Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara mengatasi sembelit

Cara Mengatasi Sembelit Dengan Mudah

Posted on 10/14/202310/14/2023 by 123mamanet

Sembelit atau susah membuang air besar adalah sesuatu yang cukup menyeksakan. Perut dah terasa sakit dan memulas-mulas, tetapi ‘hajat’ tetap tidak dapat dilunaskan! Nak tahu cara mengatasi sembelit dengan mudah, ikuti artikel ini seterusnya.

Isi Kandungan hide
1 Penyebab Sembelit
2 Cara Mengatasi Sembelit
2.1 Minum Air Masak
2.2 Makan Sayur-Sayuran
2.3 Buah-Buahan Segar
2.4 Madu Asli
2.5 Oat Dan Gandum

cara mengatasi sembelit

Penyebab Sembelit

Jika setakat sehari, mungkin masih boleh bertahan. Tapi, kalau dah masuk dua tiga hari masih tak buang air besar walaupun jumlah makanan yang diambil setiap hari cukup banyak, memang jadi masalah besar. Biasanya masalah sembelit disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak tepat ataupun kurang sihat.

Penyebab lain dari masalah sembelit adalah kerana najis mengeras seperti batu dan sukar untuk dikeluarkan sehingga boleh menyebabkan anus luka. Sembelit yang kronik boleh menyebabkan buasir.

Selain menjaga pemakanan yang tepat, jangan abaikan keinginan untuk membuang air besar. Menangguh atau memperlambatkan keinginan untuk membuang air besar yang sudah muncul boleh menyebabkan sembelit.

Cara Mengatasi Sembelit

Berikut beberapa cara mengatasi masalah sukar buang air besar, antaranya adalah:

cara mengatasi sembelit

  1. Minum Air Masak

Pengambilan air masak dalam jumlah yang mencukupi (8 gelas sehari) adalah cara ideal dalam mencegah sekaligus mengatasi sembelit atau masalah buang air besar.

Air masak mampu membersihkan toksin yang ada dalam tubuh serta membantu melancarkan penghadaman.

cara mengatasi sembelit

  1. Makan Sayur-Sayuran

Cara mengatasi sembelit yang boleh anda lakukan adalah dengan makan sayur-sayuran yang kaya dengan kandungan serat. Pengambilan sayur-sayuran pada setiap hari dalam jumlah yang mencukupi dapat melancarkan penghadaman dan membantu mencegah serta mengatasi masalah sukar membuang air besar.

Baca Juga:

Kembung Perut

buah-buahan

  1. Buah-Buahan Segar

Buah-buahan yang kaya dengan serat seperti betik, anggur, tembikai, melon pear, oren dan epal dapat membantu melancarkan penghadaman serta membantu mengatasi sembelit.

  1. Madu Asli

Campuran madu asli dengan air panas dan diminum setengah jam sebelum anda menikmati hidangan sangat baik untuk mengatasi sembelit dan  memperkuatkan usus.

 

oat dan gandum

 

  1. Oat Dan Gandum

Kedua jenis bijirin ini adalah sumber karbohidrat kompleks yang sangat baik dan sihat untuk dijadikan menu sarapan pagi. Oat dan gandum juga mampu membantu menurunkan berat badan, menurunkan kolesterol, mengawal gula dalam darah serta menyediakan antioksidan untuk tubuh.

Oat dan gandum adalah antara cara  mengatasi sembelit yang cukup mudah untuk anda praktik. Bernutrisi tinggi, memberikan energi serta mengandungi serat tinggi yang akan membantu memperlancarkan sistem penghadaman anda.

Itulah beberapa cara untuk mengatasi sembelit, semoga bermanfaat. Keep healthy ya!

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme