Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
cara menjaga kulit muka

Cara Menjaga Kulit Muka Dengan 4 Langkah Mudah

Posted on 10/12/201610/12/2016 by 123mamanet
cara menjaga kulit muka
kredit foto-pakrevolution

Dapatkah kita bayangkan muka kita dalam tempoh 10 tahun lagi? Jika kita kurang menitikberatkan cara menjaga kulit muka, tidak mustahil muka kita akan bermasalah dan nampak tua sebelum waktunya!

 

 

Sebaiknya jangan biarkan diri kita dibelenggu dengan masalah tua sebelum usia. Sebenarnya bukan susah manapun cara menjaga kulit muka dan kesihatannya.

 

Selain daripada memastikan tubuh badan kita tidak kekurangan air, kita perlu minum lapan gelas air masak pada setiap sehari dan ikuti beberapa langkah mudah penjagaan kulit muka yang dikongsikan ini.

 

cara menjaga kulit muka
kredit foto: charlesifergan

Langkah 1:

Bersihkan kulit muka dengan menggunakan produk pembersih muka yang sesuai dengan jenis kulit kita pada setiap pagi dan malam.

 

Kulit yang bersih akan menghalang dari tumbuhnya jerawat dan bintik-bintik hitam. Paling penting, selepas pemakaian mekap, kulit muka perlu dibersihkan sebersihnya bagi menghilangkan sisa-sisa solekan yang boleh merosakkan kulit muka.

 

 

cara menjaga kulit muka
kredit foto-sirhealth-1

Langkah 2:

Setelah muka dibersihkan, aplikasikan penyegar tanpa alkohol bagi mengecilkan liang roma atau pori-pori muka serta menanggalkan minyak yang berlebihan pada muka.

 

 

 

 

 

 

 

cara menjaga muka
kredit foto-www-rd

Langkah 3:

Sapukan pelembap muka yang boleh membekalkan dua kali ganda kelembapan pada kulit muka. Pilih krim pelembab yang mudah diserap dan menyegarkan kulit serta  tidak meninggalkan kesan berminyak pada muka.

 

Seeloknya tengok kandungannya, paling kurang mesti ada pelindungan SPF 15 yang mampu melindungi kulit muka kita dari sinaran matahari.

Memang cuaca negara kita panas lembab tapi disebabkan kulit muka sering terdedah dengan penghawa dingin dan angin, maka ia akan cepat kering. Jadi, sebab itu, anda perlu pastikan yang kulit muka anda selalu lembab.

 

cara menjaga kulit muka
kredit foto-stylefox

Langkah 4:

Jika kulit muka kita berjerawat, kenalah juga sapukan krim jerawat yang sesuai dan mampu mengering serta mengecutkan jerawat. Ingat, hanya sapu ketika diperlukan sahaja tau.

 

 

 

Jika kita ikut cara menjaga kulit muka dengan langkah yang betul dan lakukan secara teratur, insya-Allah kita kulit wajah kita pasti tidak akan bermasalah. Malahan, kulit jadi lebih cantik dan sihat, sehingga kita pun nampak berseri-seri.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme