Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara mengecilkan liang pori

Cara Mengecilkan Liang Pori Di Muka

Posted on 09/01/201609/01/2016 by 123mamanet
cara mengecilkan liang pori
Kredit: 3.bp.blogspot

Sebahagian besar terjadinya kerosakan kulit wajah adalah disebabkan oleh liang pori-pori yang besar. Untuk mencegahnya, kita perlu tahu cara mengecilkan liang pori. Lagipun pori-pori besar boleh membuatkan mekap yang diaplikasikan pada muka menjadi tidak rata dan mudah luntur.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah cara mengecilkan liang pori yang cukup efektif dan boleh dipraktik:

 

 

Liang pori-pori yang besar menyebabkan kotoran mudah melekat dan tersumbat sehingga menyebabkan pelbagai masalah kulit. Masalah-masalah kulit seperti bintik-bintik hitam,jerawat, kulit muka menjadi kusam dan sebagainya.

 

Antara penyebab liang pori-pori wujud di muka adalah kerana genetik, pengeluaran minyak berlebihan, pertumbuhan bakteria pada kulit,kotoran dan juga produk kecantikan yang tidak sesuai dengan jenis kulit.

 

Berikut adalah cara mengecilkan liang pori yang cukup efektif dan boleh dipraktik:

 

  1. Bersihkan Kulit Muka Secara Teratur

Kebersihan kulit sangat mempengaruhi liang pori-pori muka kita. Jadi, kita perlu membersihkan muka secara rutin dan tepat.

 

Sebelum membersihkan muka, pastikan pembersih muka yang digunakan benar-benar sesuai dengan jenis kulit kita. Sebaiknya pilih pembersih muka daripada bahan-bahan semulajadi.

 

 

  1. cara mengecilkan liangpori
    Kredit: Tex

    Skrub Muka

Proses scrubing bertujuan adalah untuk menanggalkan segala kotoran, debu, dan sisa-sisa peluh pada bahagian muka.

 

Ada banyak bahan yang boleh kita gunakan sebagai skrub. Antaranya, gula pasir dan ampas teh.Gosokan ampah gula pasir atau ampas teh tersebut setelah siap mandi secara perlahan-lahan pada kulit muka yang bermasalah.

 

 

  1. cara mengecilkan pori
    Kredit: zonadebelleza

    Ais

Ais batu bukan sekadar melegakan tekak pada cuaca panas, tetapi juga boleh digunakan sebagai cara mengecilkan liang pori di muka.

 

Ambil satu atau dua kuib ais  dan bungkus dengan tuala kecil yang bersih. Kemudian tempel atau tuam-tuamkan ais batu tersebut pada kulit muka. Lakukan selama 10 minit, secara rutin pada setiap pagi.

 

 

  1. Madu Dan Lemon

Madu mempunyai pelbagai nutrisi penting yang sangat diperlukan oleh kulit, termasuklah sebagai salah satu cara mengecilkan liang pori muka.

 

Cara membuat masker madu yang digandingkan bersama lemon ini sangat mudah. Ambil sedikit air perahan lemon, kemudian campurkan dengan madu secukupnya.

 

Sebelum memakai masker madu lemon ini, pastikan muka kita telah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian barulah sapu masker madu lemon tadi secara rata ke seluruh bahagian muka. Urut lembut kulit muka selama 10 minit, dan kemudiannya diakhiri dengan membilas menggunakan air suam.

 

  1. Masker Tomato

    cara mengecilkan liang pori
    Kredit: beautyhacks

Masker merupakan salah satu cara mengecilkan liang pori muka yang efektif.Blender atau kisar buah tomato segar dan buatlah sebagai masker.

 

Sapukan pada muka, dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu basuhlah dengan air sehingga bersih. Lakukan cara mengecilkan liang pori muka dengan masker tomato ini dua hingga tiga kali dalam seminggu.

 

[btn text=”KLIK & LIKE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur

Recent Posts

  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme