bercakap yang baik-baik sahaja. Di sinilah anda akan ketahui mengenai cara mengatasi anak nakal.
4 BAHASA SALAH PUNCA ANAK NAKAL:
- Bahasa menyindir (sarcasm) yang boleh mengguris hati anak. Sebenarnya anak-anak tidak faham yang anda sedang menyindir mereka. Jadi, lebih baik anda bercakap dengan jelas supaya apa yang mahu disampaikan difahami dengan baik.
Contoh ::
“Kamu ni, apa yang mama cakap semua tak dengar. Otak tak de ke? Atau otak letak kat lutut?
- Bahasa dusta. Bahasa ini selalu sangat diucapkan oleh rata-rata orang. Usah sesekali berbohong kepada anak-anak kerana lama-kelamaan mereka akan menganggap ia satu perbuatan yang dibolehkan misalnya untuk menyelamatkan diri daripada sesuatu perkara.
Contoh :
“Hari ni abah tak bawa duit. Jadi tak boleh beli mainan ni. Esok kita beli ya”…tapi anda tidak belikan anak seperti yang dijanjikan. Anda cakap begitu semata-mata untuk memujuknya.
Ketahui 2 lagi bahasa salah punca anak nakal dan cara mengatasi anak nakal dalam sambungan artikel esok.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]