Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara mengatasi migrain

Cara mengatasi migrain dengan berkesan tanpa ubat

Posted on 09/17/201609/17/2016 by 123mamanet
cara mengatasi migrain
foto kredit: totalnewswire

Anda selalu sakit kepala? Segera buat pemeriksaan kerana takut anda ada penyakit yang lebih kronik. Namun, jika tidak ada, anda mungkin hanya migrain. Ketahui cara mengatasi migrain yang berkesan tanpa ubat!

Isi Kandungan hide
1 Kesan yang dialami oleh pesakit migrain ialah:
2 Cara mengatasi migrain yang berkesan dan mudah

 

Kajian klinikal menyatakan bahawa migrain atau sakit kepala sebelah lebih banyak dialami oleh wanita. Peluang risikonya terhadap wanita adalah 3 kali ganda berbanding lelaki.

 

Serangan ini akan meningkat pada kitaran usia 35-40 tahun. Bia diserang penyakit ini, sakitnya memang tidak terkira. Jadi tidak hairanlah jika ia boleh menganggu aktiviti seharian. Sebaiknya kita ketahui bagaimana cara mengatasi migrain dengan berkesan.

 

Sakit kepala ini biasa menyerah satu sisi sahaja. Ia berlaku bila darah tidak sampai ke otak dan menyebabkan rasa yang amat sakit. Ada kalanya pesakit rasa bagaikan hendak hentak kepala ke dinding. Ia turut dikaitkan dengan faktor genetik dan pemicu migrain ini ialah hormon.

 

Apatah lagi jika kurang minum air putih, maka aliran darah akan terganggu dan oksigen kurang sampai ke otak hingga menyebabkan migrain berlaku. Jadi, memang wajarlah kita tahu cara mengatasi migrain bukan?

 

Kesan yang dialami oleh pesakit migrain ialah:

  1. cara-mengatasi-migrain
    kredit foto: media-indiatimes

    Rasa silau akibat lampu yang sangat terang atau cahaya matahari yang kuat.

  2. Tidak dapat fokus pada kerja atau perkara yang dilakukan. Pengidap akan rasa mual dan muntah.
  3. Bunyi yang terlalu kuat dan bising buatkan sakit kepala berdenyut-denyut.
  4. Keadaaan bersesak-sesak turun menyebabkan rasa lemas dan sakit kepala.
  5. Bau wangi yang terlampau kuat hingga menusuk dan terus menangkap ke kepala.
  6. Bau busuk yang menyegat hingga menangkap ke kepala.
  7. Tekanan fizikal dan emosi, misalnya terlalu penat, terlalu banyak berfikir atau terlalu tertekan (stres).
  8. Merokok dan terdedah dengan asap rokok. Minum alkohol atau terbau alkohol.
  9. Nafsu makan menurun atau sering menahan lapar hingga perut kosong dan masuk angin lalu terus menangkap ke kepala hingga menyebabkan migrain.
  10. Terlalu banyak makan kacang, keju, keju, kopi, limau tomato, tempe (makanan yang melalui proses penapaian), telur asin (makanan yang melalui proses pengasinan) dan sebagainya.
  11. Haid dan sakit haid (senggugut) boleh menyebabkan migrain. Haid menyebabkan hormon terganggu dan boleh menimbulkan rasa sakit pada perut dan kepala.

 

Cara mengatasi migrain yang berkesan dan mudah

  1. Minum air putih

Dengan minum banyak air putih akan dapat mengatasi dehidrasi dan membantu meningkatkan aliran darah agar kembali lancar. Sewaktu diserang, sila bertenang dan minum sebanyak mungkin air putih.

 

  1. Minum teh hijau panas

Minum teh yang dicampur madu dan susu dapat memberi kesan yang baik untuk mengurangkan sakit migrain.

 

  1. Tidur

Selepas minum air, sila berehat dan tidur seketika. Cara mengatasi migrain ini amat berkesan untuk meredakan sakit.

 

  1. Makan makanan yang berkhasiat

Jika anda tidak ada selera makan, makanlah makanan yang dapat menambah selera seperti sup atau hidangan pemanis mulut.  Tidak mengapa makan sedikit tapi pastikan anda ambil makanan berkhasiat.

 

  1. Tenang dan nikmati hidup

    cara mengatasi migrain
    kredit foto: dsm

Biarpun nampak mudah tapi susah dilakukan. Biar apa pun halangan, masalah dan tekanan, belajarlah bertenang dan nikmati hidup seadanya. Usah terlalu menekan diri anda dengan pelbagai harapan dan sasaran. Okey untuk anda mencapai cita-cita anda tetapi jangan sampai anda terlupa apa yang telah anda ada.

 

Diharapkan dengan beberapa cara mengatasi migrain yang diberikan di atas dapat membantu anda yang selama ini telah terbelenggu dengan penyakit ini.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme